Bilion tahun
Bilion tahun, gigatahun atau giga-annum (10 9 tahun) ialah unit masa pada skala petasaat, lebih tepat sama dengan ×1016 3.16saat (atau 1,000,000,000 tahun).
Ia kadangkala disingkatkan Gthn ("gigatahun"), Gy ("gigayear"), Ga ("giga-annum"), Byr dan pelbagai lagi. Singkatan Gya atau bya adalah untuk "billion years ago", iaitu bilion tahun sebelum kini dalam bahasa Inggeris.[1] Istilah ini digunakan dalam geologi, paleontologi, geofizik, astronomi, dan kosmologi fizik.
Awalan giga- diutamakan berbanding bilion untuk mengelakkan kekeliruan dalam skala panjang dan pendek mengenai makna bilion; akhiran tahun atau annum mungkin lebih layak untuk ketepatan sebagai tahun sidereal atau tahun Julian:
- 1 Gaj = 76×1016 s, 3.155
- 1 Gas = 81×1016 s (epok 3.155J2000.0).
- 1 Gas = ×109 thn 1
Byr dahulunya digunakan dalam bahasa Inggeris bagi geologi dan astronomi sebagai unit satu bilion tahun. Selepas itu, istilah gigaannum (Ga) telah meningkat dalam penggunaan, dengan Gy atau Gyr masih kadangkala digunakan dalam karya bahasa Inggeris (dengan risiko kekeliruan dengan Gy sebagai singkatan untuk gray, unit dedahan sinaran). Ahli astronomi menggunakan Gth, Gyr atau Gy (atau Ga, iaitu a bermaksud annum, Latin untuk "tahun") sebagai simbol untuk gigayear atau gigatahun. [2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Yarus, Michael (2010). Life from an RNA World: The Ancestor Within. Boston, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 38. ISBN 978-0-674-05075-4.
- ^ Selsis, Franck; Kasting, James F.; Levrard, Benjamin; Paillet, Jimmy; Ribas, Ignasi; Delfosse, Xavier (2007). "Habitable planets around the star Gl 581?". Astronomy and Astrophysics. 476 (3): 1373–1387. arXiv:0710.5294. Bibcode:2007A&A...476.1373S. doi:10.1051/0004-6361:20078091.