Eruktasi
Penampilan
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Eruktasi atau juga dikenali umumnya sebagai sendawa[1]:maksud II adalah pembebasan gas dari saluran pencernaan (termasuk esofagus dan perut) haiwan melalui mulut. Pelepasan ini biasanya menghasilkan bunyi yang dapat didengari.
Punca
[sunting | sunting sumber]Keadaan ini boleh datang dari beberapa punca:
- Penelanan udara ketika makan atau minum; gas yang dikeluarkan sering terdiri dari campuran nitrogen dan oksigen.[2]
- Pengambilan minuman yang mengandungi karbon dioksida seperti bir dan minuman ringan; gas yang dikeluarkan adalah sisa karbon dioksida yang berlebihan.
- Kesan sampingan pengambilan ubat merawat kencing manis seperti metformina[3] dan eksenatida[4] terutama pada dos yang lebih tinggi; kesan ini sering hilang dalam beberapa minggu.
- Punca lain termasuk: alahan makanan, penyakit pundi hempedu, refluks esofagus, H. pylori, penyakit refluks asid[5] dan gastritis.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "sendawa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ Cormier, René E. (1990), Walker, H. Kenneth; Hall, W. Dallas; Hurst, J. Willis (penyunting), "Abdominal Gas", Clinical Methods: The History, Physical, and Laboratory Examinations (ed. 3rd), Butterworths, ISBN 040990077X, PMID 21250257
- ^ "DailyMed: About DailyMed". Dicapai pada 4 October 2014.
- ^ "DailyMed: About DailyMed". Dicapai pada 4 October 2014.
- ^ "Belching: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-30.
- ^ Hopman, Wim P; van Kouwen, Mariëtte C; Smout, André J (14 April 2010). "Does (supra)gastric belching trigger recurrent hiccups?". World Journal of Gastroenterology. 16 (14): 1795–1799. doi:10.3748/wjg.v16.i14.1795. PMC 2852831. PMID 20380015.