Johari Mat
Dato' Dr Johari Mat D.P.S.K (Kelantan) | |
---|---|
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Ahmad Yakob |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 14 Julai 2014 – 13 Julai 2017 | |
Digantikan oleh | Muhamad Mustafa |
Dalam jawatan 7 Julai 2011 – 6 Julai 2014 | |
Didahului oleh | Ahmad Rusli Ibrahim |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulamak |
Dato' Dr Johari bin Mat (Jawi: جوهاري بن مت ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Pendidikan dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Johari Mat lahir pada 28 April 1952 di Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.
Beliau pernah menjadi Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003).Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).
Johari Mat menjadi ahli Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013) .[2]
Senator
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Jun 2011, beliau dipilih sebagai anggota Dewan Negara mewakili Kelantan (07.07.2011 - 06.07.2014). Beliau menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator selama tiga tahun. Namanya dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.[3] Pada 7 Julai 2011, beliau angkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Anugerah dan penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Kelantan
- Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) - Dato' - 2010
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-10.
- ^ Dr. Johari Mat angkat sumpah sebagai senator
- ^ Dr. Johari Mat senator baru wakili Kelantan
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Orang dari Kelantan
- Kelahiran 1952
- Orang hidup
- Anggota Dewan Ulamak PAS
- Alumni Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-12