Pergi ke kandungan

HMS Jervis Bay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KerjayaRoyal Navy Ensign
Dilancarkan:Vickers Ltd, Barrow di Furness 1922 (sebagai SS Jervis Bay)
Ditauliahkan:Oktober 1940
Nasib:Tenggelam 5 November 1940 di pertengahan Lautan Atlantik
Ciri-ciri umum
Sesaran:14,164 tan
Panjang:549 kaki
Lebar rasuk:68 kaki
Kelajuan:15 knot
Ahli kapal:254
Persenjataan:Meriam 7 x 6 inci Mk. VII (152 mm)
Meriam anti pesawat 2 x 3 inci (76 mm)

Kapal HMS Jervis Bay adalah sebuah kapal penumpang yang ditukarkan menjadi Kapal Dagang Bersenjata (Armed Merchant Cruiser) oleh Tentera Laut Diraja British dan diberikan nombor pennant F40. Kapal HMS Jervis Bay dilancarkan dalam tahun 1922 dan ditenggelamkan oleh kapal perang besar Jerman Admiral Scheer pada 5 November 1940.

HMS Jervis Bay pada asalnya adalah sebuah kapal penumpang milik Aberdeen & Commonwealth Line dan diberikan nama Jervis Bay, mengambil sempena sebuah teluk di Australia. Dalam bulan Ogos 1939, kapal itu diambil alih oleh Tentera Laut Diraja British dan dipasangkan dengan meriam 6 inci peninggalan Perang Dunia I. Dalam bulan Mei 1940, HMS Jervis Bay ditugaskan sebagai pengiring konvoi.

HMS Jervis Bay merupakan kapal pengiring tunggal ditugaskan mengiringi konvoi HX84 dari Halifax ke Britain. Konvoi tersebut terdiri daripada 37 buah kapal dagang. Konvoi tersebut diserang oleh kapal perang Jerman Admiral Scheer. Kapten HMS Jervis Bay, Edward Fegen memerintahkan konvoi bersurai dan mengarahkan HMS Jervis Bay menghampiri Admiral Scheer.[1] Admiral Scheer yang dilengkapkan dengan meriam 11 inci dengan mudah menewaskan HMS Jervis Bay yang hanya mempunyai meriam lama.

HMS Jervis Bay tenggelam dengan korban 190 anak kapal termasuk Kapten Fegen.[2] 65 orang terselamat dan diselamatkan oleh kapal Sweden Stureholm pada hari esoknya.[3] Salah seorang darinya, Guy Byam, kemudiannya terbunuh ketika melapor bagi BBC sementara serangan udara ke atas Jerman.[4] Pengorbanan HMS Jervis Bay membolehkan kapal-kapal lain konvoi itu melarikan diri. Namun demikian, 5 buah kapal dapat ditenggelamkan oleh Admiral Scheer.[5] Kapten Fogarty Fegen diberikan anugerah pingat Victoria Cross (posthumus) untuk keberaniannya.

  1. ^ Thomson, Mike (24 July 2010). "Lost by enemy action". BBC News. Dicapai pada 19 March 2015.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-26. Dicapai pada 2015-10-13.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  3. ^ "Biography: Edward Fegen VC". Royal Naval Museum Library. 2004. Dicapai pada 19 March 2015.
  4. ^ Vincent Dowd (12 September 2015). "WW2: Guy Byam, the BBC's lost reporter". BBC News Online. Dicapai pada 13 September 2015.
  5. ^ "Supplement to The Gazette". The London Gazette. 23 November 1940. Dicapai pada 19 March 2015.
  • Ralph Segman and Gerald Duskin, If the Gods are Good: The Epic Sacrifice of HMS Jervis Bay (Naval Institute Press, 2004)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 53°41′N 32°17′W / 53.683°N 32.283°W / 53.683; -32.283