Jean-Jacques Goldman
Jean-Jacques Goldman (lahir 11 Oktober 1951) ialah penyanyi dan penulis lagu Perancis yang amat popular dalam dunia bertuturan bahasa Perancis. Pada tahun 2003, beliau menjadi penyanyi lagu pop yang kedua terbesar pendapatannya, selepas Johnny Hallyday.
Dilahirkan di Paris kepada Alter Mojze Goldman dan Ruth Ambrunn, pendatang-pendatang Yahudi Poland, Goldman ialah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau belajar biola pada mula-mulanya, dan kemudian membelajari piano semasa masih kanak-kanak. Pada tahun 1968, beliau menghentikan kajian muzik klasiknya untuk belajar gitar. Golman juga memperoleh ijazah perniagaan daripada École Des Hautes Études Commerciales, biasanya dikenali sebagai l'Edhec, di Lille. Pada tahun 1972, beliau bertemu dengan Catherine, isteri pertamanya, dan dikurniakan dengan tiga orang anak.
Goldman berkecimpung dalam dunia muzik Perancis sebagai ahli kumpulan prog rock yang bernama Tai Phong ("angin yang kencang, atau taufan" dalam bahasa Vietnam). Kumpulan muzik ini menerbitkan album pertama mereka pada tahun 1975, dengan lagu pertama mereka, "Sister Jane", mencapai kejayaan yang sederhana.
Selepas empat tahun dan tiga buah album yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, Goldman berazam untuk bernyanyi sendirian, dan menulis serta menyanyi dalam bahasa Perancis. Pada tahun 1981, Marc Lumbroso mendengar rakamannya "Il suffira d'un signe" dalam album Démodé dan menyebabkan syarikat Rekod-rekod Epic mengikat sebuah kontrak lima album dengan Goldman. Pada tahun 1982, album kegemaran ramainya yang pertama, Minoritaire, yang merangkumi lagu kegemaran ramai, "Quand la musique est bonne", diterbitkan; album-album yang kemudian semuanya berjaya.
Goldman juga menulis untuk penyanyi-penyanyi yang lain, khususnya Céline Dion yang beliau bekerjasama dalam album D'eux (diterbitkan di Amerika Syarikat sebagai Album Perancis), S'il suffisait d'aimer, serta 1 fille & 4 jenis. Beliau juga bekerjasama dengan Johnny Hallyday, Patricia Kaas, Garou, Marc Lavoine, Khaled (Aïcha), Lorie, dan Florent Pagny.
Goldman ialah penulis untuk lagu termasyhur, "La chanson des restos", yang dipersembahkan oleh les Enfoirés sebagai tema persatuan amal yang ditubuhkan oleh Coluche, Les restos du coeur. Abang seibunya, Pierre Goldman, cendekiawan sayap kiri yang pernah disabitkan bersalah kerana merompak, dibunuh dalam keadaan-keadaan yang penuh misteri pada tahun 1979 di Paris. Adik lelakinya, Robert Goldman, juga merupakan penulis lagu (sering dikenali sebagai J Kapler).
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Jean-Jacques Goldman (juga dikenali sebagai Démodé) (1981, Epic)
- Jean-Jacques Goldman (juga dikenali sebagai Minoritaire) (1982, Epic)
- Positif (1984, Epic)
- Non homologué (1985, Epic)
- Entre gris clair et gris foncé (1987, Epic)
- Fredericks/Goldman/Jones (1990, CBS) dengan Carole Fredericks dan Michael Jones
- Rouge (1993, Columbia) dengan Carole Fredericks dan Michael Jones
- En passant (1997, Columbia)
- Chansons pour les pieds (2001, Columbia)
Album siaran langsung
[sunting | sunting sumber]- En public (1986, Epic)
- Traces (1989, Epic)
- Sur scène (1992, Columbia) dengan Carole Fredericks dan Michael Jones
- Du New Morning au Zénith (1995, Columbia) dengan Carole Fredericks dan Michael Jones
- En passant tournée 1998 (1999, Columbia)
- Un tour ensemble (2003, Columbia)
Susunan
[sunting | sunting sumber]- Singulier 81/89 (1996, Columbia)
- Pluriel 90/96 (1996, Columbia) dengan Carole Fredericks dan Michael Jones
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Perancis) Là-bas
- (Perancis) Laman web rasmi Sony Music Diarkibkan 2006-04-24 di Wayback Machine
- Biografi Jean-Jacques Goldman, daripada Radio Perancis Antarabangsa
- (Perancis) JJG famille
- (Perancis) Parler d'sa vie
- (Perancis) Autre Part : L'univers des frères Goldman