Grander Musashi
Grander Musashi | |
グランダー武蔵 | |
---|---|
Genre | Pengembaraan, Fantasi, Sukan |
Manga | |
Pengarang | Takashi Teshirogi |
Penerbit | Shogakukan |
Demografik | Manga kanak-kanak |
Majalah Asal | Coro Coro Comics |
Tarikh Pengeluaran | November 1996 – Februari 2000 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Takayoshi Suzuki |
Studio | Nippon Animation |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Tarikh tayangan | 2 April, 1997 – 24 September, 1997 |
Episod | 25 |
Siri televisyen anime | |
Grander Musashi RV | |
Pengarah | Takayoshi Suzuki |
Studio | Nippon Animation |
Penyiaran Asal | TV Tokyo |
Tarikh tayangan | 4 April, 1998 – 26 Disember, 1998 |
Episod | 39 |
Grander Musashi (グランダー武蔵 ), juga dikenali sebagai Super Fisher Grander Musashi dan Musashi the Great, merupakan siri manga Jepun yang dicipta oleh Takashi Teshirogi dan telah dadaptasi kepada dua musim anime iaitu Grander Musashi dan Grander Musashi RV. Siri ini telah lama ditayangkan di Malaysia melalui saluran TV2.
Grander Musashi
[sunting | sunting sumber]Musashi tinggal bersama ayahnya. Ibunya telah meninggalkan mereka pada tiga tahun yang lalu tetapi Musashi percaya dia akan kembali suatu hari nanti. Pada suatu hari mereka berpindah dari Tokyo ke sebuah kampung di kawasan pedalaman. Musashi tidak suka tinggal di situ dan dan mendesak ayahnya supaya membawanya kembali semula ke Tokyo. Dia mengira sama ada ibunya boleh mencarinya di rumah baru mereka.
lama aja selepas berpindah ke kawasan pedalamn, Musashi melihat bagaiman orang di situ memancing. Dia begitu tertarik dengan cara orang itu memancing. Musashi banyak belajar dari orang itu dan mendapati datuk di sebelah ibunya adalah juara di dalam pertandingan memancing. Musashi merasakan bahawa memancing boleh membawanya kepada ibunya yang hilang. Beliau menunjukkan minat yang mendalam di dalam memancing dan mengembara bersama dua orang rakan barunya iaitu Mio and Suguru ke banyak tempat untuk mencari ikan yang terkuat. Melalui memancing, Musashi dapat menimba pengalaman baru.
Grander Musashi RV
[sunting | sunting sumber]Musashi Kazama dan dua rakannya, Mio dan Suguru, menyambung pengembaraan mereka ke seluruh dunia untuk mencari tujuh objek misteri yang mempunyai kuasa tersendiri yang dipanggil "Legenders," iaitu joran legenda di dalam bentuk ikan yang boleh memberi lebih kuasa untuk menarik perhatian ikan. Walau bagaimanapun, sekiranya joran itu digunakan terlalu banyak, ia akan menyebabkan kemusnahan atau harapan. Legenders dikatakan akan memberi hajat kepada sesiapa yang mendapatnya untuk mengubah dunia ini. Musashi bersaing dengan beberapa pemancing lain yang turut serta di dalam pengembaraannya untuk menangkap Legender.
Pertandingan
[sunting | sunting sumber]Setiap pemancing ikan di dunia ini ingin menjadi pemancing terbaik. Untuk memegang gelaran itu, setiap pemancing hendaklah mengelilingi dunia dan menangkap ikan yang terbesar dan berkualiti tinggi. Ini adalah cabaran paling sukar kerana ikan yang terkenal suka berada di dalam tempat yang senyap dan tidak mudah diperdayakan dengan mana-mana joran. Cabaran ini lebih sukar apabila tempat memancing itu tidak stabil sama ada diakibatkan oleh alam semula jadi atau pemancing itu sendiri. Pemancing mesti menggunakan gabungan teknik terbaik dengan joran mereka dan kekuatan sudut untuk memenangi pertandingan ini.