Pergi ke kandungan

Jingoisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The American War-Dog, kartun politik tahun 1916, dengan anjing bernama 'Jingo'

Jingoisme adalah suatu bentuk patriotisme tahap melampau yang terbentuk melalui penggubalan dasar-dasar luar negeri sesebuah negara yang menggiat secara kuat dan agresif.

Istilah ini berasal dari suatu lagu dinukilkan di United Kingdom oleh G. W. Hunt yang sering didendangkan orang ramai selepas khabar Empayar Rusia mahu mengepung Kustantiniyah demi mengawal selat-selat Bosphorus dan Dardanelle terus dari pangkalan mereka di Laut Hitam semasa bertempur dengan kerajaan Uthmaniyah sekitar 1877–8 untuk menaikkan semangat agar dapat mempertahankan jajahan India daripada cengkaman Rusia:[1][2][3]

We don't want to fight, but by Jingo,[a] if we do,
We've got the ships, we've got the men, we've got the money too
We've fought the Bear before, and while we're Britons true
The Russians shall not have Constantinople!

("Kami tak mahu bertempur. Tapi kalau kita mahu - ya ampun -
kapal-kapal kami ada, askar kami ada, duit tampung pun kami ada
Kami sudah melawan sang Beruang, selagi kami masih anak jati Britain,
Orang Rusia takkan dapatkan Kustantiniyah!")

  1. ^ "by Jingo" dalam bahasa cakapan menggantikan ungkapan by Jesus ("demi Yesus") secara halus supaya lebih senonoh.

Kata terbitan jingoism diciptakan dari lagu ini oleh George Holyoake, seorang pemikir British, dalam suratnya kepada akhbar Daily News pada 13 March 1878.[4][5][6] Istilah ini kemudiannya tersebar ke Amerika Syarikat pada abad ke-20 merujuk kepada dasar-dasar luar negeri Theodore Roosevelt yang dianggap "jingois"; bahkan dikukuhkan dengan sanggahan beliau dalam akhbar The New York Times pada 23 October 1895 yang menyatakan: "Jika 'jingoisme' yang dimaksudkan mereka adalah dasar yang selari dengan kemahuan warga Amerika Syarikat dihormati hak-hak mereka oleh negara luar, maka kami memang "penjingo" (jingoes)."[7]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ ""By Jingo": Macdermott's War Song (1878)". Cyberussr.com. Dicapai pada 2012-03-12.
  2. ^ "By Jingo". Davidkidd.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2007. Dicapai pada 2012-03-12.
  3. ^ Pears, Edwin (1916). Forty Years in Constantinople, The Recollections of Sir Edwin Pears 1873–1915 (ed. 1). London: Herbert Jenkins Limited. m/s. 27. Dicapai pada 10 June 2016 – melalui Internet Archive.
  4. ^ McCarthy, Justin (1881). A History of Our Own Times: From the Accession of Queen Victoria to the General Elections of 1880. IV. London: Chatto & Windus. m/s. 473. Dicapai pada 14 March 2018 – melalui Internet Archive.
  5. ^ Holyoake, George Jacob (1892). Sixty Years of An Agitator's Life. II. London: T. Fisher Unwin. m/s. 216–218. Dicapai pada 14 March 2018 – melalui Internet Archive.
  6. ^ Ceadel, Martin (2000). Semi-detached Idealists: The British Peace Movement and International Relations, 1854–1945. Oxford University Press. m/s. 105. ISBN 0-19-924117-1.
  7. ^ "For An Honest Election" (PDF). The New York Times. 23 October 1895. Dicapai pada 2012-09-30. The reference is found halfway down the article.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]