Erimo, Hokkaidō
Erimo
えりも町 | |
---|---|
Town | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Hokkaidō |
Wilayah | Hokkaidō (Hidaka) |
Daerah | Horoizumi |
Keluasan | |
• Jumlah | 283.93 km2 (109.63 batu persegi) |
Penduduk (May 2008) | |
• Jumlah | 5,693 |
• Kepadatan | 20.5/km2 (53/batu persegi) |
Zon waktu | UTC 9 (Waktu Piawai Jepun) |
Nombor telefon | 01466-2-2111 |
Alamat | 206 Jihon-chō, Erimo-chō, Horoizumi-gun, Hokkaidō 058-0292 |
Laman sesawang | Town of Erimo |
Erimo (えりも町 , Erimo-chō) ialah sebuah bandar yang terletak di Daerah Horoizumi, Hidaka, Hokkaidō, Jepun.
Erimo terkenal dengan anginnya yang cukup kencang untuk menjana kuasa dua buah kincir angin di situ, dan Tanjung Erimo (Erimo-misaki) yang indah. Industri utama di Erimo adalah perikanan (terutamanya salmon dan cumi-cumi), tetapi ia paling terkenal dengan kegiatan menuai rumpai laut pada musim panas untuk dijual sebagai konbu Hidaka di seluruh Jepun, hinggakan terdapat sebuah muzium khas yang diajukan kepada industri perikanan dan penuaian rumpai laut di tengah Erimo.
Erimo terletak di hilir Pergunungan Hidaka yang menuju ke lautan. Oleh itu, jalan ke arah Hiroo di utara perlu diukir daripada kayu. Jalan itu dikenali sebagai Jalan Emas (黄金道路 , Ōgon-dōro) kerana pembinaanya menelan belanja yang besar.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Tapak web rasmi