Jawa Timur
Provinsi Jawa Timur
꧋ꦗꦮꦮꦺꦠꦤ꧀꧈ Negeri Jawa Timur | |
---|---|
Pemerintah Provinsi Jawa Timur | |
Transkripsi Other | |
• Jawa | Jawa Wetan |
• Aksara Jawa | ꦑꦧꦸꦥꦠꦺꦤ꧀ꦧꦪꦸꦮꦔꦶ |
Cogan kata: Jer Basuki Mawa Béa ꦗꦼꦧꦂꦱꦸꦏꦶꦩꦮꦧꦺꦪ | |
Koordinat: 7°16′S 112°45′E / 7.267°S 112.750°EKoordinat: 7°16′S 112°45′E / 7.267°S 112.750°E | |
Negara | Indonesia |
Ditubuhkan | 26 November 1948, sebagai Negara Jawa Timur |
Menyertai Republik Indonesia | 9 Mac 1950 |
Diberikan taraf Negeri | 14 Ogos 1950 |
Ibu Negeri | Surabaya |
Pentadbiran | |
• Jenis | Kerajaan Negeri |
• Gabenor | Khofifah Indar Parawansa (PKB) |
• Timbalan Gabenor | Emil Elestianto Dardak |
Keluasan | |
• Jumlah | 47,922 km2 (18,503 batu persegi) |
Aras | 5 m (16 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 37,476,011 |
• Kepadatan | 780/km2 (2,000/batu persegi) |
Demografi | |
• Kelompok etnik | Jawa (79%), Madura (18%), Osing (1%), Cina (1%)[1] |
• Agama | Islam (96.36%), Kristian (2.4%), Budisme (0.6%), Hinduisme (0.5%), Konfusianisme 0.1%, Kejawen juga diamalkan[2] |
• Bahasa | Indonesia, Jawa, Madura |
Zon waktu | UTC 07:00 (Bahagian Barat Indonesia) |
Poskod | 60xxx - 69xxx |
Kod Panggilan | 031, 0321-0358 |
Geocode | ID-JW |
Kod ISO 3166 | ID-JI |
Plat Kenderaan | P, N, L, W, M, AG, AD, AE, S |
Laman sesawang | jatimprov |
Jawa Timur (disingkat Jatim, bahasa Jawa: ꦙꦮꦶꦮꦺꦠꦤ꧀, Pegon: جاوي وَيتان , translit. Jawi Wétan, Madura: Jhâbâ Tèmor ) ialah sebuah provinsi di hujung timur Pulau Jawa dengan wilayah yang juga meliputi Pulau Madura dan Bawean. Ibu kotanya adalah Surabaya, kota terbesar kedua di Indonesia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Prasejarah
[sunting | sunting sumber]Jawa Timur telah dihuni manusia sejak zaman prasejarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan sisa-sisa fosil Pithecantropus Mojokertensis di Desa Kepuhklagen, Kecamatan Wringinanom, Kabupaten Gresik; Pithecanthropus erectus di Trinil, Ngawi; dan Homo wajakensis di Wajak, Tulungagung.
Era klasik
[sunting | sunting sumber]Batu Bersurat Dinoyo yang ditemukan di Malang ialah sumber tertulis tertua di Jawa Timur, bertahun 760 M. Pada 929 M, Mpu Sindok memindahkan pusat Kerajaan Mataram dari Jawa Tengah ke Jawa Timur, yakni di "Bumi Anjuk Ladang", kini Kabupaten Nganjuk, serta mendirikan Wangsa Isyana yang kelak berkembang menjadi Kerajaan Medang, dengan kerajaan susulannya termasuk Kerajaan Kahuripan, Kerajaan Janggala dan Kerajaan Kadiri.
