Pergi ke kandungan

Jadis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jadis, Penyihir Putih yang diilustrasikan oleh Pauline Baynes bagi Riwayat Narnia

Jadis si Penyihir Putih merupakan watak jahat utama bagi Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari, yang mula diterbitkan oleh C. S. Lewis bagi siri Riwayat Narnia. Bagindalah penzalim yang telah mengambil alih kuasa ke atas Narnia. Penyihir Putih telah menjadikan Narnia dalam keadaan musi sejuk yang berpanjangan ketika pemerintahannya, yakni ketika permulaan buku tersebut, ia telah pun berlarutan buat seratus tahun. (hinggakan, tajuk lain bagi buku tersebut adalah Musim Sejuk Seratus Tahun). Walaupun musim sejuk berpanjangan, namun Krismas tidak pernah disambut.

Ketika pemerintahan baginda, Penyihir Putih digelar Baginda Tuanku Jadis, Permaisuri Narnia, Penguasa Cair Paravel, Maharani Kepulauan Lone, dll. Seperti nama Aslan, namanya terbit dari Bahasa Turki iaitu "cadı," (IPA [dʒɑˈdɯ]) bermaksud ahli sihir.

Dalam filem 2005 terbitan Walt Disney Pictures iaitu "The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe," watak Penyihir Putih dilakonkan oleh pelakon British iaitu Tilda Swinton. Watak ini juga dilakonkan oleh Barbara Kellerman dalam siri TV BBC 1988.

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler

Penyihir Putih. Oleh Leo dan Diane Dillon

Dalam jajahan asalnya, Charn, Penyihir Putih sedar yang kuasa sihirnya tidak berguna. Dia kemudian menguatkan kuasanya dan mampu merampas takhta Narnia dengan menggunakan sihirnya dengan menjadikan tanah tersebut mengalami musim sejuk berpanjangan. Alatan yang paling ditakuti ialah tongkatnya yang mampu mengubah makluk menjadi batu. Musuhnya yang dikakukan sering dibawa pulang ke istananya sebagai hiasan.

Penyihir Putih merupakan seorang wanita yang cantik dan kuat (yang mampu mematahkan besi dengan tangannya), dan dia mampu memperoleh kekuatannya di mana saja kecuali di Rimba antara Dunia. Kulitnya amat putih ibarat salji dan tinggi badannya yang memungkinkan dia mewarisi darah gergasi. Beliau memang dlahirkan sebagai penyihir dan juga merupakan perancang yang bijak. Dia sangatlah sombong dan kejam dan melihat dirinya sebagai yang paling utama dengan menganggap yang lain hanyalah sebagai alat untuk dipergunakan dan melihat mana-mana penghalang adalah harus dihapuskan. Ini telah dilakukannya seperti yang penggunaan Kata Penamat di Charn, yang menunjukkan dia ingin memiliki segalanya dan langsung tidak menyesali akan kehilangan dan kerosakan segalanya.

Pengikut Penyihir Putih yang juga merupakan rakyat Narnia merupakan gabungan makhluk ajaib yang jahat tetapi kebanyakannya adalah serigala dan orang kerdil berjanggut hitam (termasuk yang mengenderai pedatinya – dalam filem dinamakan Ginarbrik). Tentera Penyihir Putih termasuklah gergasi, serigala jadian, minotaur, semangat pokok, tumbuhan kejam, ogre, hantu, nenek kebayan, raksasa boggle, Incubi, ifrit, roh, ettin, woos, kelawar gergasi, burung hering, dan syaitan beruk.

Dalam filem 2005, Harimau putih, beruang kutub dan banyak lagi haiwan lain yang turut menjadi tentera Penyihir Putih. Makhluk yang dipanggil Minoboar dan Ankleslicer juga dipihaknya tetapi hanya diciptakan untuk filem tersebut.

