Pergi ke kandungan

Hububan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ububan tungku api buatan tangan dari Britain.

Hububan,[1]:684 ubub,[1]:2 penghembus, belos atau teropong api[1]:164 (di Riau dan Johor) adalah alat pengembus udara yang biasa digunakan padadan berfungsi memberikan tekanan dalam jumlah yang dapat dikawal sehendak; ia berupa seperti seruling besar tanpa lubang nada. Ia sering digunakan pada ketika dahulu oleh para empu dan pandai besi untuk menjaga dan mengendalikan nyalaan api tungku meleburkan besi semasa membuat senjata tradisional seperti keris dan pedang.

"Hububan" atau "ubub" merupakan pinjaman Arab: هبوب hubūb iaitu "meniup",[1]:684 ia bentuk ism kata هَبَّhabba yang bermaksud "meniup kencang" (to blow violently).[2]

Prinsip utama

[sunting | sunting sumber]

Hububan ini terdiri daripada bahagian yang mampu diregangkan sebesarnya; peregangan bahagian ini mengembangkan isipadu ruang dalaman dan meningkatkan tekanan lalu menarik udara masuk. Pengempisan ia pula memaksa udara dihembuskan melalui lubang muncungnya. Sebuah hububan biasanya memiliki jalan udara yang terpisah, dan penutup berinjap untuk memastikan udara masuk hanya melalui lubang masuk dan keluar hanya melalui lubang keluar.

Langkah ini boleh dilakukan dengan berbagai cara bergantung kepada rekaan yang terwujud:

  • dengan kulit berlipat - hububan jenis ini didapati di Eropah,
  • beromboh - melibatkan penekanan mendadak yang memampatkan udara serupa gobek api, hububan jenis ini didapati di serata alam Nusantara.[3]
  1. ^ a b c d Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 684. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ Francis Joseph, Steingass (1884). "هب". The Student's Arabic–English Dictionary. W. H. Allen.
  3. ^ Needham, Joseph (1970). Clerks and Craftsmen in China and the Est. Cambridge University Press. m/s. 155–167.