Henry Moseley
Henry Moseley | |
---|---|
Kelahiran | Henry Gwyn Jeffreys Moseley 23 November 1887 |
Meninggal dunia | 10 Ogos 1915 | (umur 27)
Sebab kematian | Terbunuh dalam pertempuran |
Warganegara | Inggeris |
Kerakyatan | Britain |
Pendidikan | Trinity College, Universiti Oxford Universiti Manchester |
Terkenal kerana | Nombor atom, Hukum Moseley |
Anugerah | Pingat Matteucci (1919) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik, Kimia |
Pengaruh | Ernest Rutherford |
Henry Gwyn Jeffreys Moseley (1887–1915) merupakan seorang ahli fizik British yang membuat kajian unsur-unsur kimia melalui spektrum sinar-X pada tahun 1914.
Kemudian beliau memplotkan graf punca kuasa dua bagi frekuensi sinar-X yang dibebaskan oleh unsur-unsur melawan nombor atomnya dan satu garis lurus diperolehi. Melalui kajian ini, beliau berpendapat bahawa nombor atom yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan jisim atomnya.
Oleh itu, Moseley menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor atom yang menaik dalam Jadual Berkala. Penyusunan serta pengelasan unsur-unsur oleh Moseley telah menghasilkan satu bentuk kekalaan yang hampir sama dengan bentuk kekalaan apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik oleh Dmitri Mendeleev. Dalam susunan mengikut tertib nombor atom yang dibuat oleh Moseley, disahkan bahawa telurium (Te) terletak di hadapan iodin (I) dan kobalt (Co) terletak di hadapan nikel (Ni) seperti yang diramalkan oleh Mendeleev.
Mosley telah terkorban semasa berusia 28 tahun dalam Perang Dunia I dalam Kempen Gallipoli pada tahun 1915. Kematiannya menyebabkan kerajaan British menghentikan tindakan mengerah ahli sains untuk bertempur di medan perang.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Henry Moseley di Wikimedia Commons