Pergi ke kandungan

Kawasan Metropolitan Bangkok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Map

Bangkok Metro (Thai: กรุงเทพมหานครและปริมณฑล), turut dikenali sebagai 'Greater Bangkok' adalah gabungan 5 bandar satelit yang lain.

Bangkok Metropolitan Area (BMA) meliputi keluasan tanah 7,761.50 km² dengan penduduk berdaftar 10,100,964 (1 Jun 2008).Kepadatan penduduk 1,301.42 setiap km².Kota Bsngkok terkenal sebagai kota pelancongan dari seluruh dunia dan peluang pekerjaan yang begitu banyak. Sejak 20-30 tahun lepas, migrasi penduduk dari negara India (Orang-orang Sikh), Pakistan, Parsi, Burma, Kemboja, Laos dan lain-lain berhijrah dan menetap di bandar Bangkok.Peluang rezeki dan keseronokan cukup banyak di sini. Kampir 3-4 juta rakyat asing yang tinggal secaraharam.Satu pertiga adalah bukan keturunan Thai. Penduduk berdaftar dan tidak berdaftar dikatakan berjumlah 15-20 juta . Semasa sambutan Tahun Baru Thai , Pesta Songkran banyak menarik kedatangan pelancongan.

Kota Bangkok dikatakan menyerupai suasana malam di Los Angeleskerana banyak bangunan perdagangan dan perniagaan. Daerah penting di Bangkok ialah Samut Prakan,Nonthaburi,Pathum Thani,Samut Sakhon dan Nakhon Pathom. Bandar dan wilayah ini menerima limpahan pembangunan kota Bangkok. Pekerja bawahan dan menengah menggunakan kenderaan seperti bas, van , kereta api dan lain -lain berulang laik ke kota Bangkok untuk bekerja. Lantaran itu kota Bangkok penuh sesak dengan penduduk dan pekerja sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk.

Nilai hartanah melambung secara mendadak sejak akhir-akhir ini walaupun bedepan dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997. Pentadbirannya diurustadbir oleh Pejabat Metropolitan Bsangkok (BMA). Kerajaan tempatan ini berusaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya, kekurangan pekerjaan dan perumahan yang tidak dapat menampung jumlah penduduk yang datang berhijrah ke sini.

Bandar lain yang turut pesat membangun ialah Metropolitan Nakhon Ratchasima, Metropolitan Hatyai ,Greater Songkhla dan Metropolitan Chiang Mai.

Provinces

[sunting | sunting sumber]
Province Area
km²
Population
(2008)
Pop.Density
Inh/km²
Bangkok 1,568.737 5,714,334 3,643.88
Nonthaburi 622.30 1,060,320 1,703.87
Samut Prakan 1,004.50 1,152,107 1,146.95
Pathum Thani 1,525.90 937,224 614.21
Samut Sakhon 872.30 480,998 551.34
Nakhon Pathom 2,168.30 845,769 390.06
Total 7,761.50 10,190752 1,312.99

Koordinat: 13°51′N 100°25′E / 13.850°N 100.417°E / 13.850; 100.417