Juan Gabriel
Juan Gabriel | |
---|---|
Nama lahir | Alberto Aguilera Valadez |
Juga dikenali sebagai | Adan Luna, Juan Gabriel Balado,El Cerrajero, Knombre2010 |
Lahir | 7 Januari 1950 Parácuaro, Michoacán, Mexico |
Tempoh aktif | 1971— |
Genre | Mariachi, Ranchera, Muzik pop/Muzik rock Sepanyol |
Rekod single terbesar | "Querida" (1984) |
Label | Rekod RCA |
Laman web rasmi | JuanGabriel.com.mx |
Juan Gabriel, juga dikenali sebagai "Juanga" (lahir Alberto Aguilera Valadez pada 7 Januari 1950 ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Mexico [1] yang merupakan ahli muzik popular yang paling berjaya dalam sejarah muzik Mexico, serta salah satu wakil ranchera, balada, mariachi, dan muzik pop Mexico yang masih hidup. [2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Parácuaro, Michoacán, Alberto menyertai sekolah berasrama di Ciudad Juárez, Chihuahua [3], tetapi beliau kemudian berhenti sekolah untuk bekerja sebagai tukang ketika hanya berumur 13 tahun. Setelah menjadi penulis lagu, Alberto memulakan kerjaya persembahannya di kelab-kelab malam serta televisyen tempatan dengan menggunakan nama pentas, Adán Luna. Banyak daripada kemahiran muzik Alberto dipelajari daripada seorang guru besar yang berbaik-baik dengannya ketika beliau masih muda lagi. Beliau berlatih untuk bermain gitar supaya dapat menjadi sangat baik, dan akhirnya melepaskan nama Adan Luna sama sekali untuk menggunakan nama Juan Gabriel bagi menghormati kawannya serta bapa sendiri. [4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1971, Gabriel mendapat kontrak perakaman dengan Rekod RCA. Beliau telah menulis dan membuat rakaman untuk melebihi 1,000 buah lagu dalam berbagai-bagai genre muzik. [5] Menukarkan namanya kepada Juan Gabriel untuk menghormati guru besar (Juan) yang amat dikaguminya serta mendiang bapanya sendiri (nama keluarga pentas, Gabriel), [6], beliau beransur-ansur memantapkan kedudukannya sebagai penyanyi-penulis lagu komersil yang terutama di Mexico. Gabriel menulis dalam berbagai-bagai gaya, termasuk rancheras dengan mariachi, balada, pop, rock, dan disko. Beliau juga menulis banyak lagu kegemaran ramai untuk diri sendiri serta penyanyi-penyanyi Latin yang terutama, termasuk Estela Nuñez, Angélica María, Aida Cuevas, Enriqueta Jiménez, Lucha Villa, Ana Gabriel, Marc Anthony, Rocio Durcal, dan Son del Son. [7]
Gabriel muncul buat pertama kali dalam filem pada tahun 1975, dengan filem Nobleza ranchera. Kerjanya sebagai penyusun, penerbit, dan penulis lagu pada sepanjang dekad-dekad yang berikut mendedahkannya kepada artis-artis Latin yang terkenal, termasuk Rocío Dúrcal, dan Isabel Pantoja. Selain daripada membuat rakaman sendiri untuk banyak lagu kegemaran ramai, Gabriel juga pernah menerbitkan album-album untuk Rocio Durcal, Lucha Villa, Lola Beltran, dan Paul Anka. [8][9] Pada tahun 1984, beliau mencapai apa yang dianggap oleh banyak peminatnya sebagai lagu kegemaran ramainya yang teragung, "Querida" ("Sayangku"), yang kekal melebihi setahun dalam tempat pertama di carta lagu kegemaran ramai. [10]
Pertikaian hak cipta BMG
[sunting | sunting sumber]Antara tahun-tahun 1986 hingga 1994, Gabriel enggan membuat sebarang rakaman untuk BMG, akibat pertikaian tentang hak cipta lagu-lagunya. Semasa pertikaian itu, beliau meneruskan persembahannya untuk siaran langsung. Pada tahun 2000, menurut perjanjian antara Gabriel dengan BMG, beliau memegang seluruh hak cipta dan tanggungjawab pengurusan untuk melebihi 500 buah lagunya. [11] Seluruh katalog lagu Gabriel diterbitkan oleh Penerbitan Muzik BMG. [12]
Gabriel adalah popular di seluruh dunia bertuturan bahasa Sepanyol dan telah menjual melebihi 50 juta salinan, dengan jumlahnya masih bertambah. [13] Recuerdos Vol. II, salah satu daripada albumnya yang terbaik dan yang merangkumi lagu "Querida", lagu kegemaran ramainya, menjual melebihi 1.5 juta salinan dalam tempoh sebulan setengah hanya di Mexico pada dirinya. [14]
Gabriel mempunyai empat orang anak dan menyatakan bahawa mereka bukan anak angkatnya. Beliau mendedahkan bahawa anak-anak itu dilahirkan dengan "mi mejor amiga para toda la vida" (kawan terbaik seumur hidupku). [15] Gabriel berkata: "Por qué decirle cosas que a usted, como a muchas otras personas, no les interesa, yo pienso que soy un artista (.) que he dado mucho con mis canciones", [16] ketika ditanya adakah beliau merupakan seorang homoseksual.
