Hafreez Adam
Hafreez Adam | |
---|---|
Kelahiran | Hafreez Adam Aizat bin Zahalan 10 Jun 1990 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2013–kini |
Ejen | Uprising Entertaiment[1] |
Ketinggian | 5 ft 9.5 in (1.77 m) |
Saudara | Aien Zahalan (adik) |
Hafreez Adam Aizat Zahalan[2] (lahir 10 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Atikah Suhaime.[3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Hafreez dilahirkan pada 10 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik dan mempunyai seorang kakak, dua orang adik perempuan dan adik lelaki.[4] Hafreez mempunyai hobi dan minat dalam bidang muzik, multimedia dan animasi komputer. Malah beliau juga berbakat dalam bidang seni grafik dan fotografi.[5]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Hafreez merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan di mana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Adik perempuannya, Aien Zahalan juga terlibat di dalam bidang lakonan dan lakonan pertamanya ialah drama adaptasi novel yang juga lakonan beliau, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.[5]
Beliau muncul sebagai peranan yang tidak dikreditkan dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada HambaNya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[6] Hafreez seterusnya muncul dalam drama adapasi novel Hati Perempuan lakonan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad; beliau memegang watak sebagai Daniel Idrus, bekas teman lelaki Yuhanis lakonan Mia.[7] Kerjaya filem Hafreez bermula apabila beliau sekali lagi bekerja dengan Faisal dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang ditayangkan pada 29 Oktober 2015; beliau memegang watak Megat.[8]
Beliau seterusnya membuat penampilan pentas pertamanya dengan membintangi pementasan teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Elvi Pasola.[9] Beliau muncul bersama Zara Zya dan Nazim Othman dalam telenovela adaptasi drama Korea Monalisa di Slot Tiara Astro Prima.[10] Beliau menjadi pelakon utama bersama Emma Maembong dalam drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang bersiaran di Slot Raihana Astro Oasis.[11]
Hafreez berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Mikhail.[12] Beliau kemudian memegang watak sebagai Tajul dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Puteri Aishah dan Nina Iskandar.
Pada tahun 2020, Hafreez tidak berlakon drama, sebaliknya berlakon dalam telefilem apabila beliau muncul dalam dua telefilem, iaitu Jodoh Lebaran dan Istidraj. Beliau kembali beraksi di layar kaca menerusi drama Derita Untuk Bahagia yang menyaksikan beliau kembali bekerjasama dengan Amar Baharin. Dalam drama itu, beliau memegang watak sebagai Raif.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada April 2018, Hafreez dilaporkan telah menjalin hubungan dengan pelakon Zara Zya dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang.[13][14] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menjalin hubungan dengan Afifah Nasir yang juga adik pelakon Anzalna Nasir ketika mereka sama-sama membintangi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.[15]
Hafreez juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Nazim Othman.[16] Selain itu, beliau juga mempunyai prinsip untuk menjaga hati dan perasaan keluarganya.[17] Hafreez dan Zara bertunang pada 12 Oktober 2019 dan dijadual akan berkahwin pada 2020. Selain itu, bapa Hafreez meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis pertunangannya berlangsung.[perlu rujukan]
Hafreez dan Zara mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan. Beliau bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.[18]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan | Megat | Filem pertama |
2016 | Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi | Eddie | |
Juvana 3: Perhitungan Terakhir | Megat | ||
2023 | Jemputan Ke Neraka | Norman | |
TBA | Kod Musketeer | Troll | Pos-produksi |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Lembuku Ben | Dun | TV1 | Drama pertama |
Puteri Malam | Jambu | TV9 | ||
Kisah Cinta | Mamat | TV3 | ||
Tanah Merah | Inspektor Karim | ntv7 | ||
2014 | Ride | Pajai | TV9 | |
Bila Hati Berbicara | Badri Fathul | TV3 | ||
2015 | Hati Perempuan | Daniel Idrus | ||
Tersuka Tanpa Sengaja | Dr Armand | Astro Ria | ||
Dilema | Syafiq | TVi | ||
2016 | Tika Langit Terbuka: Down Syndrome | Salleh | Astro Oasis | |
Tanah Kubur (Musim 15) | Hafreez | Episod: "Habil, Qabil & Iblis" | ||
Pengantinku Jatuh Dari Langit | Arfy Qhairant | Unifi TV | ||
2017 | Shhh... I Love You | Naufal | TV3 | |
Hikayat Cinta Si Pematah Hati | Daniel Elhan | Astro Ria | ||
Cinta Di Langit Cardiff | Amri | TV2 | ||
2018 | Gantung The Series | Troll | Astro First Eksklusif | |
Monalisa | Adam Hakim | Astro Prima | ||
Pencuri Cinta Kelas Satu | Amar Firzal | Astro Oasis | ||
Raisha 2 | Mikhail | TV3 | ||
