Heliopolis (Mesir purba)
Jwnw atau Iunu | |
Lokasi | Mesir |
---|---|
Wilayah | Kegabenoran Kaherah |
Koordinat | 30°07′46″N 31°18′27″E / 30.129333°N 31.307528°E |
Heliopolis (Jwnw, Iunu; Bahasa Mesir: 𓉺𓏌𓊖 , har. 'Tiang-tiang'; Bahasa Qibti: ⲱⲛ ; Yunani: Ἡλιούπολις, rumi: Hēlioúpοlis, lit. 'Bandar Matahari' ) dahulu merupakan sebuah bandar utama Mesir purba. Ia ibu kota Nomos Heliopolis atau Nomos ke-13 Mesir Hilir dan pusat keagamaan yang besar dahulu. Kini ia terletak di Ayn Shams, daerah timur laut Kaherah.
Heliopolis adalah salah satu bandar tertua Mesir purba, diduduki sejak Mesir prasejarah.[1] Ia berkembang pesat di bawah Kerajaan Lama dan Pertengahan tetapi hari ini kebanyakannya sudah musnah, kuil dan bangunannya yang lain telah dibongkar untuk pembinaan Kaherah pada zaman pertengahan. Kebanyakan maklumat tentang bandar purba itu datang daripada catatan yang masih wujud.
Peninggalan utama Heliopolis yang masih ada ialah obelisk Kuil Ra-Atum yang didirikan oleh Senusret I dari Dinasti XII. Ia masih berdiri di kedudukan asalnya, kini dalam Al-Masalla di El Matareya, Kaherah.[2] Obelisk granit merah setinggi 21 m (69 ka) seberat 120 tan (240,000 lbs) itu dipercayai adalah obelisk tertua yang masih wujud di dunia.[3] Di bawah Augustus, orang Rom mengambil Obelisk Montecitorio dari Heliopolis ke Rom dan tinggal sehingga kini. Dua obelisk yang lebih kecil dipanggil Jejarum Cleopatra, di London dan New York, juga datang dari Heliopolis.
Nama
[sunting | sunting sumber]Heliopolis iwnw[a] dalam hieroglif | |||
|
Heliopolis ialah bentuk Latin daripada nama Yunani Hēlioúpolis (Ἡλιούπολις ), bermaksud "Bandar Matahari". Helios, dewa matahari, telah digabungkan oleh orang Yunani dengan dewa asli Mesir Ra dan Atum, yang kultus utamanya terletak di bandar itu.
Nama asalnya ialah iwnw ("Tiang-tiang"), yang sebutan tepatnya tidak pasti kerana bahasa Mesir purba hanya mencatatkan huruf konsonan. Bahasa Arab : Iwan إيوان.[5]
Transkripsi Mesirologi tradisionalnya ialah Iunu tetapi ia dipanggil dalam bahasa Ibrani alkitab sebagai ʾŌn (אֹן[6] אוֹן[7]), dan ʾĀwen (אָוֶן[8]). Sesetengah sarjana membina semula sebutannya dalam bahasa Mesir lama sebagai *ʔa:wnu, mungkin dari /ja:wunaw/ yang lebih tua. Transkripsi lain termasuk Awnu dan Annu. Nama itu diturunkan dalam bahasa Qibti sebagai ⲱⲛ ŌN.[9]
Bandar ini juga muncul dalam Teks Piramid Kerajaan Lama sebagai "Rumah Ra".[10]
- ^ Dobrowolska; dll. (2006), Heliopolis: Rebirth of the City of the Sun, American Univ in Cairo Press, m/s. 15, ISBN 9774160088.
- ^ Griffith, Francis Llewellyn (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 19 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 945.. . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting).
- ^ "obelisk". www.britannica.com. Dicapai pada 2021-08-25.
- ^ Collier & Manley 1998, m/s. 29.
- ^ Hawas, Zahi (2002). مخطوط معجم اللغة المصرية القديمة احمد كمال كمال. الجزء االثاني عشر (dalam bahasa Arabic). Cairo: Al-maǧlis al-aʿlá li-l-aṯār, high council of antiquities. m/s. 496. ISBN 9773053474.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Gen. 41:45
- ^ Gen. 41:50
- ^ Ezekiel 30:17; prp. Amos 1:5 (apparently Baalbek). This last would be the expected form in pausa, but perhaps a play on awen "idolatry."
- ^ TLA lemma no. C5494 (ⲱⲛ), in: Coptic Dictionary Online, ed. by the Koptische/Coptic Electronic Language and Literature International Alliance (KELLIA), https://coptic-dictionary.org/entry.cgi?tla=C5494
- ^ Bonnet, Hans, Reallexikon der Ägyptischen Religionsgeschichte. (dalam bahasa Jerman)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
- Pages using the WikiHiero extension
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Mesir Purba
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Coptic
- Instances of Lang-el using second unnamed parameter
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Delta Nil
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 dengan rujukan Wikisumber
- Pages with reference errors that trigger visual diffs