Pergi ke kandungan

Kareena Kapoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kareena Kapoor
Kapoor di majlis untuk Veere Di Wedding pada 2018
Kelahiran (1980-09-21) 21 September 1980 (umur 44)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000 - kini
PasanganSaif Ali Khan (k. 2012)
Anak-anakTaimur Ali Khan Pataudi
Ibu bapaRandhir Kapoor (bapa)
Babita (ibu)
SaudaraKarisma Kapoor (kakak)
Laman web rasmiwww.kareenakapoor.me

Kareena Kapoor (dilahirkan pada 21 September 1980), juga dikenali sebagai Kareena Kapoor Khan, ialah aktres India yang muncul dalam filem Bollywood. Dia dikenali dengan lakonannya dalam pelbagai genre filem semasa kerjayanya, dari filem romantik kepada komedi, produksi besar kepada filem bebas.[1][2]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Kapoor telah menerima enam Anugerah Filmfare daripada 10 pencalonan.[3][4] Untuk peranannya dalam Refugee, Kapoor dianugerahkan Penampilan Sulung Wanita Terbaik pada tahun 2000. Beliau memperoleh pengiktirafan juri khas untuk Chameli (2003), dan dua Anugerah Pengkritik untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk Dev (2004) dan Omkara (2006). Kapoor kemudian menerima Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Jab We Met (2007) dan We Are Family (2010) masing-masing.

  1. ^ Tuteja, Joginder (2010-09-04). "Exploring 10 years journey of Kareena Kapoor - Part II". Bollywood Hungama. Dicapai pada 2010-09-08.
  2. ^ Indiatimes Movies (2008-03-18). "Kareena becomes highest paid actress". The Economic Times. Dicapai pada 2009-06-01.
  3. ^ "Kareena Kapoor: Awards & Nominations". Bollywood Hungama. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2010. Dicapai pada 23 July 2010.
  4. ^ "Kareena Kapoor | Latest Celebrity Awards". Bollywood Hungama. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2013. Dicapai pada 27 January 2013.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]