Pergi ke kandungan

Gita puja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gita puja ialah lagu yang dikarang atau dinyanyikan khusus untuk penggunaan bermadah atau bersembahyang dengan senikata yang ditujukan memuja tuhan atau dewa-dewi dipercayai penganut agama atau kepercayaan tertentu.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Gita" ialah kata bahasa Melayu lama yang bermaksud nyanyian atau lagu,[1][2] ia merupakan pinjaman Sanskrit: गीत, rumi: gīta. "Puja" dalam konteks ini pula bermaksud "mempermulia-muliakan sangat...menyanjung-­nyanjung",[3] ia sendiri juga pinjaman Sanskrit: पूजा pūjā yang bermaksud "penghormatan, penghargaan (kepada yang lebih tinggi)".[4]

Mengikut agama

[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Kristian

[sunting | sunting sumber]

Agama Kristian lazim menggunakan gaya nyanyian ini untuk mempersembahkan lagu-lagu pujian mereka (juga dipanggil madah atau puji-pujian) yang menggabungkan unsur-unsur musik (pujian/nyanyian), sastera (puisi), dan teologi (misalnya bait ajaran dalam Alkitab). Penyanyian puji-pujian paling diketahui pengamalannya dalam kalangan jemaah-jemaah gereja mazhab Protestan melangsungkan acara sembahyang Ahad.

Dalam agama Sikh

[sunting | sunting sumber]

Para penganut agama Sikh mempunyai banyak lagu yang dipakai dalam upacara keagamaan mereka sebagai suatu panduan kerohanian[5] melalui penggambaran sifat-sifat Tuhan disembah mereka ditulis dalam kitab tersebut.[6] Lagu-lagu ini (juga diberi nama gurbani) dihimpunkan dalam suatu kitab khas sebanyak 430 halaman berjudul Guru Granth Sahib[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Himnologi - bidang ilmu mengkaji sejarah dan gaya unsur pengarangan gita sebegini.

Catatan kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "'gita' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  2. ^ "'gita'". Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  3. ^ puja. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 146.
  5. ^ Singh, Kushwant (2005). A history of the sikhs. Oxford University Press. ISBN 0-19-567308-5.
  6. ^ a b Penney, Sue. Sikhism. Heinemann. m/s. 14. ISBN 0-435-30470-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]