Pergi ke kandungan

Frigat kelas Mogami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Mogami
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Jepun Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
Didahului oleh: kelas Abukuma
Kos: ¥50.0 bilion[1]
Dibina: 2019–kini
Ditauliahkan: 2022–2027 (rancangan)
Dibina: 4
Dirancang: 12 (dirancang)
Disiapkan: 6
Dibatalkan: 10
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran:
  • 3,900 tan standard
  • 5,500 tan muatan penuh
Panjang: 133 m (436 ka 4 in)
Lunas: 16.3 m (53 ka 6 in)
Jana kuasa:
Halaju: Lebih 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Bot & lancang
yang dibawa:
2 x RHIB, UUV, USV
Krew: 90
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • OPY-2 (radar AESA band-X pelbagai guna)
  • OAX-3(EO/IR)
  • OQQ-25 (VDS TASS) - ASW
  • OQQ-11 (sonar pencari periuk api)
  • OYQ-1 (sistem pengurusan tempur)
  • OYX-1-29 (sistem paparan konsol)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
NOLQ-3E (sistem radar pasif keupayaan serangan elektronik disepadukan ke dalam antena radar utama), dispenser chaff
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × helikopter SH-60L
Kemudahan penerbangan: 1 x hangar

Frigat kelas-Mogami (juga dikenali sebagai 30FFM, 30FF, 30DX, atau 30DEX) adalah sebuah kelas frigat halimuman misi pelbagai yang dibangunakn untuk Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF).

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, belanjawan pertahanan Jepun menyediakan dana untuk mengkaji pembinaan sebuah "pembinasa baharu berbadan kompak dengan tambahan keupayaan fungsi berbilang" selain sebuah sistem radar baharu untuk pembinasa ini.[2] Pada tahun yang sama, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) mendedahkan sebuah konsep model frigat pertama (30FF) yang mana dibangunkan dengan menggunakan dana mereka sendiri.[1][3]

Pada Ogos 2017, Agensi Logistik, Teknologi dan Perolehan (ATLA) telah memilih MHI dan Mitsui Engineering and Shipbuilding sebagai kontraktor dan sub-kontraktor utama untuk membina frigat ini. Selain itu, pihak agensi juga memilih sebuah lagi rekabentuk baharu yang berbeza sepenuhnya (30DX). Kapal baharu ini akan mengantikan pembinasa kelas-Asagiri dan pengiring pembinasa kelas-Abukuma.[1]

Pembinaan 30DX telah bermula pada 2018. Sejumlah 22 buah kapal akan dibina berdasarkan rekabentuk ini sehingga tahun 2032, di mana lapan buah kumpulan pertama tertakluk di bawah kontrak pada 2018; bermakna dua buah kapal akan dibina pada setiap tahun.[4]

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk 30DX bertujuan untuk mencapai sebuah kapal moden bersaiz frigat dengan keupayaan menyamai dengan pembinasa kelas-Akizuki tetapi dengan jumlah anak kapal yang lebih kecil dan mempunyai separuh jumlah sel VLS.[5]

Tujuan adalah untuk menggunakan model 30FF yang mana rekabentuknya menyerupai kapal tempur pesisir kelas-Freedom milik Tentera Laut Amerika Syarikat dengan sebuah tiang disepadukan. Persenjataannya termasuk sebuah meriam Mark 45 kaliber 5"/54, dua buah stesen senjata kawalan jauh yang terletak di antara bridge dan meriam utama, sebuah SeaRAM di atas hangar helikopter dan sebuah helikopter. Panjang kapal versi ini adalah 120 meter (393 ka 8 in), dengan lunas sepanjang 18 meter (59 ka 1 in), dan sesaran sekitar 3,000 metric ton (3,000 long ton). Rekabentuk 30FF dirancang akan mempunyai halaju maksimum kira-kira 40 knot (74 km/j; 46 mph) dan boleh memuatkan 100 orang anak kapal.[1][6]