Bukti awal kemasukan Islam ke Jawa Timur ialah nisan makam Fatimah binti Maimun bin Hibatullah di Gresik, dan makam Islam Syekh Jumadil Kubro di kompleks makam Troloyo di Mojokerto. Makam Fatimah binti Maimun bin Hibatullah yang meninggal dunia pada tahun 495 Hijrah (1102 M) tepatnya berada di Desa Leran, Kecamatan Manyar, Gresik.[3] Namun, pada masa itu, agama Islam disangka belum tersebar secara luas karena masih berdiri Kerajaan Kadiri dan Janggala dengan majoriti Hindu-Buddha.
Pada tahun 1222, Ken Arok mendirikan Kerajaan Singhasari setelah merebut kekuasaan dari Kerajaan Kadiri. Keturunan Ken Arok menjadi raja-raja Singhasari dan Majapahit pada abad ke-13 hingga ke-15. Pada masa Kerajaan Singhasari, Raja Kertanagara melakukan perluasan kuasa hingga ke Tanah Melayu, yang disebut sebagai penjelajahan Pamalayu.
Kerajaan Majapahit didirikan oleh Raden Wijaya pada 1294. Puncak kejayaan Majapahit ialah pada masa pemerintahan Raja Hayam Wuruk yang didampingi Mapatih Gajah Mada berhasil menyatukan nusantara, memperluas wilayahnya hingga mencapai Melaka dan kepulauan Filipina, dan menjadi salah satu kerajaan terkuat di Asia Tenggara. Kerajaan Majapahit mengalami kemunduran pada akhir abad ke-15, dan kerajaan-kerajaan Islam selanjutnya berkembang menggantikannya.
Zaman penjajahan
[sunting | sunting sumber]Pihak Portugis ialah bangsa Barat yang pertama kali datang ke Jawa Timur. Kapal Belanda dipimpin oleh Cornelis de Houtman mendarat di Pulau Madura pada tahun 1596. Soerabaia jatuh ke tangan VOC pada tanggal 13 Mei 1677. Semasa pemerintahan penjajahan British di bawah Stamford Raffles, Jawa Timur dibahagikan kepada keresidenan, dan berlaku hingga tahun 1964.
Kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Setelah kemerdekaan Indonesia, Indonesia terbahagi menjadi 8 provinsi, dan Jawa Timur termasuk salah satu provinsi tersebut. Gabenor pertama Jawa Timur ialah R. Soerjo, yang juga dikenal sebagai pahlawan nasional.
Pada 20 Februari 1948, terbentuknya Negara Madura di Madura, dan pada tanggal 26 November 1948, dibentuknya Negara Jawa Timur yang kemudian menjadi salah satu negeri-negeri dalam Republik Indonesia Syarikat. Negara Jawa Timur dibubarkan dan bergabung ke dalam Republik Indonesia tanggal 25 Februari 1950. Pada 7 Mac 1950, Negara Madura turut memberikan pernyataan serupa. Berdasarkan Undang-Undang Nomor 2 Tahun 1950, Provinsi Jawa Timur dibentuk.[perlu rujukan]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Jawa Timur bersempadan dengan Laut Jawa di utara, Selat Bali di timur, dan Lautan Hindi di selatan. Di bahagian barat, Jawa Timur bersempadan dengan Jawa Tengah.[4]
Panjang wilayah Jawa Timur dari arah barat hingga ke timur adalah sekitar 400 km. Sementara lebar wilayah Jawa Timur dari utara ke selatan adalah tidak sekata. Lebarnya sekitar 200 km di kawasan barat, tetapi mengecil menjadi sekitar 60 km di tengah-tengah, dan sekitar 105 km di timur.[5]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk Jawa Timur pada 2020 ialah 40,665,696 orang, dengan kepadatan 851 orang/km2.[6] Berdasarkan bancian sama, kabupaten dengan jumlah penduduk terbanyak ialah Kabupaten Malang dengan jumlah penduduk sebanyak lebih 2.65 juta orang, dan kota dengan jumlah penduduk terbanyak ialah Kota Surabaya dengan 2.874 juta orang.[6] Kadar pertumbuhan penduduk ialah 0.76% setahun (2010).