Sejarah Watak

[sunting | sunting sumber]
Tilda Swinton sebagai Jadis, Penyihir Putih dalam The Lion, the Witch and the Wardrobe

Penyihir Putih telah dilahirkan lama sebelum penciptaan Narnia dan mati pada tahun Narnia 1000 di tangan Aslan.

Penyihir Putih telah silap dakwa yang, jika benar, mampu memberikannya haknya sebagai pemerintah Narnia. Pertama, baginda mendakwa yang dirinya manusia. Ketika permulaan Narnia, Aslan memberikan jajahan kepada "anak Adam dan Hawa" mengatasi segala binatang dan makhluk ajaib yang ada di Narnia, (walaupun orang kerdil boleh membiak bersama manusia, mereka tetap digelar "Anak Bumi"). Walaupun Penyihir Putih berupa manusia (selain kulitnya yang ganjil dan ketinggian yang melampau), khabar angin Narnia mengatakan yang baginda merupakan anak kepada isteri pertama Adam, Lilith, dan merupakan separa jin dan separa gergasi.

Dalam "Kerusi Perak," satu watak mendakwa yang baginda ialah salah seorang daripada "Ahli Sihr Utara," bersama dengan Puan Kirtle Hijau, tetapi tidak dikembangkan lagi; dan dalam buku yang ditulis kemudian, "Anak Saudara Penyihir," didedahkan yang baginda merupakan penduduk asal Charn, dunia yang lain. Pada penghujung kisah "Anak Saudara Penyihir," Jadis menghala ke "utara" dari tempat paling barat di Narnia, maka mengaitkan legenda "Ahli Sihir Utara". Sementara masyarakat Charn adalah seperti manusia, tiada bukti kukuh yang mengatakan sedemikian. Selain isu Lilith yang wujud di dunia kita, Penyihir ini muncul pula di dunia lain iaitu Charn (diterangkan yang kemungkinan perjalanan antara dunia berlaku dalam banyak cara), asal-usul keturunannya tidak dinyatakan lebih lanjut dan kini kita hanya boleh menganggap yang khabar angin yang terdapat dalam "Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari" adalah benar.

Dakwaannya yang kedua yang mengatakan yang baginda merupakan hamba Maharaja Seberang Laut dan memerintah atas restu maharaja itu dan Aslan sendiri. Perkara tersebut diterima apabila baginda merupakan yang pertama memberontak di Narnia dengan terhasilnya Kesaktian dan diberi hak untuk membunuh semua pengkhianat. Baginda, jika diikutkan, merupakan Tukang Pancung Maharaja dan menjalankan tugasnya di Meja Batu. Dalam hal ini, baginda mewakili dosa, yang mengikut segi teologi, mempunyai kuasa kematian atau kesengsaraan bagi yang mengikutnya.

Jadis lakonan Barbara Kellerman dalam siri TV BBC 1988.

Telah diterangkan kepada adik beradik Pevensie tentang ramalan kuno tentang penggulingan pemerintahan Penyihir Putih dengan menyatakan yang dua anak Adam dan dua anak Hawa akan mengisi empat takhta di Cair Paravel sebagai Raja dan Permaisuri Narnia lalu menamatkan pemerintahan Penyihir Putih dan musim sejuk yang berpanjangan. Penyihir Putih sedar akan kewujudan ramalan itu dan menyuruh perisiknya sentiasa mengawasi sebarang kehadiran dan kewujudan manusia ke Narnia. Diketahui memang wujud manusia yang lain di Narnia ketika dalam buku yang pertama — iaitu keturunan Raja Frank dan Permaisuri Helen adalah manusia dan mendiami Archenland, Calormen, dan kerajaan pulau yang lain — tetapi mereka tidak mendiami Narnia ketika pemerintahan Jadis hinggakan mereka dianggap sebagai mitos. Tidak mustahil mereka diusir oleh Jadis.

