Pergi ke kandungan

Hatake Kakashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kakashi Hatake)
Hatake Kakashi, watak penting dalam siri animasi dan manga Jepun, Naruto.

Kakashi Hatake (はたけ カカシ, Hatake Kakashi) merupakan salah seorang watak penting dalam siri animasi dan manga popular di Jepun Naruto. Walaupun nama watak ini ditulis di dalam tulisan 'kana' Jepun, nama keluarga watak ini, "Hatake" boleh ditulis di dalam tulisan kanji Jepun dan membawa maksud 'ladang penternakan' ataupun'pahlawan daun'. Maksud penterjemahan "Hatake" ialah "kebun tanaman" dan "Kakashi" pula bermaksud "orang-orang". Cukup pelik dan ironi, Naruto pernah menggunakan sebuah orang-orang untuk berlatih menentang Kakashi sebelum ujian pertama Kumpulan Ke-7. Sakura pula dipermainkan Kakashi apabila Kumpulan ke-7 cuba melihat wajah sebenar Hatake Kakashi disebalik.

Butiran peribadi
Nama Hatake Kakashi
Tarikh Lahir 15 September
Gelaran Ninja Peniru

Kakashi Si Sharingan

Jantina Lelaki
Umur Bahagian l : 26-27

Bahagian ll : 29-31

Tinggi 181.1 CM
Berat 67.5 KG
Jenis Darah O
Elemen Elemen Petir (Raiton)

Elemen Tanah

Elemen Air (Suiton)

Elemen Api (Katon)

Elemen Angin '(Fuuton)'

Kekkei Genkai Sharingan

Mangekyou Sharingan

Pekerjaan Hokage (6th)

Guru di Akedemi Ninja

Kapten Anbu

Komander divisi 4 perang

Kediaman Konoha
Team Team Minato

Team Kakashi

Klan Klan Hatake
Pangkat Bahagian l dan ll : Jonin

Blank period : Kage

Keluarga Hatake Sakumo (Ayah)

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripada Uzumaki Naruto, Haruno Sakura dan juga Uchiha Sasuke. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya. Mata ini telah membantunya meniru sekurang-kurangnya 1000 jurus ninja sewaktu pertempuran. Namun demikian, mata Sharingannya bukanlah miliknya tetapi mendiang kawan karib dan rakan seperjuangannya Uchiha Obito.

Fail:Kakashiblushing.jpg
Kakashi membaca novel dewasa

Walaupun Kakashi mengatakan dalam episod 3 bahawa dia mempunyai banyak hobi, cuma satu sahaja yang sering dilakukannya iaitu membaca novel dewasa ""Icha Icha Paradise" (イチャイチャパラダイス, Icha Icha Paradaisu, ataupun "Syurga Asmara") hasil karya Jiraiya yang terkenal di dalam dunia Naruto. Kakashi sering dilihat membaca novel ini sewaktu menjalankan misi bersama Pasukan 7 dan dalam Naruto: Shippudden, Kakashi dilihat pula membaca siri ketiga novel tersebut yang bertajuk "Icha Icha Tactics".

Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan Maito Gai; Gai telah mengisytiharkan Kakashi sebagai pesaingnya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap Kakashi yang kelihatan seperti seseorang yang bersikap malas pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.

Kehidupan peribadi Kakashi adalah suatu misteri yang belum dapat disangkal. Misalnya, wajah sebenar Kakashi masih belum diketahui kerana sebahagian besar mukanya disembunyikan di sebalik topeng. Dia tidak mempunyai sanak saudara dan telah mengatakan bahawa orang yang disayanginya telah pun meninggal dunia. Kakashi pernah disalah anggap sebagai "Taring Putih Konoha", Hatake Sakumo (sebenarnya, Kakashi merupakan anak kepada Taring Putih Konoha). Dalam episod 101, Pasukan 7 cuba sedaya-upaya untuk menanggalkan topeng Kakashi tetapi tidak berdaya. Namun, dipercayai wajahnya agak tampan jika mengambil kira reaksi Ayame dan ayahnya yang berjaya melihat rupa sebenar Kakashi ketika Kakashi makan ramen.

