Pergi ke kandungan

Kebakaran kapal tangki MISC Bunga Alpinia 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebakaran kapal tangki MISC Bunga Alpina 2012
Kolaj gambar yang menunjukkan kesan kebakaran dan kemusnahan kapal tangki MISC Bunga Alpinia.
Tarikh26 Julai 2012; 12 tahun yang lalu (2012-07-26)
Masa2:30 pagi (WPM)
LokasiJeti Terminal Petronas Chemicals, Labuan
Kerugian
1

Kebakaran kapal tangki MISC Bunga Alpinia 2012 di jeti Terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, pulau Labuan pada 26 Julai 2012 jam 2.30 pagi. Kapal itu turut meletup dan seorang anak kapal maut dan empat masih hilang. Letupan kuat berlaku selepas kebakaran yang menggegarkan Labuan.[1]

Kejadian itu berlaku ketika kapal itu sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd. Kapal tangki 'Bunga Alpinia' itu milik syarikat MISC Berhad, membawa bahan kimia dan minyak kelapa sawit.[2] Kapal milik Malaysia International Shipping Coprporation itu didaftarkan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Anak kapal yang terbunuh, Syahril Azmi Baharudin dihantar ke Hospital Labuan. Beliau berumur 28 tahun berasal dari Melaka. Sementara Muhammad Nazrin bin Khamsani (20 tahun, KL), Khalil bin Mohd Hanafi (24 tahun, Melaka), Zahari bin Hassim (46 tahun, Negeri Sembilan) hilang. Warga Filipina, Colanggoy Calaluan Errol (22 tahun) turut hilang. MISC telah memaklumkan insiden itu kepada keluarga dan waris mangsa di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Filipina.Talian hotline turut disediakan. Usaha mencari kesemua mangsa yang hilang memakan masa hampir seminggu berikutan letupan yang kuat mungkin menyebabkan mangsa tercampak dan hanyut jauh dari kawasan kejadian. Namun demikian, kesemua mangsa yang hilang telah ditemui meninggal dunia di dalam kejadian yang tragis ini.

Kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin menyatakan operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan selepas menerima laporan.Operasi dihentikan sementara pada jam 6 petang untuk membolehkan para petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu. Turut terlibat dalam operasi menyelamat ialah APMM, Polis Marin, Jabatan Marin, Tentera (melalui TUDM and TLDM), JPAM dan pihak hospital.

Keselamatan pekerja dan penduduk

[sunting | sunting sumber]

Stesen jana elektrik Patau-Patau Power Station milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terletak bersebelahan dengan jeti itu. Pengarah SESB, Abdul Razak Salim menyatakan operasi jana elektrik dihentikan sementara agar kebakaran tidak merebak. Pemindahan gas metanol dari jeti ke loji dihentikan sementara sehingga keadaaan benar-benar selamat. Sedikit sebanyak ia telah menjejaskan pengguna di kawasan bebas cukai Labuan. Patau-Patau Powe Station membekalkan elektrik 103,5 MW dan satu-satunya jana elekterik di pulau itu.[3][4]

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Dr Abd Hapiz Abdullah memaklumkan bahawa letupan itu berlaku selepas beberapa jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan.Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam. Hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata.Petugas syarikat Petronas Chemicals itu stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata .

Semasa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan. Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut. Operasi pelantar satu dihentikan sementara waktu, manakala pelantar dua tidak terjejas. Berlaku sedikit kebocoran di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu, kesannya dapat dilihat di persekitaran kampung bedekatan. Penduduk kampung berhampiran terminal Petronas, iaitu Kampung Patau-Patau 1 dan 2, yang terletak kira-kira 3000 meter dari terminal terkejut dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dan diikuti dengan gegaran.Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Rumah penduduk kampung hanya di hadapan tapak operasi Petronas itu.Ini adalah kejadian yang pertama kali berlaku di loji tersebut.Operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat.[5]