Pergi ke kandungan

Haneesya Hanee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haneesya Hanee
Kelahiran
Sharifah Haneesya binti Sayed Sahlan

(2000-02-11) 11 Februari 2000 (umur 24)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
Ibu bapaSayed Sahlan (bapa)
Nor Sakuraneeda (ibu)
SaudaraZaharah Agus (moyang)
Nanu Baharuddin (ibu saudara)

Sharifah Haneesya Hanee binti Sayed Sahlan (lahir 11 Februari 2000) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.[1] Beliau merupakan juara Dewi Remaja 2018/2019, namun ditarik balik kemenangannya pada 17 Januari 2019 berikutan penyebaran rakaman video beliau berparti liar di media sosial. Ini menjadikan beliau sebagai peserta Dewi Remaja pertama yang ditarik balik kemenangannya.[2][3]

Pada usia sembilan tahun, Haneesya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi teater Siti di Alam Fantasi (2009). Seterusnya muncul dalam teater adaptasi komik karya Lat Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2011, di mana Haneesya berlakon bersama Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Douglas Lim.

Pada tahun 2018, beliau mencapai kemashyuran dalam bidang lakonan menerusi drama adaptsi novel karya Maya Adira, Cik Reen & Encik Ngok Ngek lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim, memegang watak sebagai Zaza.

Beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/19 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat finalis lain, termasuk Zeera Azizi dan Anna Jobling.[4] Ekoran kontroversi penyebaran rakaman video beliau berpesta liar, mahkota kemenangan beliau ditarik balik.[5][6]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Menurut laman web rasmi Dewi Remaja, Haneesya menghidap penyakit disleksia, skoliosis dan talasemia.

Selain itu, beliau juga mengalami masalah pembelajaran dan pernah dibuli dan diejek rakan kerana warna kulitnya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau hampir berputus asa dengan dunia seni yang seolah memandang rendah kredibilitinya hanya kerana beliau berkulit gelap. Haneesya juga menjadikan pelakon senior Nabila Huda sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[7]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2018, beliau menjadi tular di laman Twitter kerana memuat naik status yang menyeru agar semua bangsa Melayu berhenti meletakkan tanggapan kononnya wanita cantik hanyalah mereka yang berkulit putih. Meskipun dikecam segelintir warganet, namun doktor viral, Dr. Amalina Bakri tampil menyatakan sokongan terhadapnya dengan menegaskan, "Setiap individu cantik dengan caranya yang tersendiri".

Nama Haneesya Hanee menjadi bualan warganet apabila rakaman video beliau berpesta liar menjadi tular di media sosial.[8] Akibat insiden itu, mahkota kemenangan Dewi Remaja beliau ditarik balik, tiga hari selepas diumumkan sebagai pemenang.[9]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Cinta Roller Coaster Fariza TV3
2018 Cik Reen & Encik Ngok Ngek Zaza Astro Ria
2019 Curi-Curi Cinta Tina
Tirai Keinsafan Inspektor Sofea TV1
2021 Keluarga Instafamous Gadis Pomen Awesome TV Penampilan khas
2022 Roti Cicah Susu Umaira Astro Ria
2023 Misteri Flat Kirana Nian TV3
2024 Aku Bukan Ustazah Sally

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Cerita Raya Luar Biasa Gadis Misteri Astro Ria Penampilan khas
Tahun Tajuk
2009 Siti Di Alam Fantasi
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018-19 Dewi Remaja 2018/2019 Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018/2019 Dewi Remaja Juara (Ditarik balik)
2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32
Artis Baru Wanita Popular Menang
  1. ^ https://web.archive.org/web/20181006203934/http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/haneesya-pernah-makan-hati-1.756661
  2. ^ Tahir Alhamzah (17 Januari 2019). "#Showbiz: Haneesya stripped off Dewi Remaja title". New Straits Times. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  3. ^ "Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik". Sinar Harian. 17 Januari 2019. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  4. ^ "Haneesya juara Dewi Remaja edisi 2018/2019". Sinar Harian. 13 Januari 2019. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  5. ^ Kamaruddin Razal (14 Januari 2019). "Tepati Ramalan, Haneesya Hanee Raih Gelaran Dewi Remaja 2018/2019". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (31 Oktober 2018). "12 puteri bakal berentap dalam 'Dewi Remaja' 25 November depan". mStar Online. Dicapai pada 1 November 2018.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Januari 2019). "Haneesya mahu dekati masyarakat". Harian Metro. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin (17 Januari 2019). "Pesta arak... Haneesya Hanee mengaku salah, gelaran Dewi Remaja dilucutkan". mStar Online. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  9. ^ Zaidi Mohamad (17 Januari 2019). "Haneesya akur hilang gelaran Dewi Remaja". Berita Harian. Dicapai pada 12 Februari 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Raysha Rizrose
Dewi Remaja
2018/2019
Diikuti oleh:
Shaza Bae