2019 | Cerita Dalam Kain | Shah | Astro Prima | Episod: "Isteriku Kekasih Datuk" |
Sara Kirana | Zahrin | TV1 | ||
Tolong Aku Doktor Cinta | Tajul | TV2 | ||
Puteri Yang Ditukar | Taufik | Astro Prima | ||
2021 | Derita Untuk Bahagia | Raif | ||
Kuali Mentua Lauk Menantu | Haikal | TV2 | ||
2022 | Tarik Aku Ke Syurga | Kashaf | TV3 | |
Tunggu Dulu Cinta | Kamal | TV1 | ||
Tiada Maaf Buatmu | Mohsin | Astro Ria | ||
2023 | Gadis Muzikal | Ben | TV3 | |
Cik Misi 123 | Dr Aish | Astro Ria | ||
Ratu Lori | Yusof | TV Okey | ||
2024 | Malang Si Puteri | Sulaiman | Astro Ria |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Berkalung Rahmah | Astro Oasis | |
2014 | Qadr | Hafreez | Astro First Eksklusif |
Seteguh Kasih Ibunda | Rahman | TV1 | |
Kakak | Cikgu Amar | TV3 | |
2015 | 5 Kali Cinta | Azman | |
Talak | Aril | ||
Annyeong Aidilfitri | Alfian | TV1 | |
Ini Jalan Kita | Ariff | TV AlHijrah | |
Abang Haji | Husaini | TV3 | |
Jodoh Ke Uolls | Daniel Idrus | ||
Sayang Suria | Rash | ||
Pengantin Gila | Jeff | ||
2016 | Isteriku Ms Sally | Amar | TV1 |
Tersuka Tanpa Sengaja Raya | Dr Armand | Astro Ria | |
2017 | Seindah Takdir | Habib | TV1 |
2019 | Cinta Cheese Cake Leleh | Zarif | TV2 |
Mereka Yang Terbuang | Dani | HyppTV | |
RM20000 Serba Dua | Adam | TV1 | |
2020 | Jodoh Lebaran | Alif | TV1 |
Istidraj | Danish | TV Okey | |
2022 | Matahari Tak Bercahaya | Amran | TV3 |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2016 | Zombie La La La | Elvi Pasola |
Video Klip
[sunting | sunting sumber]Tahun | MV | Penyanyi |
---|---|---|
2015 | "Takkan Pergi" | Hyper Act |
Web drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2017 | Chor & Chah | Hazli | SME Corp Web/Youtube |
2018 | Chor & Chah 2 | ||
KOPI: Kopi Julia | Rashad | Tonton |
Iklan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Iklan |
---|---|
— | Amanah Saham Nasional Berhad |
— | Jobseek |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Bila Bujang Masuk Dapur (Musim 2) | Artis jemputan | TV9 | |
MeleTOP | Astro Ria | bersama Amar Baharin dan Amyra Rosli | ||
2016 | Hot TV | TV9 | ||
Sapa Terer: Episod 10 | Astro Prima | bersama Sharifah Zarina bersama Ryzal Jaafar, Azza Elite, Rahmad Mega, dan Elfaeza Ul Haq | ||
2017 | CCTV | Astro Ria | bersama Yaya Zahir dan Nabila Razali | |
MeleTOP | bersama Nabila Razali | |||
Perang Jantina: Episod 2 | Peserta | bersama Raja Afiq, Idris Khan, Radhi OAG (Team Lelaki/Team Sharnaaz Ahmad), Nadia Aqilah, Chacha Maembong, Azzarima dan Ara AF (Team Wanita/Team Siti Elizad) | ||
2018 | Fan Fanatik | peserta episod 10, (Hafreez Hype FC) bersaing dengan Zoey Rahman (Zoey Rahman FC) | ||
CCTV | Artis jemputan | bersama Zara Zya | ||
#BawangLive | bersama Emma Maembong, Sharifah Shahora dan Dato Jalaluddin Hassan |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011/2012 | — | — | Menang | |
2016 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon | ||
Artis Baru Lelaki Popular | Menang | |||
2017 | Pelakon Lelaki Popular | Pengantinku Jatuh Dari Langit | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hafreez Adam bergerak sendiri". Sinar Harian. 18 November 2016. Dicapai pada 13 Mei 2017.
- ^ Hafreez Adam betul-betul cintakan Zara Zya bukan nak buat gimik mSTAR Online (23 April 2018). Dicapai pada 11 Ogos 2018.
- ^ Norhayati Nordin (28 Jun 2015). "Hafreez tak pilih watak". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (11 November 2016). Hafreez Adam Lantik Kakak, Adik Urus Kerjaya mStar Online. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
- ^ a b Kenneth Chaw (6 Jun 2018). "Actor Hafreez Adam wants to help you become more confident". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
- ^ Nor Atieyah Yusoff (26 Jun 2014). Juvana 2: 'Kebebasan itu ada harganya' Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ Zombie La La La janji hibur penonton Utusan Malaysia. 7 Februari 2016.
- ^ "Adaptasi drama Korea". New Sabah Times. 13 Mac 2018. Dicapai pada 1 Mei 2018.
- ^ Penyatuan hati dalam Pencuri Cinta Kelas Satu Diarkibkan 2018-09-09 di Wayback Machine Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 9 September 2018.
- ^ Faten Saphilla Isa (26 Ogos 2018). Raisha 2 lebih dramatik Diarkibkan 2019-01-19 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (1 April 2018). "Hafreez ikhlas cintai Zara Zya". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Reel love turns into real love The Star Online (6 April 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (26 Februari 2017). "Hafreez nafi bercinta dengan adik Anzalna". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Norhayati Nordin (9 Mac 2018). "Silap saya tak berjabat tangan: Hafreez". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (10 April 2016). "'Prinsip saya jaga hati keluarga'". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (15 Disember 2019). "Hafreez, Zara Zya putus tunang bulan lalu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2019.