Seperti ayahnya yang kemahiran bertempur boleh disamakan dengan Tiga Lagenda, Kakashi dianggap sebagai ninja genius yang berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun. Beberapa tahun selepas pencapaian ini, nama ayah Kakashi tercalar kerana Sakumo memilih untuk menyelamatkan rakan-rakannya daripada menamatkan misi yang telah diamanahkan. Oleh sebab berasa amat malu, Sakumo membunuh diri dengan Kakashi sebagai saksi. Sebagai akibatnya, Kakashi sangat mematuhi peraturan terutamanya peraturan shinobi 'kejayaan misi perlu diutamakan dan diletak sebelum kebajikan dan keselamatan rakan seperjuangan'. Kakashi menjadi seorang yang angkuh, muram dan rigid.

Pada usia 13 tahun, Kakashi menjadi Jounin. Sebagai ganjaran, Kakashi ditugaskan untuk mengetuai pasukannya dalam misi sabotaj untuk meletupkan sebatang jambatan bagi menghalang pasukan Iwagakure daripada menyeludup masuk ke Negara Rumput. Selepas misi ini dimulakan, pasukan Kakashi bersemuka dengan pihak lawan dan klonnya. Kakashi melihat kejadian ini sebagai peluang yang baik untuk mencuba jurus barunya, Chidori. Kakashi berjaya menewaskan beberapa klon tetapi gagal menentukan kedudukan ninja yang sebenar. Setelah bahunya dicederakan oleh ninja lawan, Hokage Keempat menyelamatkan Kakashi. Yang Keempat kemudiannya menegah Kakashi daripada menggunakan jurus tersebut kerana kelajuan Chidori menyebabkan penggunanya tidak dapat melihat dan bersedia untuk menangani tindakan lawan. Setelah Yang Keempat meninggalkan pasukannya untuk bertempur di barisan hadapan, rakan sepasukan Kakashi, Rin telah diculik oleh pihak lawan. Obito mahu menyelamatkan Rin tetapi Kakashi mengatakan bahawa tumpuan harus dicurahkan kepada misi; Kakashi tidak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti arwah ayahnya. Obito akhirnya berjaya meyakinkan Kakashi bahawa ayahnya telah melakukan perkara yang benar. Kakashi berkeputusan untuk menyertai misi menyelamatkan Rin.

Dalam cubaan tersebut, mata kiri Kakashi tercedera. Untuk melindungi Kakashi, Obito berjaya membangunkan Sharingan dan membunuh ninja yang mencederakan Kakashi. Selepas membebaskan Rin daripada genggaman ninja Iwagukure, Obito sekali lagi menyelamatkan Kakashi dengan menolaknya daripada bahaya apabila bumbung gua mula runtuh. Malang sekali, Obito dihempap oleh batu besar dalam tindakannya menolak Kakashi. Obito mengarahkan Rin (seorang ninja perubatan) memindahkan mata Sharingannya ke dalam soket mata Kakashi yang rosak. Sharingan Kakashi kini membalas dendam atas kematian Obito dengan membunuh ninja lawan dengan Chidori (Kakashi boleh melihat gerak geri lawan sambil menjana Chidori dengan bantuan Sharingan).

Fail:Kakashieyes.jpg
Mata Sharingan

Kematian Obito merubah prinsip hidup Kakashi, malah Kakashi kini mengamalkan beberapa ciri kehidupan Obito. Salah satunya ialah ketegasannya terhadap konsep kerjasama seperti mana yang ditunjukkan dalam ujian pengesanan untuk membolehkan ninja rookie menjadi pelajarnya. Dia menggunakan loceng untuk menguji pelajar-pelajarnya; ketiga-tiga mereka harus merampas dua biji loceng yang digantung di pinggangnya. Hanya mereka yang berjaya memperoleh loceng tersebut akan lulus. Maka semestinya salah seorang daripada tiga pelajar akan gagal dan dihantar balik ke Akademi. Tetapi, peraturan ujian ini hanyalah perkataan semata-mata dan tidak dimaksudkan; Kakashi mahu mereka faham bahawa kerjasama mesti diusahakan bersama dan kadang kala, peraturan juga harus dilanggar. Pasukan 7 merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya dalam ujian ini. Kakashi juga mewarisi sikap Obito yang selalu lewat ke perjumpaan tetapi hal ini diakibatkan oleh rutinnya melawat pusara Obito setiap hari.

