Filem cetera
Filem cetera, (bahasa Inggeris: feature film) ialah filem dengan jangka masa tayangan penuh untuk ditayangkan sebagai filem utama atau satu-satunya filem pada acara tayangan. Kriteria panjang minimum untuk filem cetera berbeza mengikut era dan institusi yang menetapkannya.
Mengikut Academy of Motion Picture Arts and Sciences (Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar), American Film Institute (Institusi Filem Amerika Syarikat), dan British Film Institute (Institusi Filem Britain), filem cetera ditayang selama 40 minit atau lebih lama, sementara Screen Actors Guild menyokong jangka masa 80 minit atau lebih.
Kebanyakan filem ditayang antara 90 dan 210 minit. The Story of the Kelly Gang ialah filem cetera pertama berdasarkan jangka masa tayangan, dan dikeluarkan di Australia pada 1906. Filem cetera adaptasi pertama ialah Les Misérables yang dikeluarkan pada 1909.