Farsakh
Farsakh (Jawi: فرسخ , bahasa-bahasa Parsi dan Arab: فَرسَخ ) atau persangga (disebut [pĕr.sang.ga], Jawi: ڤرسڠݢ dari Parsi: فرسنگ farasang) ialah unit jarak berjalan kaki yang mula diwujudkan di Iran dengan kadar yang berbeza-beza mengikut rupa bumi dan kelajuan perjalanan.
Satuan ini dihitung sama ada bersamaan kira-kira 3 hingga 3½ batu (4.8 hingga 5.6 kilometer), 3¾ batu, bahkan sampai sejauh 4 batu 17 ela (8 kilometer).[1][2] Jarak farsakh bersamaan 3 batu sering digunakan sebagai padanan kepada ukuran Romawi leuga (bahasa Inggeris: league ) yang digunakan masyarakat Barat.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pemahaman Yunani
[sunting | sunting sumber]Sebutan mengenai ukuran paling awal yang masih kekal ada berasal dari penulisan Herodotus bertarikh pertengahan abad ke-5 SM ( Historia ii.6, v.53, vi.42) yang mentakrifkan dengan satuan Yunani sendiri bersamaan dengan 30 stadion atau setengah skhoinos;[4][5] ukuran ini turut diiyakan beberapa penulis Yunani dan Romawi kemudiannya ( Suidas dan Hesychius abad ke-10, abad ke-5/4 SM Xenophon Anab. ii.2.6).[4] Agathias abad ke-6 Masihi (ii.21) bagaimanapun — sambil merujuk kepada Herodotus dan Xenophon — mencatatkan bahawa pada zamannya orang Parsi menganggap parasang bersamaan 21 stadion.[4]
Masuknya ke alam Melayu
[sunting | sunting sumber]Farsakh atau persangga yang diperkenalkan ke alam Melayu pada awalnya diberikan maksud jarak tepatnya "satu jam perjalanan berkuda".[6]
8 farsakh ditentukan bersamaan dengan 1 marhalah atau 44.790 km.[7]
Kajian mendalam
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1920, Kenneth Mason dari Royal Geographical Society menyimpulkan bahawa parasang yang digunakan dalam catatan perjalanan Xenophon menuju Babylon hanya sama dengan 2.4 batu (3.9 km).[8] Pencarian bandar purba Hekatompylos tamadun Parthia (kini Qumis di Iran) pada pertengahan 1960-an berdasarkan jarak diberikan dalam catatan penjelajahan Alexander Agung pada pertengahan abad ke-4 SM kronologi menghasilkan anggaran empirikal bersamaan sepuluh stadion kurang dari satu batu Inggeris (1.609 km), dan tiga batu ke parasang (4.827 km).[9]
Suatu kajian tahun 2010 menentukan jarak persangga dalam tulisan Xenophon mengenai perang Kurusy yang Muda melawan Artaxerxes II menunjukkan bahawa panj ang parasang dicatat berbeza-beza mengikut cuaca dan rupa bumi yang dilalui tentera di mana persangga dicatat di kawasan bertanah rata dan kering lebih panjang dari yang dicatat semasa tempoh perjalanan lebih perlahan.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "persangga". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 258 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Lihat:
- "farsakh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
Ar, sl ukuran panjang yg sama dgn 3 batu atau 4.8 kilometer
- "farsakh". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
n kl ukuran jarak, sepanjang lebih kurang 8 km
- "farsakh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "league". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2012. ISBN 978-967-10595-3-1.
- ^ a b c Smith 1870.
- ^ Bivar 1985.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "farsakh". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 311 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Muhammad Fathi Noordin (29 Mac 2019). "Al Kafi # 1181: Maksud Dua Marhalah Di Dalam Jamak Dan Kasar". Al Kafi li al-Fatawi. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 21 November 2012.
- ^ Mason 1920.
- ^ Hansmann 1968.
- ^ Rood 2010.
- Sumber utama
- Bivar, A. D. H. (1985), "Achaemenid Coins, Weights and Measures", dalam Gershevich, Ilya (penyunting), The Cambridge history of Iran: The Median and Achamenian Periods, vol. 2, Cambridge University Press, m/s. 610–639, ISBN 0-521-20091-1.
- Hansman, John (1968), "The Problems of Qūmis", Journal of the Royal Asiatic Society, 100 (2): 111–139, doi:10.1017/S0035869X00126590.
- Mason, Kenneth (1920), "Notes on the Canal System and Ancient Sites of Babylonia in the Time of Xenophon", The Geographical Journal, 56 (6): 468–481, doi:10.2307/1780469, JSTOR 1780469.
- Rood, Tim (2010), "Xenophon's Parasangs", Journal of Hellenic Studies, 130: 51–66, doi:10.1017/S0075426910000042, S2CID 162819236.
- Smith, William, penyunting (1870), "Parasanga", Dictionary of Greek and Roman antiquities, Little, Brown, m/s. 866–867.