Ibnu Arabi
Ibn ʿArabī (Arab: ابن عربي , ALA-LC: Ibn ʻArabī, nama penuh: أبو عبد الله محـمـد بن عربي الطائي الحاتمي , Abū ʻAbd Allāh Muḥammad ibn ʻArabī al-Ṭāʼī al-Ḥātimī; 1165–1240)[1] ialah seorang sarjana Arab Andalusia, mistik, penyair, dan ahli falsafah, sangat berpengaruh dalam pemikiran Islam. Daripada 850 karya yang dikaitkan dengannya, kira-kira 700 adalah sahih manakala lebih 400 masih wujud. Ajaran kosmologinya menjadi pandangan dunia yang dominan di banyak bahagian dunia Islam.[2]
Gelaran tradisionalnya ialah Muḥyīddīn (Arab: محيي الدين ; Penghidupkan Agama).[3][4][5] Selepas meninggal dunia, dan khususnya dalam kalangan pengamal tasawuf, dia terkenal dengan gelaran kehormatan Syaikh al-Akbar (Arab: الشيخ الأكبر ).[6] Hal ini seterusnya menjadi asas kepada asal usul nama mazhab Sufi yakni "mazhab Akbari", serta menjadikannya dikenali sebagai Doktor Maximus (Guru Terhebat) di Eropah pada zaman pertengahan.[7] Ibn ʿArabī dianggap sebagai seorang wali oleh sebahagian ulama dan masyarakat Islam.[8][9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Chittick, William (Summer 2018). "Ibn Arabi". Dalam Zalta, Edward N. (penyunting). Stanford Encyclopedia of Philosophy. Stanford: Metaphysics Research Lab, Stanford University. Dicapai pada 19 July 2018.
Ibn ‘Arabî referred to himself with fuller versions of his name, such as Abû ‘Abdallâh Muhammad ibn ‘Alî ibn al-‘Arabî al-Tâ’î al-Hâtimî (the last three names indicating his noble Arab lineage)
- ^ Ibrahim Kalin, Salim Ayduz The Oxford Encyclopedia of Philosophy, Science, and Technology in Islam, Vol. 1 (Oxford University Press, 2014 ISBN 9780199812578), p. 162
- ^ Nasr, Hossein (1976). Three Muslim sages : Avicenna, Suhrawardī, Ibn ʻArabī (dalam bahasa Inggeris). New York: Caravan Books. ISBN 9780882065007.
- ^ Corbin, Henry (2014). Creative Imagination in the Sufism of Ibn Arabi. m/s. 76. ISBN 9781400853670.
- ^ Addas, Claude (2019). Ibn Arabi: The Voyage of No Return (ed. 2nd). Cambridge: Islamic Texts Society. ISBN 9781911141402.
- ^ Hirtenstein, Stephen. "Names and Titles of Ibn [al-]'Arabī". The Muhyiddin Ibn Arabi Society.
- ^ Arabi, Ibn (2020). IBN 'ARABI 》 'Doctor Maximus' & 'The Great Master' SELECTED POEMS (Translation & Introduction by Paul Smith). ISBN 978-10-78-41521-7. Dicapai pada 28 February 2022.
- ^ Chittick 2007.
- ^ Al-Suyuti, Tanbih al-Ghabi fi Tanzih Ibn ‘Arabi (p. 17-21)