Hilir Perak
Daerah Hilir Perak | |
---|---|
Lokasi Daerah Hilir Perak di Malaysia | |
Koordinat: 4°N 101°E / 4°N 101°EKoordinat: 4°N 101°E / 4°N 101°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Pusat | Teluk Intan |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Teluk Intan |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Saidi Bin Haji Shaari, AMK[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 792.07 km2 (305.82 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 141,959 |
• Kepadatan | 180/km2 (460/batu persegi) |
Zon waktu | UTC 8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC 8 |
Poskod | 36000 36700 |
Kod panggilan | 6-05 |
Plat pendaftaran kenderaan | A |
Hilir Perak merupakan sebuah daerah di selatan negeri Perak. Daerah ini berpusat di Teluk Intan dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Daerah ini mempunyai keluasan 792 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 141,959 orang pada tahun 2020.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Antara penempatan awal di daerah Hilir Perak ialah Teluk Intan, Pasir Bedamar, Batak Rabit dan Durian Sebatang.
Pada peringkat awal, Durian Sebatang dijadikan pusat pentadbiran British sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang, Bidor dan Tapah. Sir Hugh Low iaitu residen British meminta jasa baik gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar pentadbiran yang baharu di Teluk Mak Intan (nama lama bagi Teluk Intan). Pada 15 Mac 1882, satu bandar telah diwujudkan di situ dan diberikan nama Teluk Anson bersempena dengan nama pemangku Gabenor Negeri Selat pada ketika itu. Namun Durian Sebatang kekal sebagai penghubung bagi pemunggahan hasil tempatan dari Tapah dan Bidor.
Satu rancangan telah diwujudkan iaitu membina terusan bagi menghubungkan Durian Sebatang dan Teluk Anson. Pada tahun 1884, pemangku residen British di Perak, Frank Swettenham musykil akan rancangan ini kerana ia bakal menjadikan Teluk Anson sebagai sebuah pulau di Sungai Perak. Namun rancangan ini gagal dan digantikan dengan sistem kereta api yang mengubah peranan sungai sebagai laluan perhubungan. Sekitar 1880-an, kereta api telah dibina di Teluk Anson menghubungkannya dengan bandar lain seperti Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Sistem kereta api lebih mudah dan cepat dalam mengangkut bijih timah, getah dan kayu balak. Sekitar 1934 hingga 1940, pelabuhan Teluk Anson menjadi pelabuhan kedua terpenting selepas Port Swettenham (Pelabuhan Klang).
Pada tahun 1938, Teluk Anson telah dijadikan bandar diraja bagi Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan ini telah dibuat oleh sultan Perak pada ketika itu, Sultan Iskandar Shah. Setelah itu, Sultan Idris Iskandar telah menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan. Sekitar 1970-an, peranan Teluk Intan sebagai stesen kereta api telah ditamatkan kerana Sungai Perak yang semakin cetek dan berlakunya hakisan di tebing sungai menyebabkan gudang runtuh ke dalam sungai.[4]
Pada 5 April 1980, Majlis Daerah Hilir Perak telah ditubuhkan bagi mentadbir kawasan sekitar Langkap, Chui Chak, Pelawan dan Batu Dua Belas. Pada Januari 2016, Bagan Datuk telah diisytihar sebagai sebuah daerah kecil. Pada 15 Jun 2016, Bagan Datuk telah diisytihar sebagai sebuah daerah baharu dan memisahkannya dari daerah Hilir Perak.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Hilir Perak terletak di selatan negeri Perak berkeluasan 792 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan daerah Perak Tengah di barat, Batang Padang di timur dan Bagan Datuk di selatan. Daerah ini terletak 123.3 kilometer di barat laut Kuala Lumpur dan 64.53 kilometer di selatan Ipoh.
Guna tanah
[sunting | sunting sumber]Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar yang merupakan 77% daripada keseluruhan luas kawasan daerah Hilir Perak. Daripada luas kawasan tersebut, seluas 75,600 hektar atau 59.5% adalah kepunyaan estet manakala 51,400 hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan kelapa sawit dan koko/kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan kelapa seluas 8%.
Pecahan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Hilir Perak terbahagi kepada lima mukim, satu bandar dan empat pekan.
