Pergi ke kandungan

Gram-negatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
bakteria gram negatif Pseudomonas aeruginosa berbentuk batang berwarna merah muda.

Bakteria gram-negatif ialah bakteria yang tidak mempertahankan zat warna kristal ungu sewaktu proses pewarnaan Gram sehingga berwarna merah apabila diamati dengan mikroskop.[1]

Dalam erti kata lain, bakteria gram-positif berwarna ungu.[1] Perbezaan keduanya berdasarkan kepada perbezaan struktur dinding sel yang berbeza dan dapat dinyatakan oleh prosedur pewarnaan Gram.[2] Prosedur ini ditemui pada tahun 1884 oleh ahli sains Denmark bernama Christian Gram dan merupakan prosedur penting dalam klasifikasi bakteria.[3] Bakteria gram positif seperti Staphylococcus aureus (bakteria patogen yang umum pada manusia) hanya mempunyai membran plasma tunggal yang dikelilingi dinding sel tebal berupa peptidoglikan.[2] Sekitar 90% dari dinding sel tersebut tersusun atas peptidoglikan manakala sisanya berupa molekul lain bernama asid teikhoat.[1] Di sisi lain, bakteria gram negatif (seperti E. coli) memiliki sistem membran berganda di mana membran plasmanya diselimuti oleh membran luar permeabel.[2] Bakteria ini mempunyai dinding sel yang lebih kompleks, berlapis tiga iaitu lapisan luar yang berupa lipoprotein, lapisan tengah berupa lipopolisakarida dan lapisan dalam berupa peptidoglikan.[2]

Banyak spesies bakteria gram-negatif yang bersifat patogen, yang bermaksud mereka berbahaya bagi organisme inang. Sifat patogen ini umumnya berkaitan dengan komponen tertentu pada dinding sel gram-negatif, terutama lapisan lipopolisakarida (dikenali juga dengan LPS atau endotoksin).

  1. ^ a b c (Inggeris) Madigan MT, Martinko JM, Brock TD. 2006. Brock Biology of Microorgnisms. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
  2. ^ a b c d (Inggeris) Cooper GM, Hausman RE. 2007. The Cell: A Molecular Approach. 4th ed. Sunderland: Sinauer Associates, Inc.
  3. ^ Singleton P, Sainsbury D. 2006. Dictionary of Microbiology and Molecular Biology. New Jersey: Wiley Interscience.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]