Pergi ke kandungan

Julie Andrews

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dame

Julie Andrews

Julie Andrews pada 2013
Kelahiran
Julia Elizabeth Wells

(1935-10-01) 1 Oktober 1935 (umur 89)
Walton-on-Thames, Surrey, England
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarang
Tahun aktif1945–kini
PasanganTony Walton (k. 1959; c. 1967)
Blake Edwards (k. 1969; m. 2010)

Dame Julie Andrews DBE (lahir Julia Elizabeth Wells; 1 Oktober 1935) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan pengarang yang lahir di Walton-on-Thames, Surrey, England. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam Mary Poppins (1964) dan The Sound of Music (1955).

Dilahirkan dari keluarga pelakon dan pemain piano, Julia Elizabeth Wells mulai menceburi dunia hiburan ketika Perang Dunia II untuk menghibur para tentera bersama dengan artis cilik lainnya, Petula Clark. Pada 1947, beliau muncul di West End, London.

Julie Andrews pernah memohon menjadi pelakon utama dalam My Fair Lady, namun peranan tersebut diberikan kepada Audrey Hepburn. Sebagai gantinya, Julie Andrews dapat peranan sebagai Mary Poppins dalam filem berjudul Dick van Dyke pada tahun yang sama. Penampilannya mendapatkan Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Dalam Anugerah Grammy 1965, beliau dan bintang lainnya dalam Mary Poppins dianugerahi penghargaan "Album Terbaik untuk Kanak-kanak".

The Sound of Music (1965) juga melonjakkan namanya dan membuatnya dicalonkan untuk Anugerah Akademi kembali untuk peranannya sebagai Maria von Trapp. Antara tahun 1960-an hingga 1970-an, Julie Andrews menikmati kemuncak kejayaan kerjayanya namun pada 1980-an hingga 1990-an, kerjayanya agak menurun.

Pada tahun 2000, Julie dianugerahi gelaran Dame oleh kerajaan Inggeris sehingga namanya adalah Dame Julie Andrews. Pada 2001, kerjayanya kembali melonjak setelah membintangi The Princess Diaries dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004). Beliau juga berlakon dalam dua filem Eloise at The Plaza. Beliau juga cepat pulih setelah pembedahan kerongkong.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2010, untuk kali kedua berturut-turut,[1] Andrews merupakan pengacara rasmi USA pada konsert Hari Tahun Baru Vienna.[2] Andrews turut memegang peranan pelakon pembantu dalam filem Tooth Fairy, yang mendapat ulasan kurang baik[3] sungguhpun berjaya bagi penerimaan box office.[4] Semasa promosi bagi filem itu dia turut menyentuh mengenai Operation USA dan kempen bantuan kepada malapetaka Haiti.[5]

Pada 8 May 2010, Andrews kembali ke London selepas 21 tahun hilang (persembahan terakhirnya adalah di konsert Krismas pada Dewan Perayaan Diraja pada 1989). Persembahan itu menerima sambutan hangat dari 20,000 peminatnya yang hadir dan memberikan tepukan gemuruh,[6] did not convince the critics.[7]

Pada 18 May 2010, buku Andrews yang ke-23 (yang ini ditulis bersama dengan anak perempuannya Emma) diterbitkan. Pada 28 May 2010 buku berjudul The Very Fairy Princess, mencapai nombor 5 pada Senarai Jualan Trbaik bagi Buku Kanak-kanak di New York Times[8]

Pada 21 May 2010, filemnya Shrek Forever After dibebaskan, di mana Andrews kembali sebagai peranan Ratu.[9]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ PBS.org
  2. ^ PBS.org
  3. ^ Rottentomatoes.com Diarkibkan 2010-07-16 di Wayback Machine. Retrieved on 2010/02/23
  4. ^ Box office mojo. Retrieved on 2010-02-23
  5. ^ "The Vue". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-05. Dicapai pada 2010-07-10.
  6. ^ Sky News
  7. ^ Daily Telegraph
  8. ^ [1]
  9. ^ "Weekend Report: 'Shrek' Shrinks with Fourth Movie". Box Office Mojo. May 24, 2010.