Bagaimanapun, model 30DX akhirnya dipilih untuk dibina. Rekabentuk 30DX (meskipun moden) adalah lebih konservatif berbanding dengan pendekatan radikal pada 30FF. Tiga faktor utama yang menyebabkan perubahan rekabentuk adalah kemampuan, , pengecilan/automasi, dan keupayaan misi pelbagai.[1] Kapal ini mempunyai panjang keseluruhan 130 meter (426 ka 6 in), lebar 16 meter (52 ka 6 in), sesaran standard 3,900 metric ton (3,800 long ton) dan sesaran dengan muatan penuh sekitar 5,500 metric ton (5,400 long ton), dan halaju maksimum melebihi 30 knot (56 km/j; 35 mph).[7] Frigat ini akan dijanakuasa oleh sebuah turbin gas Rolls-Royce MT30.[8]

Persenjataan untuk 30DX termasuk sebuah meriam Mk 45, dua buah stesen senjata kawalan jauh di atas anjungan, 16-sel Sistem Pelancaran Menegak Mk 41 (VLS) di haluan, 8 buah peluru berpandu anti kapal, sebuah SeaRAM, sebuah helikopter SH-60L, torpedo dan pelancar pengumpan. Antara keupayaan lain adalah kemampuan untuk melancarkan dan memperolehi semula kenderaan bawah air tanpa pemandu (UUV), kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV),[9] dan periuk api laut daripada tanjakan belakang yang terletak di bawah dek helikopter.[5] 30DX juga dijangka akan menggunakan peluru berpandu anti udara jarak jauh Type 03 Chū-SAM yang kini digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun.[10]

Rekabentuk halimuman yang terdapat pada kedua-dua model adalah berdasarkan pembangunan penyelidikan dan pengajaran daripada teknologi halimunan pada pesawat Mitsubishi X-2 Shinshin (sebelumnya: ATD-X), oleh kerana kedua-dua platform telah direka oleh Mitsubishi Heavy Industries.[7][11] Selain keupayaan halimunan, frigat ini juga menitik beratkan pada tahap automasi yang tinggi. Ini akan membolehkan frigat ini memiliki saiz anak kapal yang kecil (90 orang) berbanding dengan kapal-kapal lain dengan saiz yang sama.[12]

Konsep frigat 30DX dalam bentuk 3D

Semasa di Sea Air Space 2019, Mitsubishi Heavy Industries mendedahkan cadangan 'Advanced Integrated CIC' mereka untuk frigat ini. Berdasarkan pada laporan, ia akan menggabungkan "wheelhouse", pengurusan bilik kesedaran situasi, bilik enjin dan kawalan janakuasa pusat maklumat tempur dalam sebuah dinding skrin membulat 360-darjah. Ia akan memaparkan pandangan panorama di sekeliling kapal tanpa titik buta di skrin, dan juga akan menggunakan teknologi augmented reality untuk membezakan objek-objek yang ditunjukan dan mengemudi kapal.[12]

Kapal-kapal dalam kelas

[sunting | sunting sumber]

Niyodo (FFM-7) dan kapal-kapal seterusnya akan dilengkapi dengan Sistem Pelancaran Menegak (VLS). Kapa-kapal bermula dari FFM-1 hingga FFM-6 telah ditauliahkan tanpa VLS, akan tetapi dipasang dengan VLS selepasnya.[13]

No. badan Nama Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pembina
FFM-1 JS Mogami 29 Okt 2019 3 Mac 2021 [14] 28 Apr 2022 [15][16] MHI (Nagasaki)
FFM-2 JS Kumano 30 Okt 2019 19 Nov 2020 22 Mac 2022 [17] Mitsui E&S (Tamano)[note 1]
FFM-3 JS Noshiro 15 Jul 2020 22 Jun 2021 [19] 15 Dis 2022 [20] MHI (Nagasaki)
FFM-4 JS Mikuma 15 Jul 2020 10 Dis 2021 7 Mar 2023 [21][22] MHI (Nagasaki)
FFM-5 JS Yahagi [ja] 24 Jun 2021[23] 23 Jun 2022 [24] 21 Mei 2024 [25] MHI (Nagasaki)
FFM-6 JS Agano [ja] 21 Dis 2022 [26] 20 Jun 2024[27] MHI (Nagasaki)
FFM-7 JS Niyodo [ja] 30 Jun 2022 [28] 26 Sep 2023 [29][30] Dis 2024 [31] MHI (Nagasaki)
FFM-8 JS Yūbetsu [ja][32] 30 Ogo 2022 [33] 14 Nov 2023 [33][34] Mar 2026 [33] MHI (Tamano)[35]
FFM-9 JS Natori [ja][36] 6 Jul 2023 24 Jun 2024 [37] Dis 2025 MHI (Nagasaki)[37]
FFM-10 TBD Mar 2026
FFM-11 TBD TBA Dis 2026
FFM-12 TBD Mar 2027 2028
  Tarikh jangkaan

