Pergi ke kandungan

Gaara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gaara

Gaara merupakan salah seorang dari watak siri animasi, manga dan permainan terkenal Naruto.

Ia juga dikenali sebagai "Gaara dari Perkampungan Pasir", dan sering mendapat kedudukan dalam tangga ke-10 dalam pola undian watak-watak terkenal majalah Shonen Jump di Jepun.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Gaara merupakan anak bongsu Kazekage Keempat. Maka, Gaara ialah adik kepada Temari dan Kankuro. Oleh sebab keadaan Kampung Pasir yang lemah, Kazekage Keempat mengarahkan Chiyo mengunakan sejenis jurus untuk mengurung 'Ichibi' (Satu Ekor), Shukaku dalam Gaara agar anaknya menjadi senjata terkuat Sunagakure. Sebagai akibatnya, ibu Gaara, Karura, mati semasa melahirkan Garaa. Sebelum dia mati, Karura menyumpah Sunagakure dan berharap agar Gaara akan membalas dendam atas kematiannya. Gaara dilatih oleh ayahnya tetapi dijaga oleh pakciknya, Yashamaru. Selama enam tahun, Gaara berasa hanya Yashamaru menyayanginya kerana dia digeruni oleh ahli keluarganya dan penduduk kampung. Apabila Gaara berumur enam tahun, ayah Gaara menyuruh Yashamaru untuk membunuhnya. Kazekage berpendapat bahawa Gaara adalah satu eksperimen yang telah gagal dan bakal menjadi ancaman kepada penduduk kampung lain. Gaara telah mencederakan pembunuh itu dengan parah sebelum menyedari identiti sebenarnya - Yashamaru. Sebelum Yashamaru mati, dia mendedahkan bahawa dia tidak pernah menyayangi Garaa kerana Garaa telah mengakibatkan kematian kakaknya, Karura. Yashamaru juga mendedahkan sumber nama Garaa: 我を愛する修羅, (Ware o ai suru shura, "raksasa yang hanya menyayangi dirinya"). Selama enam tahun yang seterusnya, Gaara menjadi mangsa cubaan pembunuhan yang diperintah oleh ayahnya.

Gaara dan Shukaku

[sunting | sunting sumber]
Fail:Shukaku001.jpg
Shukaku

Sebagai perumah Shukaku, Gaara mempunyai kebolehan untuk memanipulasi pasir. Gaara mengendong sebuah labu sayong di belakangnya yang dipenuhi dengan pasir khas; pasir ini telah bersebati dengan chakranya dan darah mangsa yang mati di tangan Gaara. Gaara dapat mengawal apa-apa jenis pasir dan juga memecahkan galian dan mineral dalam tanah dengan pasir. Pun begitu, pasir peribadinya yang disimpan dalam labu sayongnya lebih mudah untuk dikendalikan kerana telah lama bersebati dengan chakranya. Jika Gaara menggunakan pasir lain, dia terpaksa menggunakan lebih banyak chakra untuk menganimasikannya mengikut kehendak sendiri. Dengan pasir peribadinya, Gaara akan sentiasa mempunyai bekalan pasir sekaligus berupaya menyerang dengan kelajuan dan kuasa yang lebih tinggi.

Fail:Perisai 001.jpg
Gaara menghadang serangan lawan dengan 'Perisai Pasir'

Dalam pertarungan, Gaara jarang bergerak dan menggunakan taijutsu, sebaliknya menggunakan pasir untuk menghadang dan menyerang secara serentak. Semasa berlawan, Gaara sering menggunakan gabungan jurus 'Sabaku Kyū, 砂縛柩' (Keranda Gurun) diikuti oleh 'Sabaku Sōsō, 砂漠送葬' (Kematian Gurun) untuk memerangkap dan seterusnya membunuh pihak lawan. Gaara boleh memperluas skala serangannya dengan menggunakan jurus 'Ryūsa Bakuryū, 流砂瀑流' (Pasir Jerlus Gaya Air Terjun) dan diikuti oleh 'Sabaku Taisō, 砂漠大葬' (Kematian Gurun Diraja). Serangan ini dikatakan boleh menewaskan seangkatan tentera. Gaara juga boleh memanipulasikan pasir bagi tujuan terapung di udara dan mengintip.

Pertahanan utama Gaara ialah 'Suna no Tate, 砂の盾' (Perisai Pasir) yang memberikan perlindungan daripada sebarang serangan dan ancaman. Namun, perisai ini masih boleh ditangani dengan ketangkasan dan kuasa yang tinggi. Jika 'Perisai Pasir' gagal melindunginya, Gaara akan menggunakan jurus 'Suna no Yoroi, 砂の鎧' (Pelindung Pasir). Pasir yang dimampatkan akan menyelubungi tubuh Gaara. Jurus ini menggunakan kuantiti chakra yang besar dan memudaratkan staminanya. Jika Gaara tidak mahu menggunakan jurus tersebut, Gaara boleh membina satu sfera pasir yang lutsenjata untuk memberikannya perlindungan terhebat. Walaupun jurus ini tidak menggunakan chakra yang banyak, Gaara akan terkurung dalam sfera tersebut. Sebagai tambahan, sfera ini boleh membentuk lembing-lembing tajam untuk menikam sesiapa yang cuba mendekati.

Dalam situasi yang terdesak, Gaara boleh mengambil bentuk Shukaku dan menjadikan dirinya beberapa kali ganda lebih kuat daripada diri asalnya. Gaara akan menambahkan beberapa lapisan pasir pada badannya sehinggalah mencapai bentuk Shukaku. Proses ini mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, Gaara akan berlindung di dalam sfera pasir buat sementara waktu agar tidak diganggu. Dalam transformasi ini, Shukaku mendominasi jiwa Gaara dan menjadikan Gaara lebih kejam daripada biasa. Sehabisnya proses tersebut, gaya lawan Gaara akan bertukar daripada serangan jarak jauh kepada pertarungan secara fizikal. Gaara masih boleh berlawan jarak jauh dengan melontar senjata yang diperbuat daripada pasir seperti shuriken. Gaara juga boleh melakukan beberapa jurus berelemen angin.

Gaara boleh menjadi Shukaku bersaiz sebenar jika Shukaku bersaiz manusianya gagal menewaskan pihak lawan. Dia akan berada di dalam tubuh Shukaku (bersaiz gergasi) agar terselamat daripada sebarang serangan fizikal tetapi tidak lagi boleh bergerak. Dalam bentuk ini, Gaara boleh membebaskan semangat Shukaku melalui jurus 'Tanuki Neiri no Jutsu, 狸寝入りの術' (Jurus Pemaksaan Tidur). Dengan ini, Shukaku yang sebenar dibangunkan. Diri Gaara yang sebenar pula akan berada di atas permukaan tubuh Shukaku, separuh terbenam. Untuk memendamkan semangat Shukaku, Gaara perlu dikejutkan daripada tidur. Templat:Endspoiler

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.