Keupayaan

[sunting | sunting sumber]
Chidori

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sakura, Kakashi ialah shinobi termahir dalam teknik ninja di Konoha dan juga merupakan Jonin terkuat di kampungnya (merujuk kepada buku data manga). Kakashi lebih tertumpu kepada ninjutsu. Biasanya, dia akan meniru jurus pihak lawan dan menggunakannya semula terhadap mereka. Kakashi juga mahir mengendalikan genjutsu seperti yang diperlihatkan dalam ujian loceng dengan Pasukan 7. Naruto juga pernah mengakui bahawa taijutsu Kakashi jauh lebih hebat daripada Rock Lee yang juga amat berkemahiran dalam bidang tersebut. Kakashi mempunyai kemampuan semula jadi terhadap elemen kilat. Jadi tidak hairanlah bahawa Kakashi pernah dilihat menggunakan beberapa jurus berelemen kilat seperti Chidori.

Kakashi mempunyai kumpulan Ninken atau 'anjing ninja' peribadi yang boleh diseru ke dalam pertarungan melalui 'Teknik Penyeruan'. Anjing-anjing peliharaannya dilatih oleh Kakashi sendiri dan anjing terkecil, Pakkun boleh bertutur. Kakashi menggunakan mereka untuk menjejaki sesuatu subjek tetapi mereka juga boleh menyerang pihak lawan seperti yang ditonjolkan dalam pertarungan dengan Momochi Zabuza; Kakashi mengarahkan mereka menyerang Zabuza melalui bau darah Kakashi pada pedang Zabuza.

Hampir kesemua teknik dan jurus yang dipelajarinya ditiru kecuali jurus terhebatnya, Chidori yang merupakan ciptaan tunggalnya. Versi terkini dikenali sebagai Raikiri kerana jurus itu dikatakan berjaya membelah panahan kilat. Versi ini adalah lebih berkuasa dan memerlukan daya mengawal chakra yang lebih tinggi.

Mata Sharingannya membolehkan Kakashi meniru jurus dan teknik pihak lawan di samping mengagak tindak-tanduk pihak lawan dengan sempurna. Oleh sebab mata Sharingan ini pada asalnya bukan kepunyaannya iaitu milik rakannya Uchiha Obito, mata tersebut tidak boleh dinyahaktif. Bagi seorang ahli klan Uchiha, hal seperti ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka tetapi bagi individu yang bukan berdarah Uchiha seperti Kakashi, dia terpaksa menggunakan lebih banyak chakra semasa menggunakan mata Sharingan. Untuk mengatasi masalah ini, Kakashi menutup mata kirinya dengan pelindung dahi dan menggunakan Sharingan dalam pertarungan yang berisiko tinggi, contohnya sewaktu berlakunya pertempuran dengan Pain di kampung Konoha. Tahap penggunaan Sharingan Kakashi adalah sebaik Uchiha Itachi tetapi terdapat impak negatif Sharingan terhadap tubuh Kakashi menyebabkan Kakashi menjadi mudah letih akibat penggunaan chakra yang banyak.

Dalam Bahagian Kedua, Kakashi berjaya membangunkan Mangekyou Sharingan yang fungsinya agak berlainan dengan Sharingan Itachi. Kakashi berupaya memanipulasikan masa serta ruang dan jika difokuskan boleh digunakan sebagai teknik jarak jauh. Dengan versi Sharingan yang lebih hebat ini, Kakashi berjaya memindahkan tangan kanan Deidara ke dimensi lain. Apabila klon Deidara cuba meletupkan dirinya untuk membunuh orang di sekitarnya, sekali lagi Kakashi menggunakan Mangekyou Sharingan untuk memindahkan klon tersebut ke dimensi lain. Penggunaan Mangekyou Sharingan jelas amat meletihkan Kakashi dan menyebabkannya terbaring di hospital selama beberapa minggu setelah menggunakannya selama tiga kali.

Templat:Endspoiler

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.