Iktiologi
Penampilan
Iktiologi (Bahasa Yunani: ichthyon = "ikan" dan logos = "ilmu, kajian")[1][2] ialah cabang ilmu zoologi (ilmu haiwan) yang dikhususkan kepada kajian berkenaan ikan.[3] Iktiologi dipelajari dalam bidang biologi bagi aspek pengetahuannya dan perikanan sebagai ilmu praktikal, khususnya dalam bidang penternakan dan patologi berkaitan. Penerepan iktiologi sering dihubungkan dengan biologi marin, limnologi, dan oseanografi.
Terdapat kira-kira 33,400 spesies ikan, dan merupakan sebahagian besar vertebrat. Walaupun sebahagian besar spesies telah ditemukan dan diidentifikasi, ahli-ahli sains setiap tahun menemui kira-kira 250 spesies baru setiap tahun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ἰχθύς. Liddell, Henry George; Scott, Robert; An Intermediate Greek–English Lexicon di Perseus Project
- ^ λόγος. Liddell, Henry George; Scott, Robert; An Intermediate Greek–English Lexicon di Perseus Project
- ^ Susilawati dan Bachtiar, N. (2018). Biologi Dasar Terintegrasi (PDF). Pekanbaru: Kreasi Edukasi. m/s. 6. ISBN 978-602-6879-99-8.