Status | Nama | Luas (km²)[5] |
---|---|---|
Mukim | Changkat Jong | 211 |
Durian Sebatang | 350 | |
Labu Kubong | 91.12 | |
Sungai Durian | 101.5 | |
Sungai Manik | 58.57 | |
Bandar | Teluk Intan | 5.14 |
Pekan | Batak Rabit | 0.09 |
Chikus | 0.008 | |
Degong | 0.09 | |
Langkap | 0.32 |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 210,843 | — |
1980 | 203,028 | −3.7% |
1991 | 202,059 | −0.5% |
2000 | 190,868 | −5.5% |
2010 | 202,593 | 6.1% |
2020 | 141,959 | −29.9% |
Pada tahun 1970, jumlah penduduk di daerah ini seramai 210,843 orang. Pada tahun 1980, jumlah penduduk di daerah ini menunjukkan penurunan lebih tujuh ribu berkemungkinan akibat penghijrahan penduduk ke kawasan bandar yang lebih pesat. Jumlah penduduk di daerah ini terus menurun sehingga mencatatkan jumlah 190 ribu penduduk pada tahun 2000. Pada tahun 2010, jumlah penduduk meningkat sedikit kepada 202 ribu orang. Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Hilir Perak ialah seramai 141,959 orang dengan kepadatan penduduk 173 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk merupakan Bumiputera, dengan jumlah 74,304 orang. Jumlah penduduk di daerah ini pada tahun 2020 menurun mendadak berbanding pada tahun 2010 disebabkan perpecahan daerah Bagan Datuk daripada daerah ini pada 2016.[3]
Status | Nama | 2010 | 2020 |
---|---|---|---|
Mukim | Changkat Jong | 22,980 | 25,618 |
Durian Sebatang | 80,095 | 82,071 | |
Labu Kubong | 10,480 | 11,853 | |
Sungai Durian | 5,440 | 4,582 | |
Sungai Manik | 7,955 | 8,240 | |
Bandar | Teluk Intan | 8,260 | 8,308 |
Pekan | Batak Rabit | - | 175 |
Chikus | - | 24 | |
Degong | 84 | 90 | |
Langkap | 1,378 | 998 | |
Bagan Datuk | 65,921 | - | |
Jumlah | 136,672 | 141,959 |
Etnik | 1980 | 1991 | 2000 | 2010 | 2020 |
---|---|---|---|---|---|
Bumiputera | 49.4 | 50.4 | 53.6 | 53.5 | 57.4 |
Cina | 29.5 | 28.7 | 27.6 | 28.2 | 29 |
India | 21 | 20.8 | 18.7 | 18.1 | 13.1 |
Lain-lain | 0.1 | 0.1 | 0.1 | 0.2 | 0.5 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam iaitu 53.8 peratus dari jumlah penduduk. Majoriti penduduk beragama Islam adalah dari kalangan masyarakat Melayu dan minoriti dari etnik lain. Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar iaitu 25.3 peratus dengan majoriti dalam kalangan masyarakat Cina. Agama Hindu membentuk 11.9 peratus dalam kalangan penduduk dengan majoritinya merupakan masyarakat India. Agama Kristian dan lain-lain pula terdiri daripada 2.7 peratus penduduk. 5.3 peratus penduduk tidak mengetahui status agamanya manakala 1.1 peratus penduduk tidak beragama.[3]
Agama | 1991 | 2000 | 2010 | 2020 |
---|---|---|---|---|
Islam | 51.1 | 54.1 | 53.7 | 53.8 |
Buddha | 19.5 | 21.8 | 25.3 | 25.3 |
Hindu | 18.8 | 16.8 | 16.4 | 11.9 |
Kristian | 1.7 | 1.9 | 2.1 | 1.8 |
Lain-lain | 8.5 | 5.2 | 1.6 | 0.9 |
Tidak diketahui | 0.1 | 0.02 | 0.3 | 5.3 |
Tidak beragama | 0.3 | 0.12 | 0.5 | 1.1 |
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Sektor pertanian, perikanan serta pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi daerah Hilir Perak. Terdapat perancangan untuk mewujudkan industri penapisan petroleum serta perindustian bijih besi di Rungkup, Bagan Datoh dimana peroleum yang dihantar melalui kapal tangki akan ditapis dan disalurkan menggunakan paip ke Kelantan dan kapal tangki yang lain akan mengambil petroleum tersebut.
Pusat-Pusat Tumpuan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakkan pusat tumpuan tertumpu di bandar Teluk Intan dan sebahagiannya pula terletak di bandar-bandar yang lain iaitu Langkap, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
Membeli-belah
[sunting | sunting sumber]Antara kawasan membeli-belah yang utama di daerah ini:
- Lotus Hypermarket
- The Store, Teluk Intan
- Pasaraya MM (Bangunan lama Pasaraya Billion)
- Kompleks Menara Condong, Teluk Intan
- Kompleks Aik Aik, Teluk Intan
- TF Value Mart, Teluk Intan
- Billion Hutan Melintang
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Antara pusat pendidikan di daerah Hilir Perak:
- UiTM Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan
- Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Perubatan Cawangan Teluk Intan (dalam proses pembinaan)
- Kolej Komuniti Teluk Intan
- UiTM Bagan Datoh (dalam perancangan)
- Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan (KVPTI)
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan San Min
- Sekolah Menengah San Min (Suwa)
- Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
- SMK Convent Teluk Intan
- SMK Seri Perak, Teluk Intan
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]- Hospital Besar Teluk Intan
- Hospital Pakar Anson Bay
- Pusat Pakar Rajindar Singh
- Klinik Kampus Perubatan UKM Cawangan Teluk Intan
- Medifa Care (Jururawat Bergerak Ke Rumah)
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]Antara kawasan pelancongan di daerah Hilir Perak:
- Menara Condong Teluk Intan
- Istana Raja Muda Lama
- Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama
- Bangunan-bangunan era British
- Kawasan kemalangan pertama kereta api di Malaysia
Penginapan
[sunting | sunting sumber]Antara hotel-hotel yang popular di daerah ini:
- Hotel Grand Court, Teluk Intan
- Hotel Anson, Teluk Intan
- Hotel Angsoka, Teluk Intan
- Hotel Rivertel, Teluk Intan
- Hotel G-City, Teluk Intan
- Rumah Rehat Teluk Intan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Teluk Intan - Direktori Pegawai". pdttelukintan.perak.gov.my.
- ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
- ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/
- ^ https://ptg.perak.gov.my/portal/web/teluk-intan/sejarah-daerah
- ^ a b https://www.citypopulation.de/en/malaysia/perak/admin/