Kedua-dua rekabentuk frigat telah dipamerkan di empat buah pameran tentera laut bagi menarik minat para pelanggan eksport berpotensi. Rekabentuk 30FF telah dipertontonkan di PACIFIC 2015 sebagai sebuah pesaing untuk Program Frigat SEA5000 ASW untuk Tentera Laut Diraja Australia dan dipamerkan sekali lagi di Sea Air Space 2017.[6][11] Rekabentuk 30DX juga dipamerkan di Sea Air Space 2018 (juga pada tahun 2019) dan Euronaval 2018.[5][38]

Jepun merancang untuk mengeksport empat buah frigat ke Indonesia, dan empat buah lagi akan dibina di Indonesia dalam satu kontrak bernilai ¥300 bilion.[39] Pada Mac 2021, Jepun dan Indonesia telah menandatangani sebuah perjanjian kerjasama ketenteraan, yang mana memperbaiki jadual penghantaran.[40]

  1. ^ a b c d e "Japan's ATLA Selected MHI & Mitsui to build 30DX Surface Combatant for JMSDF". Navy Recognition. 16 August 2017. Dicapai pada 26 October 2018.
  2. ^ "Defense Programs and Budget of Japan Overview of FY2015 Budget" (PDF). Japan Ministry of Defense. January 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 26 October 2018.
  3. ^ "Mitsubishi Heavy Industries Unveiled 30FF or DEX Next Generation Vessel Concept for the JMSDF". Navy Recognition. 12 June 2015. Dicapai pada 26 October 2018.
  4. ^ "Acquisition Program Analysis and Evaluation Report (New frigate)" (PDF). Ministry of Defense (Japan). 31 August 2018. m/s. 27–28.
  5. ^ a b c "SAS 2018: Japan's MHI Showcasing 30DX Multi-Mission Frigate Design". Navy Recognition. 12 April 2018. Dicapai pada 26 October 2018.
  6. ^ a b DefenseWebTV (5 April 2017). "Sea-Air-Space 2017 Day 3 / Part 1 - International Presence & US Naval Technology". YouTube. Dicapai pada 26 October 2018.
  7. ^ a b DefenseWebTV (12 April 2018). "Sea-Air-Space 2018 Day 3 - JMSDF 30DX - Zodiac H-1300 - MARTAC Mantas - HII LX(R) - Airbus VSR700". YouTube. Dicapai pada 26 October 2018.
  8. ^ "Rolls-Royce MT30 Gas Turbine to Power Japan's New 30FFM Frigate". Navy Recognition. 29 May 2018. Dicapai pada 26 October 2018.
  9. ^ Inaba, Yoshihiro (August 31, 2021). "New USV for Japan's Mogami-class FFM Frigate Breaks Cover". www.navalnews.com.
  10. ^ Takahashi, Kosuke (2 November 2018). "MHI to build two new multirole frigates for JMSDF". Jane's 360. Dicapai pada 11 February 2019.
  11. ^ a b "PACIFIC 2015: Pictures of the Contenders for the Australian Navy SEA5000 ASW Frigate Program". Navy Recognition. 10 October 2015. Dicapai pada 26 October 2018.
  12. ^ a b "JMSDF Future Frigate To Feature Futuristic 360° Augmented Reality Wall". Naval News. 28 May 2019.
  13. ^ 防衛省所管の令和3年度補正予算の概要 (dalam bahasa Jepun). Ships of the world. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2022.
  14. ^ Takahashi, Kosuke (3 March 2021). "Japan's MHI launches second 3,900 tonne-class multirole frigate for JMSDF". Janes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-08.
