Pergi ke kandungan

Honolulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar satelit Honolulu

Honolulu (daripada Bahasa Hawaii bermaksud "pelabuhan terlindung" - bahasa Inggeris: sheltered harbor[1] atau calm port[2]) adalah ibu kota negeri Hawaii, Amerika Syarikat. Luas wilayah daratannya ialah 222 km² dan jumlah penduduk 377,260 juta (2004). Kota ini dilihat sebagai suatu "pintu gerbang" dunia bukan sahaja kepada negeri Hawaii itu sendiri, tetapi juga Amerika Syarikat dari titik-titik destinasi dunia. Ia juga merupakan suatu tempat pertemuan atau hub utama untuk perdagangan antaraabangsa, pertahanan ketenteraan serta juga menawrkan kepelbagaian budaya dan tradisi orang-orang Pasifik.

Kota ini merupakan antara kota besar terpencil di dunia[3] serta kota paling ke timur dan ke selatan di seluruh Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua paling padat penduduk di rantau Polinesia selepas Auckland di New Zealand.[4][5]

Dalam Kerajaan Hawaii

[sunting | sunting sumber]

Petempatan awal manusia di kota itu diketahui hasil penemuan peninggalan artifak yang bertarikh seawal abad ke-11.[6]

Pada tahun 1845, Kamehameha III memindahkan bandar diraja baginda ke sini dari Lahaina di pulau Maui. Kerabatnya segera membangunkan Honolulu menjadi suatu ibukota moden[7] dengan menggalakkan pembinaan pesat bangunan-bangunan besar di kawasan kotaraya sambil menjadiikan ia pusat perdagangan di kepulauan Hawaii lagi-lagi dengan ketibaan mubaligh Amerika Syarikat memulakan perusahaan mereka di pusat bandarnya.[8]

Pengilhakan oleh Amerika Syarikat serta peranan dalam Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Honolulu menyaksikan suatu serangan hebat dilakukan Tentera Darat Imperial Jepun terhadap Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di pelabuhan Pearl Harbor berdekatan kota tersebut. Serangan hendap ini yang mengorbankan 2,335 orang askar sana manakala 1,143 orang cedera.

Pasca kemasukan dalam persekutuan Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Muka bumi

[sunting | sunting sumber]

Menurut Biro Sensus Amerika Syarikat, kawasan pusat bandar Honolulu merangkumi keluasan sebanyak 68.4 batu persegi (177.2 km2); 88.44% daripadanya (60.5 batu persegi (156.7 km2)) tanah manakala yang selebihnya (7.9 batu persegi (20.5 km2)) air.[9]

Honolulu merupakan kota besar terpencil di dunia.[3] Titik tanah besar yang paling dekat dengan kota tersebut ialah rumah api Point Arena di California pada jarak 2,045 batu nautika (3,787 km).[10]

Iklim dan suhu

[sunting | sunting sumber]

Bandar raya ini beriklim tropika (Pengelasan iklim Köppen BSh), dengan cuaca panas yang kebanyakan masanya kering hasil teduhan hujan daripada gunung-ganang yang mengelilinginya.[11] Julat suhu sangat kurang perbezaannya sepanjang tahun dengan suhu pukul rata setinggi 80–90 °F (27–32 °C) dan serendah 65–75 °F (18–24 °C).

  1. ^ "About the City". Honolulu.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 1, 2015. Dicapai pada Oktober 21, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "etymonline.com entry for Honolulu". Dicapai pada 27 Ogos 2013.
  3. ^ a b Boeing, G. (2016). "Honolulu Rail Transit: International Lessons in Linking Form, Design, and Transportation". Planext. 2: 28–47. Dicapai pada 2016-04-19.
  4. ^ Ash, Russell (1998). The top 10 of everything. m/s. 100.
  5. ^ Samet, Robert (2009). Long-Range Futures Research: An Application of Complexity Science. m/s. 272.
  6. ^ "Honolulu History –". Hellohonolulu.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 4, 2013. Dicapai pada Mei 22, 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "About Infoplease, Part of Family Education Network". Infoplease.com. 7 Disember 1941. Dicapai pada 22 Mei 2012.
  8. ^ "About the City, Official Web Site for The City and County of Honolulu". .honolulu.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2004. Dicapai pada 22 Mei 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ "Geographic Identifiers: 2010 Demographic Profile Data (DP-1): Urban Honolulu CDP, Hawaii". U.S. Census Bureau, American Factfinder. Dicapai pada 25 Mei 2012.
  10. ^ Microsoft Streets and Trips 2007 Software, Copyright 2006 by Microsoft Corp. et al.
  11. ^ Kottek, M.; Grieser, J. R.; Beck, C.; Rudolf, B.; Rubel, F. (2006). "World Map of the Köppen-Geiger climate classification updated" (PDF). Meteorol. Z. 15 (3): 259–263. Bibcode:2006MetZe..15..259K. doi:10.1127/0941-2948/2006/0130.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]