José de Jesús Corona
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | José de Jesús Corona Rodríguez | ||
Tarikh lahir | 26 Januari 1981 | ||
Tempat lahir | Guadalajara, Mexico | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Cruz Azul | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2002–2004 | Atlas | 47 | (0) |
2004–2009 | Tecos UAG | 168 | (0) |
2009– | Cruz Azul | 164 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1997 | Mexico B17 | 3 | (0) |
2004–2005 | Mexico B23 | 15 | (0) |
2005– | Mexico | 34 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Mei 2013 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014 |
José de Jesús Corona Rodríguez, (lahir 26 Januari 1981) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk Cruz Azul. Beliau bermain di posisi penjaga gol.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Corona memulakna kerjayanya di F.C. Atlas pada tahun 2002. Beliau telah bermain sebanyak 47 perlawanan dari tahun 2002 sehingga 2004. Beliau kemudian berpindah ke Tecos UAG pada 2004.
Pada 16 Jun 2009, Corona menandatangani kelab Cruz Azul selama tiga tahun. Pada tahun yang sama, beliau membantu Cruz Azul melangkah ke perlawanan akhir liga menentang C.F. Monterrey, tetapi pasukannya sekadar naib juara. >
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Corona telah dipilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Mexico di Piala Dunia FIFA 2006 sebagai pilihan kedua penjaga gol. Beliau tidak dapat bermain untuk Mexico pada kejohanan itu. Pada 2007, bekas jurulatih Hugo Sánchez memasukkan beliau dalam senarai 23 pemain untuk Piala Emas CONCACAF sebagai penjaga gol ketiga. Beliau asalnya menjadi penjaga gol pertama pada kejohanan Piala Emas CONCACAF 2011 tetapi beliau telah bergaduh dalam aksi kedua perlawanan separuh akhir Primera División de México 2010-11 di antara pasukannya, Cruz Azul dan Monarcas Morelia. Jurulatih pasukan Mexico, José Manuel de la Torre memotong beliau daripada skuad yang bertanding dalam Piala Emas 2011 dan Copa América 2011. Beliau digantikan oleh Jonathan Orozco.
Beliau mewakili Mexico di Sukan Olimpik 2012. Beliau menjadi kapten pasukan Mexico yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir menumpaskan Brazil, 2-1 untuk memenangi pingat emas buat pertama kali di Stadium Wembley.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Cruz Azul
- Copa MX (1): Clausura 2013
- Liga Juara-Juara CONCACAF (1): 2013-14
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Piala Emas CONCACAF (1): 2009
- Sukan Seluruh Amerika (Pingat emas) (1): 2011
- Sukan Olimpik Musim Panas (Pingat emas) (1): 2012
Individu
[sunting | sunting sumber]- Penjaga Gol Terbaik Kejohanan: Apertura 2010
- Penjaga Gol Terbaik Kejohanan: Clausura 2012
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Mexico
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2005
- Pemain Piala Emas CONCACAF 2005
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain Piala Emas CONCACAF 2007
- Pemain Piala Emas CONCACAF 2009
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2013
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain Club Atlas
- Estudiantes Tecos
- Pemain C.D. Guadalajara
- Pemain Cruz Azul
- Penjaga gol (bola sepak)