Gajah Mada
Gajah Mada (Jawi: ݢاجه ماد , Hanacaraka: ꦒꦗꦃꦩꦢ, diterjemah sebagai Jeneral Gajah) (meninggal sekitar tahun 1364) menurut manuksrip lama, sajak dan kumpulan mitos Jawa. Beliau seorang panglima tentera dan perdana menteri (mahapatih) Empayar Majapahit yang terkenal. Beliau terkenal sebagai tokoh yang membawa empayar ini sehingga ke puncaknya. Dalam Sumpah Palapa, beliau bersumpah tidak akan memakan apa-apa makanan yang mengandungi rempah sehingga beliau telah menakluki keseluruhan Nusantara[1]. Dalam pandangan Indonesia moden, beliau dikenali sebagai seorang perwira penting negara[2] dan simbol kebangsaan.
Kemaraan Mahapatih
[sunting | sunting sumber]Tidak banyak yang diketahui tentang awal kehidupan Gajah Mada. Sesetengah orang[nyatakan menurut siapa?] menyebutkan pekerjaannya sebagai komander Bhayangkara, pengawal elit untuk raja-raja Majapahit dan keluarga mereka. Apabila Rakrian Kuti, salah seorang pegawai di Majapahit, memberontak terhadap raja Majapahit Jayanegara (memerintah 1309–1328) pada 1321, Gajah Mada dan mahapatih pada masa itu Arya Tadah membantu raja dan keluarganya melarikan diri dari ibu negara Majapahit Trowulan. Kemudian, Gajah Mada membantu raja tersebut untuk pulang ke ibu negara dan menghancurkan pemberontakan itu. Tujuh tahun kemudian, Jayanegara telah diracun mati oleh Rakrian Tanca, salah seorang pembantu Rakrian Kuti.
Dalam satu versi lain, menurut Kakawin Nagarakretagama (sebuah puisi epik bahasa Jawa abad ke-14), dan disokong oleh inskripsi akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14, Jayanagara dibunuh oleh Gajah Mada pada 1328. Dikatakan[nyatakan menurut siapa?] Jayanagara melindung lampau dua adik tiri perempuannya, puteri permaisuri termuda Kertarajasa, Dyah Dewi Gayatri. Rungutan oleh kedua-dua puteri muda ini menyebabkan adanya campur tangan oleh Gajah Mada. Penyelesaian mendadaknya adalah untuk mengatur seorang pakar bedah agar membunuh raja sambil berpura-pura melakukan pembedahan.
Jayanegara segera digantikan oleh saudara perempuannya Tribhuwana Wijayatunggadewi (memerintah 1328–1350). Di bawah pemerintahannyalah Gajah Mada dilantik sebagai mahapatih pada 1329, selepas persaraan Arya Tadah.
Selaku Mahapatih (Menteri Besar) di bawah Ratu Thribuwana Tunggadewi, Gajah Mada telah menghapuskan pemberontakan di Sadeng dan Keta pada 1331. Semasa pemerintahan Gajah Mada sebagai Mahapatih juga, seorang pengembara Muslim yang terkenal iaitu Ibn Battuta telah melawat Kepulauan Indonesia sekitar tahun 1345.
Legasi
[sunting | sunting sumber]Legasi Gajah Mada amat terserlah di Indonesia. Pada peringkat awal republik, para pemimpin seperti Sukarno menyatakan sumpah Gajah Mada sebagai inspirasi dan "bukti" bahawa negara boleh bersatu di sebalik sempadan yang luas dan kepelbagaian budaya. Oleh demikian, Gajah Mada merupakan sumber inspirasi yang hebat ketika Revolusi Indonesia untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah Belanda.
Sebuah universiti negeri, Universiti Gadjah Mada, di (bandar) Yogyakarta telah dinamakan bersempena Gajah Mada. Satelit telekomunikasi pertama Indonesia dipanggil Satelit Palapa mencerminkan fungsinya dalam menyatukan negara. Terdapat banyak bandar di Indonesia kecuali Jawa Barat yang mempunyai jalan yang telah dinamakan bersempena Gajah Mada. Terdapat juga jenama bulu tangkis badminton yang telah dinamakan bersempena nama beliau.[perlu rujukan]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Gaja.mada
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-20. Dicapai pada 2009-06-11.
- ^ http://www.eastjava.com/books/majapahit/html/gajah.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Rencana mengenai Gajah Mada