Pada kebanyakan kerjayanya, terdapat tekaan tentang adakah Gabriel merupakan seorang homoseksual kerana rupa dan tingkah laku keperempuan-perempuanannya. Bagaimanapun, beliau telah dilaporkan sebagai seorang homoseksual oleh media bahasa Sepanyol.
Pada 14 November 2005, Gabriel tercedera ketika beliau jatuh dari pentas Pusat Toyota di Houston, Texas, dan dimasukkan ke hospital Pusat Perubatan Texas. [17][18]
Kerja amal
[sunting | sunting sumber]Gabriel terus membuat 10-12 buah persembahan setiap tahun sebagai konsert faedah untuk rumah-rumah kanak-kanak kesayangannya dan secara tabiat, bergaya untuk gambar dengan peminat-peminatnya supaya dapat menderma hasil kutipan daripada pengambilan gambar-gambar tersebut kepada anak-anak yatim piatu Mexico. [19] Pada tahun 1987, Gabriel mengasaskan Semjase ,[20] sebuah rumah kanak-kanak di Ciudad Juarez, Mexico untuk anak-anak yatim piatu serta kanak-kanak kurang beruntung yang berumur antara 6-12 tahun. [21]
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]- 1986: Tom Bradley, Datuk Bandar Los Angeles, mengisytiharkan 5 Oktober sebagai "Hari Juan Gabriel." [22]
- 1995: Tiga daripada lagu Gabriel mencapai tempat 40 Teratas dalam carta radio "Trek Latin Hangat" yang dikendalikan oleh majalah Billboard.
- 1995: Anugerah Penulis Lagu Tahunan ASCAP. [23]
- 1996: Majalah Billboard melantik Juan Gabriel sebagai ahli Dewan Kemasyhuran Muzik Latin. [24][25]
- 1999: Anugerah Muzik Latin Pilihan Rakyat (Ritmo) untuk artis wilayah yang terbaik bagi lagunya, Con La Banda El Recodo. [26]
- 1999: La Opinion Tributo Nacional (Anugerah Pencapaian Seumur Hidup). [27]
- 2001: Anugerah arca Gabriel Billboard yang didirikan di Plaza Garibaldi, Bandaraya Mexico, tempat persembahan kesayangan bagi pancaragam-pancaragam mariachi. Arca itu dicipta oleh pengarca Oscar Ponzanelli. [28]
- 2002: Penyanyi dan penggubah Juan Gabriel menerima empat anugerah Billboard. [29]
- Calon Anugerah Grammy sebanyak enam kali. [30]
- Album-album Gabriel mencapai jualan sebanyak 30 juta salinan. [31]
Diskografi terkenal Juan Gabriel [32]
[sunting | sunting sumber]Rekod Single
[sunting | sunting sumber]- "Yo No Se Que Me Paso," 1986
- "El Palo," 1995
- "Mi Pueblo" (with Paul Anka), 1996.
