Pergi ke kandungan

Kata ganti diri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Kata ganti diri pertama

[sunting | sunting sumber]
  • aku—digunakan apabila bercakap dengan sahabat handai atau dengan Tuhan.
  • saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba—digunakan pada diri send
  • patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta—digunakan oleh raja atau sultan a
  • daku—bermaksud 'aku' dan sering hadir dalam lirik lagu (terutama apabila perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n). Contoh: Maafkan daku.
  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti nama kedua[1]

[sunting | sunting sumber]

Tunggal

anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita seperti iklan, pengumuman dan sebagainya atau ketika bercakap dalam suasana rasmi.

awak—digunakan untuk diri orang kedua yang berhubungan rapat dengan kita atau ketika bercakap dengan orang bawahan dari segi pangkat.

engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang berhubungan rapat dengan kita atau ketika berdoa kepada Tuhan. (Tidak sesuai digunakan dalam suasana rasmi atau bercakap dengan orang tua dan orang berkedudukan tinggi.)

tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.

kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang berhubungan rapat dengan kita atau ketika bercakap dengan orang yang lebih muda.

dikau—bermaksud 'engkau' dan digunakan dalam tulisan atau seni kata lagu. Contoh: Dikaulah permata hatiku.

tuan hamba—digunakan pada zaman dahulu yang bermaksud 'kamu' dalam kalangan rakyat jelata.

Jamak

kalian—digunakan ketika merujuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Kata ganti diri ketiga

[sunting | sunting sumber]
  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
  1. ^ Osman, Azmandy1 Mohd Nadzri2 (2024). Focus: Tatabahasa. Malaysia: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. m/s. 7–8. ISBN 9786294703889.