Henri IV dari Perancis
Raja Henri IV | |
---|---|
Raja Perancis | |
Pemerintahan | 2 Ogos 1589 – 14 Mei 1610 (20 tahun, 285 hari) |
Kemahkotaan | 27 Februari 1863 |
Didahului oleh | Raja Henry III |
Diikuti oleh | Raja Louis XIII |
Raja Navarre | |
Pemerintahan | 9 Jun 1572 – 14 Mei 1610 |
Didahului oleh | Raja Jeanne III |
Diikuti oleh | Louis II |
Pemakaman | Saint Denis Basilica, Perancis |
Pasangan | Permaisuri Margaret dari Perancis Marie de' Medici |
Anakanda | Raja Louis XIII dari Perancis Elisabeth, Ratu Sepanyol Christine, Duchess Savoy Nicolas Henri, Duke Orléans Gaston, Duke Orléans Henrietta Maria, Ratu England dan Scotland |
Kerabat | Rumah Bourbon |
Ayahanda | Antoine dari Navarre |
Bonda | Jeanne III dari Navarre |
Raja Henri IV dari Perancis (13 Disember 1553 - 14 Mei 1610) ialah Raja Perancis dari tahun 1589 hingga tahun 1610 dan Raja Navarre dari tahun 1572 hingga tahun 1610. Baginda ialah paduka putera kepada Raja Antoine dari Navarre dan Permaisuri Jeanne III dari Navarre.
Pada 18 Ogos 1572, Raja Henri menikahi Margaret dari Valois. Baginda ialah paduka saudara Raja Charles IX. Baginda menjadi Raja Navarre pada tahun yang sama.
Selepas bercerai dengan Margaret, baginda kemudian mengahwini Marie de' Medici. Paduka anakanda Raja Henri ialah Raja Louis XIII dan Henrietta Maria dari Perancis, yang menikahi Raja Charles I dan menjadi Ratu England.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Raja Henri IV dibunuh di Paris pada 14 Mei 1610 oleh seorang fanatik Katolik, François Ravaillac, yang menikamnya ketika dalam perjalanan ke kemahkotaan ratunya, apabila perjalanan kereta kudanya terhenti akibat trafik,[1][2]. Hercule, Duke Montbazon yang bersamanya krtika itu turut cedera. Raja Henri dimakamkan di Basilika St Denis.
Kehilangan hulu
[sunting | sunting sumber]Hulu badan baginda yang dimumiakan hilang selepas revolusioner menjarah Basilika St Denis dan mencemarkan makamnya pada tahun 1793.[3] Suatu kepada mumia, dikatakan milik Henri IV, telah beradar di kalangan penghimpun sendirian sejak itu.
Wartawan Perancis Stephane Gabet mengikut petunjuk dan menjejak hulu baginda ke loteng pemungut cukai bersara, Jacques Bellanger, pada bulan Januari 2010. Menurut Gabet, satu pasangan membeli hulu raja itu di sebuah lelongan Paris pada awal tahun 1900-an, dan Bellanger membelinya daripada si isteri pada 1955.[4] Pada 2010, satu pasukan multidisiplin yang diketuai Philippe Charlier, seorang pemeriksa perubatan forensik di Hospital Universiti Raymond Poincaré di Garches, mengesahkan yang ia merupakan hulu Raja Henri IV yang hilang, selepas menggunakan gabungan teknik antropologi, paleopatologi, radiologi dan forensik.[3][5] Hulu itu memiliki berwarna perang muda, dan dalam keadaan baik.[3] Satu lesi tinggi sedikit daripada lubang hidung, satu lubang cuping telingan kanan menunjukkan penggunaan jangka lama subang, luka muka sembuh akibat percubaan membunuh pada 1863, merupakan antara tanda yang mengenal pasti hulu itu.[3][5] Pentarikhan radiokarbon memberikan tarikh antara tahun 1450 dan tahun 1650, yang sesuai dengan tarikh kemangkatan Raja Henri IV pada tahun 1610.[3] Bagaimanapun, pasukan itu gagal memperoleh jujukan DNA mitokondrion tidak tercemar dari hulu itu, jadi tiada perbandingan dapal dilakukan dengan tinggalan lain beliau dan keturunannnya.[3] Hulu itu akan dimakamkan semula di Basilika St Denis selepas satu misa dan pemakaman kebangsaan pada 2011.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pierre de l'Estoile, Journal du règne de Henri IV. Paris: Gallimard, m/s. 84, 1960.
- ^ Knecht, Robert J. The Murder of le roi Henri, History Today. Isu Mei 2010.
- ^ a b c d e f Philippe Charlier (14 Disember 2010). "Multidisciplinary medical identification of a French king's head (Henri IV)". BMJ.
- ^ "Suspected Henri IV head back with heirs". The Associated Press. 15 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-20. Dicapai pada 2010-12-20.
- ^ a b c "Tests show head of France's King Henri IV 'genuine'". UK: BBC. 15 Disember 2010.