- "Te Sigo Amando," 1997
- "Asi Tu," 1998
- "El Destino," 1997
- "Hasta Que Te Conocí" ("Until I Met You")
- "Solo Sé Que Fue En Marzo" ("I Only Know It Happened In March")
- "He Venido A Pedirte Perdón" ("I Have Come To Ask for Forgiveness")
- "Siempre En Mi Mente" ("Always In My Mind")
- "No Me Vuelvo A Enamorar" ("I Won't Fall In Love Again")
- "Inocente Pobre Amigo" ("Innocent Poor Friend")
- "Querida" ("My Dear")
- "Abrázame Muy Fuerte" ("Hold Me Tightly")
- "Inocente De Ti" ("Innocent of You")
- "Se Me Olvidó Otra Vez" ("I Forgot Again")
- "Yo Te Recuerdo" ("I Remember you")
- "Te Sigo Amando" ("I Still Love you")
- "No Tengo Dinero" ("I Have no Money") 1971
- "Pero Que Necesidad",("But What Necessity …Why So Many Problems")1994
Album
[sunting | sunting sumber]- Baladas, RCA, 1978
- Siempre Estoy Pensando en Ti, RCA, 1978
- Recuerdos (Remember), Ariola, 1980
- Cosas de Enamorados, RCA, 1982
- Lo Mejor de Juan Gabriel con Mariachi, RCA, 1983
- Todo, RCA, 1983
- Recuerdos 2, RCA, 1984
- Pensamientos, RCA, 1986
- Frente a Frente, Jilid 1, RCA, 1987
- Frente a Frente, Jilid 2, RCA, 1987
- Debo Hacerlo, RCA, 1988.
- Juan Gabriel con el Mariachi Vargas de Tecalitlan, RCA, 1990
- Juan Gabriel en el Palacio de Bellas Artes, RCA, 1990
- Con Tu Amor, Ariola, 1992
- Te Llegara Mi Olvido, RCA, 1992
- Mis Ojos Tristes, Ariola, 1992
- Inspiration, Fonovisa, 1992
- En el Palacio de Bellas Artes, BMG, 1992
- Gracias Por Esperar, BMG Latin, 1994
- Musipistas, Discos DCO, 1995
- El Mexico Que Se Nos Fue, Ariola, 1995
- El Alma Joven, Jilid 3, RCA, 1996
- Juan Gabriel Con El Mariachi De America De Jesus Rodriguez de Hijar, RCA, 1996
- Juan Gabriel Con Mariachi, Jilid 2, RCA, 1996
- Del Otro Lado, RCA, 1996
- Siempre En Mi Mente, RCA, 1996
- Mejor de Los 3 Grandes, RCA, 1996
- Me Gusta Bailar Contigo, BMG, 1996
- Espectacular, RCA, 1996
- Gabriel, Juan, RCA, 1996
- El Alma Joven, RCA, 1996
- A Mi Guitarra, BMG, 1996
- Juntos Otra Vaz, RCA, 1997
- Lo Mejor de Gabriel Y Manzanero, Polygram, 1997
- Juan Gabriel, BMG Latin, 1997
- Homenaje a Juan Gabriel, Simitar Latino, 1997
- Celebracion De los 25 Años de Juan Gabriel en Bellas Artes (Perayaan Ulang Tahun Ke-25 bagi Juan Gabriel dalam Seni) RCA, 1998
- Por Mi Orgullo, RCA, 1998
- Con la Banda...El Recodo, RCA, 1998
- Querida, RCA, 2000
- Juan Gabriel, RCA, 2000
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.contactomagazine.com/juanga0418.htm
- ^ Hispanicnews.com,http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ http://arts.enotes.com/contemporary-musicians/gabriel-juan-biography Diarkibkan 2006-11-15 di Wayback Machine,
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ Biografi di Beli-belah Yahoo
- ^ http://www.ticketcity.com/Juan-Gabriel-Tickets.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ Chicago Sun-Times (April 2006,http://www.findarticles.com/p/articles/mi_qn4155/is_20060410/ai_n16182424
- ^ http://www.ticketcity.com/Juan-Gabriel-Tickets.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ NBC5 Chicago, http://www.nbc5.com/irresistible/5339032/detail.html?z=dp&dpswid=1260382&dppid=65193 Diarkibkan 2008-06-29 di Wayback Machine
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ Juan Gabriel.com, Bio, http://www.juangabriel.com.mx/AA/bio/biog4.html
- ^ Hispanicnews.com, http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/06.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0EIN/is_2002_May_10/ai_85674084
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-15. Dicapai pada 2007-02-28.