Dalam "Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari," Penyihir Putih disebut dalam nota yang berada di lantai rumah Encik Tumnus dengan nama "Jadis." Tetapi dalam "Anak Saudara Penyihir," dinyatakan yang baginda adalah Maharani dan penduduk terakhir di dunia lain yang mempunyai Bandar purba dan besar yang digelar Charn yang didiami oleh Jin. Jadis mengatakan "Kata Penamat," yang apabila dikatakan denga betul, akan memusnahkan setiap benda hidup kecuali orang yang menyebutnya, (pernah digunakan untuk mengalahkan kakaknya supaya hasratnya untuk memerintah Charn tidak tercapai). Jadis datang ke Narnia melalui Rimba antara Dunia, iaitu rimba yang tak berpenghujung yang dipenuhi banyak kolam-kolam air yang menjadi jalan ke dunia lain termasuklah kolam ke Bumi dan ke Narnia. Di Rimba itu, Jadis kelihatan kurang sihat, lemah dan tidak mampu mengawal sihirnya tatpi tidak tahu sama ada perkara tersebut hanyalah kesan sementara ataupun disebabkan perkara lain. Charn musnah selepas Jadis pergi, maka kolam di Rimba itu kering begitu sahaja.

Perkara yang paling teruk yang dilakukan Penyihir Putih adalah beliau sendiri membunuh Aslan di meja batu untuk menggantikan Edmund. Walau bagaimanapun, Aslan hidup kembali menurut kehendak Lebih Kesaktian berbanding Kesaktian ketika bertempur, Aslan sendiri mengalahkannya yang menandakan tamatnya zaman pemerintahan beliau yang kelam.

Dalam "Putera Caspian," dinyatakan yang, "Kamu tidak boleh membunuh Ahli Sihir," dan banyak lagi tentera Caspian yang degil ingin mengembalikannya untuk menentang Raja Miraz bagi rakyat Narnia lama. Mujurlah yang mereka diyakinkan dengan perkara yang sebaliknya dan cadangan mengembalikannya tidak pernah timbul lagi.

Dalam "Kerusi Perak," Puan Kirtle Hijau merupakan watak jahat utama. Bagi satu tempoh masa yang lama, terdapat kepercayaan yang Puan Kirtle Hijau dan Jadis merupakan orang yang sama. Walau bagaimanapun, jelas di dalam buku yang mereka bukanlah orang yang sama. Sejak Glimfeather (si Burung Hantu) memerihalkan tentang Kirtle Hijau, merujuk kepada Penyihir Putih yang satu ketika dahulu pernah memerintah Narnia, dan dia percaya yang perempuan bermisteri itu merupakan "krew yang sama," mungkin tidak lebih dari pengikut atau hamba Jadis. Tidak mustahil Penyihir Putih yang meninggalkan tanda kekal di Narnia dan mempunyai banyak pengikut sejak pemergiannya. Dalam siri televisyen BBC, pelakon Barbara Kellerman (yang memainkan watak Jadis si Penyihir Putih dalam "Sang Singa, Ahli Sihir dan Almari" juga memainkan watak Puan Kirtle Hijau (atau Puan Hijau seperti yang digelar dalam siri tersebut) dalam "Kerusi Perak," merupakan satu pertambahan kepada persamaan kepada dua watak itu. Tidak diketahui dari mana ahli sihir tersebut berasal, dia mengatakan "lebih kurang sekaum" dengan Penyihir Putih, tetapi Jadis merupakan satu-satunya yang terselamat dari dunia asalnya.


Penyandang Terdahulu Maharani Charn Penyandang Kemudian
Tidak diketahui Tiada (Charn musnah)


Penyandang Terdahulu Ratu Narnia
Maharani Kepulauan Lone
Penyandang Kemudian
Tidak diketahui
(Mungkin Raja Gale)
Raja Tertinggi Peter


Riwayat Narnia oleh C. S. Lewis
Dunia Narnia

Peter | Susan | Edmund | Lucy | Eustace | Jill | Digory Kirke | Polly | Caspian | Aslan | Reepicheep | Shasta | Aravis | Bree | Shift | Tash | Tisroc | Tumnus | Penyihir Putih | Puddleglum

Watak Makhluk Tempat