Janji Jaslina
Janji Jaslina | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Azmy Ariff |
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Tiada Bererti" oleh Erry Putra dan Daus Eli |
Lagu penutup | "Tiada Bererti" oleh Erry Putra dan Daus Eli |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi | Asikin Mandak |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 31 Mac 2014 – 1 Mei 2014 |
Janji Jaslina ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Eira Syazira dan Norman Hakim.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 31 Mac 2014 hingga 1 Mei 2014 menggantikan Kalimah Jiwa.[2][3]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.
Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.
Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya.
Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.
Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Eira Syazira sebagai Jaslina
- Norman Hakim sebagai Johan
- Almy Nadia sebagai Rahayu
- Nizen Ayob sebagai Dr Arif
- Ana Dahlia sebagai Atira
Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Shaharuddin Thamby sebagai Pak Ayob
- Fadilah Mansor sebagai Mak Kiah
- Mustafa Kamal sebagai Dato’ Kamal
- Raja Ema sebagai Datin Nora
- Erry Putra sebagai Fiq
- Wafiy Irfan Ariffin sebagai Iman
- Liza Zain sebagai mak tiri Jaslina
- Zack Taipan sebagai Tauke Kedai Kasut
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Janji Jaslina lakonan Eira Syazira dan Norman Hakim Hyebro (1 April 2014). Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ Budiey (31 Mac 2014). Sinopsis drama bersiri Janji Jaslina lakonan Eira Syazira Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ Janji Jaslina di Slot Azalea Perak Today (2 April 2014). Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ Janji Jaslina (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 Mei 2019.