  15. ^ 護衛艦「もがみ」の引渡式・自衛艦旗授与式について 2022年4月21日 海上幕僚監部
  16. ^ "海上自衛隊の最新鋭護衛艦「もがみ」三菱重工長崎で就役 配備は横須賀". 乗りものニュース. 2022-04-28. Dicapai pada 2022-04-28.
  17. ^ 護衛艦「くまの」の引渡式・自衛艦旗授与式について2022年3月18日 海上幕僚監部
  18. ^ 三菱重工業 (2021-09-28). "艦艇・官公庁船の新事業会社「三菱重工マリタイムシステムズ」が10月1日から営業開始". 三菱重工業. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-24. Dicapai pada 2022-06-24.
  19. ^ "launch ceremony held for FY Reiwa 1 planned multirole frigate" (PDF). www.mod.go.jp.
  20. ^ "護衛艦「のしろ」の引渡式・自衛艦旗授与式について" (PDF). www.mod.go.jp.
  21. ^ "護衛艦「みくま」の引渡式・自衛艦旗授与式について,2023年3月3日,海上幕僚監部" (PDF). Dicapai pada 2023-03-04.
  22. ^ "最新護衛艦「みくま」就役 配備先は長崎・佐世保 海上自衛隊期待のルーキー". 乗りものニュース. 2023-03-07. Dicapai pada 2023-03-07.
  23. ^ "令和2年度計画護衛艦の起工式を開催" (PDF). 九州防衛局. 2021-06-24. Dicapai pada 2021-11-05.
  24. ^ Vavasseur, Xavier (23 June 2022). "Japan's MHI Launches 'Yahagi' 「やはぎ」Fifth FFM Mogami-Class Frigate For JMSDF". Naval News. Dicapai pada 16 August 2022.
  25. ^ "護衛艦「やはぎ」の引渡式・自衛艦旗授与式について,2024年5月29日,海上幕僚監部". Dicapai pada 2024-05-29.
  26. ^ "令和2年度計画護衛艦の命名式・進水式について" (PDF) (Siaran akhbar). 海上幕僚監部. 2022-12-16. Dicapai pada 2022-12-16.
  27. ^ "Japan commissions sixth Mogami-class frigate" (dalam bahasa Inggeris). Jane's. 2024-06-21. Dicapai pada 2024-06-21.
  28. ^ "令和3年度計画護衛艦の起工式を開催" (PDF). 九州防衛局. 2022-08-01. Dicapai pada 2022-08-02.
  29. ^ "令和3年度計画護衛艦の命名式・進水式について" (PDF) (Siaran akhbar). 海上幕僚監部. 2023-09-19. Dicapai pada 2023-09-26.
  30. ^ "もがみ型護衛艦FFM-7、「によど」と命名 三菱重工 長崎造船所で進水式". 26 September 2023. Dicapai pada 2023-09-26.
  31. ^ "早くも7隻目! 海自の次世代護衛艦「によど」進水 FFMもがみ型 就役はいつ?". Yahoo Japan. 2023-09-26. Dicapai pada 2023-09-26.
  32. ^ "もがみ型護衛艦FFM-8、「ゆうべつ」と命名 三菱重工マリタイムシステムズ 玉野本社工場で命名・進水式". 14 November 2023. Dicapai pada 2023-11-14.
  33. ^ a b c "令和3年度計画護衛艦の起工式を開催" (PDF). 中国四国防衛局. 2022-12-23. Dicapai pada 2022-12-23.
  34. ^ "北海道民は歓喜!? 新型護衛艦「ゆうべつ」進水 4文字名はもがみ型で初". 14 November 2023. Dicapai pada 2023-11-14.
  35. ^ Vavasseur, Xavier (2023-11-14). "Japan's MHI Launches 'Yubetsu' 「ゆうべつ」Eigth FFM Mogami-Class Frigate For JMSDF". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-26.
  36. ^ "令和4年度防衛関係予算のポイント" (PDF).
  37. ^ a b "Lancement de la 9ème frégate japonaise du type Mogami | Mer et Marine". www.meretmarine.com (dalam bahasa Perancis). 2024-06-26. Dicapai pada 2024-06-26.
  38. ^ "Euronaval 2018: Mitsubishi from Japan new concept of Future Multi-Mission Frigate". Navy Recognition. 26 October 2018. Dicapai pada 11 February 2019.
  39. ^ "Japan plans to export MSDF destroyer to Indonesia". The Japan Times. 5 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 3 March 2021.
  40. ^ "Japan could deliver eight Mogami-class stealth frigates to Indonesia".


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan