Pergi ke kandungan

Jah Hut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jah Hut
Jahut / Jahet / Cheres
Kumpulan orang Jah Hut Selangor, Malaysia.
Jumlah penduduk
4,191 (2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Pahang)
Bahasa
Bahasa Jah Hut, Bahasa Melayu
Agama
Animisme (utama), Islam, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Semai, Temiar[2]:75

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 [3] dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 [4] orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Antara kampung-kampung ini termasuk Kampung Penderas, dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Tahun 1960[5] 1965[5] 1969[5] 1974[5] 1980[5] 1993[6] 1996[5] 2000[7] 2003[7] 2004[8] 2010[1]
Jumlah 1,703 1,893 2,103 2,280 2,442 3,193 3,193 2,863 5,104 5,194 4,191

Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "bahasa Jah Hut" dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa Austroasia. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Menurut kaum Jah Hut itu sendiri, 'Jah' bermaksud orang dan 'Hut' bermaksud berbeza. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Pulau Guai, Ulu Ceres (Cheres), dan Ulu Tembeling.

Kegiatan ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Perubatan tradisional

[sunting | sunting sumber]

Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut:

  • Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
  • Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
  • Vernonia cinerea[9]: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.

Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.

Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.

  1. ^ a b Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. m/s. 3. ISBN 99-716-9861-7.
  2. ^ G. Diffloath (January 1976). "Jah Hut, An Austroasiatic Language Of Malaysia" (PDF). SEAlang. Dicapai pada 2018-01-19.
  3. ^ Ethnologue.com: D. Bradley
  4. ^ "Lin KW. Kajian etnobotani untuk tumbuhan perubatan yang digunakan oleh Jah Hut di Malaysia . Jurnal Sains Perubatan India 2005;59:156-161". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-05. Dicapai pada 2006-08-13.
  5. ^ a b c d e f Nobuta Toshihiro (2009). "Living On The Periphery: Development and Islamization Among Orang Asli in Malaysia" (PDF). Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2017-10-27.
  6. ^ Colin Nicholas (2000). The Orang Asli and the Contest for Resources. Indigenous Politics, Development and Identity in Peninsular Malaysia (PDF). Center for Orang Asli Concerns & International Work Group for Indigenous Affairs. ISBN 87-90730-15-1. Dicapai pada 2017-10-27.
  7. ^ a b "Basic Data / Statistics". Center for Orang Asli Concerns. Dicapai pada 2017-10-27.
  8. ^ Alberto Gomes (2004). Modernity and Malaysia: Settling the Menraq Forest Nomads. Routledge. ISBN 11-341-0076-0.
  9. ^ Pusat Rujukan Persuratan Melayu[pautan mati kekal]