Identiti Wilayah Sarawak
Simbol wilayah Sarawak Bumi Kenyalang merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di Wilayah Sarawak bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah wilayah.
Kegunaan | Bendera wilayah |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1988 |
Rekaan | Dibahagian Atas dan Bawah berwarna Kuning Emas, dengan jalur miring berwarna Hitam dan Merah (dari atas ke bawah) dan Bintang Berbucu 9 berwarna Kuning Emas. |
Jata Wilayah Sarawak | |
---|---|
Butiran | |
Jabaran | Perisai berbentuk Burung Enggang Badak, dengan Perisai Bendera Sarawak, dengan Tulisan Sarawak di bahagian bawah Perisai tersebut. |
Penopang/ penyokong | Sepasang Bunga Raya di kaki Burung |
Cogan kata | Bersatu Berusaha Berbakti. |
sunting · sunting di Wikidata |
Bendera Wilayah Sarawak
[sunting | sunting sumber]Bendera negeri Sarawak adalah asas bendera bagi Kerajaan Sarawak sejak pemerintahan Rajah Putih.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]James Brooke, ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau menggunakan Salib St George sebagai bendera negeri Sarawak bagi tempoh 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848.
Kemudian, keputusan bagi memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21 September 1848. Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi tempoh 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870. Telah menjadi kontroversi tentang bila bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.
Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke. Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946. Ia kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan. Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.
Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera Republik Czech.
Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu Pertiwiku dan Bersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving"). Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak bergabung dengan Persekutuan Malaysia.
Garis Masa Bendera Wilayah Sarawak
[sunting | sunting sumber]Jata Wilayah Sarawak
[sunting | sunting sumber]Jata Wilayah Sarawak dengan Kata "Sarawak", dengan Burung Enggang badak, dengan Bunga Raya di kaki burung Enggang badak, dan dengan Cogan Kata Bersatu Berusaha Berbakti.
Garis Masa Jata Wilayah Sarawak
[sunting | sunting sumber]Lagu
[sunting | sunting sumber]Ibu Pertiwiku
[sunting | sunting sumber]Ibu Pertiwiku [1] | |||
---|---|---|---|
Bahasa Melayu [2][3] (versi asal) | Tulisan Jawi | transkripsi IPA [a] | Bahasa Inggeris |
Sarawak tanah airku, [2][3] |
سراوق تانه ايركو |
Sarawak tanah airku, [2][3] |
Sarawak, my homeland |
Ibu kota Sarawak
[sunting | sunting sumber]Peta
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ See Help:IPA/Malay.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Sarawak - Ibu Pertiwiku". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac Oh Lirik. "Lagu Wilayah Sarawak - Ibu Pertiwiku". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)