Etnik
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian kebangsaan 2010, kebanyakan suku penduduk Jawa Timur ialah etnik tempatan, yakni Jawa (80.69%) dan Madura (17.53%).[7] Kepelbagaian di Jawa Timur secara amnya ketara, terutama dalam kalangan suku Jawa yang mempunyai banyak subsuku. Suku Jawa tersebar hampir di seluruh wilayah Jawa Timur daratan (kecuali di Situbondo dan Bondowoso). Suku Madura secara amnya mendiami wilayah Pulau Madura dan sebagian daerah Tapal Kuda, terutamanya di daerah pesisir utara dan timur. Di sejumlah kawasan Tapal Kuda, warga Madura Pendalungan menjadi majoriti di wilayah tersebut. Hampir di seluruh kota di Jawa Timur, terdapat minoriti suku Madura, dan umumnya bekerja di sektor informal.
Orang Kangean mendiami Pulau Kangean di Kepulauan Kangean. Orang Bawean pula mendiami Pulau Bawean di utara Kabupaten Gresik. Orang Tengger pula tersebar di Pegunungan Tengger dan sekitarnya. Orang Osing pula menetap di sebahagian Kabupaten Banyuwangi. Orang Samin tinggal di sebahagian pedalaman Kabupaten Bojonegoro.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Bahasa rasmi pemerintahan Jawa Timur ialah bahasa Indonesia. Setakat 2019, Badan Bahasa mencatat bahawa terdapat beberapa bahasa tempatan dominan di Jawa Timur, termasuk bahasa Jawa, Madura, Bajo, dan Kangean.[8][9]
Agama
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan penduduk Jawa Timur umumnya menganut agama Islam, dan sebagian kecil lainnya menganut agama Kristian (Katolik dan Protestan), Hindu, dan Buddha. Sebahagian penduduk, terutamanya suku Jawa, juga masih memegang teguh fahaman adat Kejawen. Warga Madura secara umumnya beragama Islam dan terkenal kerana sangat taat dalam menjalankan agama Islam. Suku Osing secara majoriti beragama Islam, manakala suku Tengger pula kebanyakannya menganut Hinduisme.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-04-08.
- ^ Ratna, Dewi (25 Maret 2016). Ratna, Dewi (penyunting). "Inilah sederet bukti penyebaran Islam di Pulau Jawa". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). merdeka.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-20. Dicapai pada 14 Desember 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); More than one of|author=
dan|last=
specified (bantuan); Check date values in:|access-date=
dan|date=
(bantuan) - ^ Sukandar, dkk. (Disember 2016). Profil Desa Pesisir Provinsi Jawa Timur Volume 1 (Utara Jawa Timur) (PDF). Surabaya: Bidang Kelautan, Pesisir, dan Pengawasan, Dinas Perikanan dan Kelautan Provinsi Jawa Timur. m/s. 1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-05-31. Dicapai pada 2023-05-19.
- ^ Arief, S., Soedharsono S., B., dan Sumarno (1999). Pembangunan Lima Tahun Propoinsi Jawa Timur 1969–1988 (PDF). Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 7. ISBN 979-9335-09-4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-07-16. Dicapai pada 2023-06-04.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b "Provinsi Jawa Timur Dalam Angka 2023". www.jatim.bps.go.id. BPS Provinsi Jawa Timur. m/s. 56. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2023-07-17. Dicapai pada 17 Julai 2023.
- ^ "Kewarganegaraan Suku Bangsa, Agama, Bahasa 2010" (PDF). demografi.bps.go.id. Badan Pusat Statistik. 2010. m/s. 23, 36–41. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-12. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
- ^ "Bahasa di Provinsi Jawa Timur". Bahasa dan Peta Bahasa di Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-30. Dicapai pada 25 Mei 2020.
- ^ "Penyebaran Bahasa di Indonesia". Bahasa dan Peta Bahasa di Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-11. Dicapai pada 25 Mei 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Tapak web rasmi Diarkibkan 1998-12-12 di Wayback Machine
- Panduan pelancongan East Java dari Wikivoyage