Hassan Diab
Hassan Diab | |
---|---|
حسان دياب | |
Perdana Menteri Lubnan | |
Menyandang jawatan 21 Januari 2020 Pemangku: 10 Ogos 2020 - kini | |
Presiden | Michel Aoun |
Timbalan | Zeina Akar |
Didahului oleh | Saad Hariri |
Digantikan oleh | Mustapha Adib |
Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Lubnan | |
Dalam jawatan 13 Jun 2011 – 15 Februari 2014 | |
Presiden | Michel Suleiman |
Perdana Menteri | Najib Mikati |
Didahului oleh | Hasan Mneimneh |
Digantikan oleh | Elias Abou Saab |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Beirut, Lubnan | 6 Januari 1959
Pasangan | Nuwar Mawlawi |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Metropolitan Leeds Universiti Bath Universiti Surrey |
Laman web | Official Website |
Hassan Diab (Arab: حسان دياب ; lahir 6 Januari 1959) ialah seorang jurutera dan ahli politik dari Lubnan yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut di bawah pentadbiran Presiden Michel Aoun.[1][2]
Berikutan bencana letupan besar yang memusnahkan sebahagian utama kota Beirut pada Ogos 2020, Hassan dan kabinetnya bertindak balas meletak jawatan; namun beliau meneruskan khidmat sebagai Pemangku Perdana Menteri pada 10 Ogos 2020 sehingga suatu pemerintah baharu dapat dibentuk.[3][4][5]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Hassan lahir pada 6 Januari 1959 di Beirut.[6]
Beliau lulus sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan komunikasi dari Universiti Metropolitan Leeds tahun 1981.[7][8] Beliau kemudiannya mendapatkan ijazah Sarjana kejuruteraan sistem dari Universiti Surrey tahun 1982,[7] dan PhD dalam bidang kejuruteraan komputer 3 tahun di University of Bath kemudian pada 1985.[8]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan berikutnya menggantikan Saad Hariri pada 19 Desember 2019, di tengah-tengah protes Lubnan 2019-2020 yang menyebabkan pengunduran diri Hariri. Pencalonan Diab disetujui 69 daripada 128 anggota Parlimen Lubnan - dukungan terhadapnya datang dari partai-partai yang ikut membentuk Aliansi 8 Mac,[9] blok parlimen sekutu Hizbullah, tetapi tidak mendapat dukungan parti-parti dari masyarakat mazhab Sunni sendiri.[10] Diab sendiri seorang berfahaman bebas di mana beliau tidak vokal mendukung kelompok politik mana pun, malah memiliki profil umum yang rendah pada saat pelantikannya.[10]
Pemerintahan baru Lubnan dibentuk pada 21 Januari 2020 setelah Diab dan Ketua Parlimen Nabih Berri bertemu dengan Presiden Michel Aoun.[11][12] Diab kemudian mengumumkan kabinet baru beranggotakan dua puluh orang yang terdiri dari para teknokrat, dan mengatakan mereka akan mengerjakan undang-undang pilihan raya yang baru, mengusahakan pengadilan yang bebas dan pengembalian dana publik yang dijarah.[11]
Selama sesi pertama kabinet baru, Diab mengumumkan bahwa kunjungan resmi pertamanya adalah ke negara-negara "di kawasan Arab, khususnya Teluk".[13] Beliau tidak mengatakan apa-apa tentang mematuhi reformasi yang dijanjikan oleh Hariri dan memilih untuk mempertahankan Kementerian Penerangan yang dijanjikan bakal dihapuskan Said Hariri.[14] Pada 3 Februari, Diab menandatangani anggaran negara tahun 2020, mengurangi pengeluaran sebesar $ 700 juta[15][16] dan pada 6 Februari kabinet menyetujui rencana penyelamatan kewangan untuk diajukan ke parlimen.[17]
Pada 7 Mac 2020, Diab mengumumkan Lubnan akan gagal bayar hutang negara untuk pertama kalinya dalam sejarahnya.[18]
Ogos 2020: bencana letupan dan krisis menyusul
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Ogos 2020, Diab mengundurkan diri dari jawatannya berikutan memuncaknya tekanan politik dan kemarahan terhadap pemerintah Lubnan atas kegagalan mencegah bencana letupan dahsyat yang memusnahkan pelabuhan Beirut malah memburukkan ketegangan dan pergolakan politik yang ada dalam negeri.[5]
Hassan meminta Presiden Aoun untuk menyelenggarakan pemilihan parlimen lebih awal.[19]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "University professor nominated to be Lebanese PM" (dalam bahasa Inggeris). 19 December 2019. Dicapai pada 19 December 2019.
- ^ "Diab nominated as PM with 69 votes". Daily Star. Dicapai pada 19 December 2019.
- ^ "University professor nominated to be Lebanese PM" (dalam bahasa Inggeris). 19 Disember 2019. Dicapai pada 19 Disember 2019.
- ^ "Diab nominated as PM with 69 votes". Daily Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Disember 2019.
- ^ a b "Lebanon's Prime Minister Hassan Diab to submit resignation following Beirut blast". The National (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Ogos 2020.
- ^ Raya Shartouni (20 December 2019). "Profile - Hassan Diab Lebanon's new premier". Anadlou Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2020. Dicapai pada 6 February 2020.
- ^ a b "Biography". Official Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2020. Dicapai pada 31 January 2013.
- ^ a b "Our People". American University of Beirut. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2017. Dicapai pada 31 January 2013.
- ^ "Lebanon, Mired in Crises, Turns to a Professor as Prime Minister". The New York Times.
- ^ a b "Who is Hassan Diab, Lebanon's next prime minister?". The National. 20 December 2019. Dicapai pada 6 February 2020.
- ^ a b Mahmut Geldi (22 January 2020). "Lebanon forms new government led by Hassan Diab". Anadolu Agency. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "Lebanon unveils new government led by PM Hassan Diab". Daily Sabah. 21 Januari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ Hussein Yassine (30 January 2020). "Hassan Diab's First Official Trip Will Be to the Arab Countries". The961. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-06. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ Sami Moubayed (28 Januari 2020). "All eyes on PM Hassan Diab and Lebanon's deadlock". Gulf News. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "Prime Minister Hassan Diab signs 2020 state budget, referring it to presidency". The Daily Star. 3 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "Lebanon PM signs 2020 state budget with $700m spending cuts". Middle East Monitor. 3 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "Lebanon cabinet approves financial rescue plan". Reuters. 6 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
- ^ "For the first time, Lebanon defaults on its debts". The Economist. 12 Maret 2020. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Lebanese govt led by Diab resigns amid fury over Beirut blast". CGTN. 11 Agustus 2020. Dicapai pada 11 Agustus 2020. Check date values in:
|access-date=
dan|date=
(bantuan)