Isteri Untuk Dijual
Isteri Untuk Dijual | |
---|---|
Pengarah | Eyra Rahman |
Penulis | Rizuan Mat Nor |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Mangkin Prestij Films |
Diedarkan oleh | Metrowealth Pictures |
Tarikh tayangan | 24 Disember 2015 |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Isteri Untuk Dijual merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Mangkin Prestij Films. Filem lakonan Nora Danish dan Kamal Adli ini ditayangkan pada 24 Disember 2015.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah bermula apabila Reza (Kamal Adli) telah jatuh cinta dengan Bella (Nora Danish). Bagi Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin. Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah dan bahagia tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza tidak dapat bertahan dengan sikap dan kerenah Bella dan dia mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya. Apa yang bakal terjadi seterusnya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nora Danish sebagai Bella
- Kamal Adli sebagai Reza
- Azwan Kombos sebagai Adi
- Vicha Saywho sebagai Katrina
- Abam Bocey sebagai Anip
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Isteri Untuk Dijual diarahkan oleh Eyra Rahman yang sebelum ini mengarahkan filem Aku Terima Nikahnya (2012), Dua Kalimah (2013) dan Awak Nak Kahwin Dengan Saya? (2014). Filem ini menyaksikan gandingan sulung Kamal Adli dan Nora Danish, tajuk 'Isteri Untuk Dijual’ dipilih berdasarkan tren semasa.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aqmar Mustaza (26 Disember 2015). Isteri untuk dijual, kisah penuh pengajaran Sinar Harian. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ Kemalia Othman (22 Mac 2015). Tajuk filem ‘Isteri Untuk Dijual’ ikut trend semasa mStar Online. Diperoleh pada 23 Mac 2015.