Pergi ke kandungan

Hayabusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hayabusa
Teraan artis Hayabusa di atas permukaan Itokawa
PengendaliJepun JAXA
Jenis misiPemulangan sampel asteroid
Destinasi sekarangKembali di Bumi pada 13 Jun 2010
Tarikh Berlepas9 Mei 2003
Kenderaan PelancarJepun M-V
Tempoh misi7 tahun, 1 bulan, 4 hari
ID COSPAR2003-019A
Jisim510 kg (kering 380 kg)
Peralatan
AMICA, LIDAR, NIRS, XRS

Hayabusa (はやぶさ, falko peregrin) ialah sebuah kapal angkasa tanpa warga yang dimajukan oleh Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun untuk memulangkan sampel bahan dari sebuah asteroid kecil berhampiran Bumi yang bernama 25143 Itokawa (dimensi 540 meter kali 270 meter kali 210 meter) ke Bumi untuk analisa selanjutnya.

Hayabusa, dahulunya dikenali sebagai MUSES-C (Mu Space Engineering Spacecraft C), dilancarkan pada 9 Mei 2003, lalu bertemu dengan Itokawa pada September 2005. Sebaik sahaja tiba di Itokawa, Hayabusa mengkaji bentuk, pusingan, topografi, warna, kandungan, ketumpatan dan sejarah asteroid berkenaan. Pada November 2005, Hayabusa mendarat di atas asteroid itu dan cuba mengutip sampel. Setelah lima tahun bertugas di Itokawa, Hayabusa pulang ke Bumi pada 13 Jun 2010.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Fujiwara, A.; dll. (2006). "Hayabusa at Asteroid Itokawa (Special Issue)". Science. 312 (5778): 1327–1353. doi:10.1126/science.312.5778.1327. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  • Hiroi, T., Abe., M., Kitazato, K., Abe, S., Clark, B.E., Sasaki, S., Ishiguro, M., and Barnouin-Jha, O.S. (2006). "Developing space weathering on the asteroid 25143 Itokawa". Nature. 443 (7107): 56–58. doi:10.1038/nature05073. PMID 16957724.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • "Spunky Hayabusa Heads Home With Possible Payload". Science. 328: 565. 2010-04-30.CS1 maint: date and year (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]