Enggang Narkondam
Enggang Narkondam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Rhyticeros |
Spesies: | R. narcondami
|
Nama binomial | |
Rhyticeros narcondami Hume, 1873
| |
Lokasi Pulau Narkondam | |
Sinonim | |
Aceros narcondami |
Enggang Narkondam (Rhyticeros Narkondami) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia endemik di Pulau Narkondam di Kepulauan Andaman, India. Jantan dan betina mempunyai buluan yang berbeza. Ia mempunyai julat kediaman terkecil dalam kalangan semua spesies enggang Asia.
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Ia bersaiz kecil dengan panjnag 66 cm (26 in).[3] Jantinanya berbeza dalam buluan. Jantan mempunyai kepala dan leher karat, badan dan bahagian atas hitam berkilat hijau. Betina sepenuhnya hitam. Terdapat tompok tekak putih kebiruan dan ekor putih pada kedua-dua jantina. Kedua-dua jantina berparuh dengan beberapa ringgit di bahagian atas ke arah pangkal rahang atas. Kulit di sekeliling matanya kebiruan. Iris jantan ialah merah-jingga manakala betina ialah perang zaitun dengan lingkaran kuning pucat. Paruhnya berlilin dan alur-alur culanya perang. Paruhnya jambu ke arah pangkal. Kakinya hitam dan tapaknya kuning.[3][4]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Ia telah diperihalkan oleh Allan Octavian Hume pada tahun 1873.[5] Ia disusunkan dalam genus Rhyticeros yang hanya terdapat di Asia. Bukti molekul menunjukkan bahawa enggang berasal dari Afrika.[6] Spesies yang berkait rapat termasuklah spesies seperti enggang gunung (Rhyticeros undulatus) dan enggang belantara (Rhyticeros plicatus).[6][7]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Vokalisasi
[sunting | sunting sumber]Dewasa mempunyai seruan ka-ka-ka dalam penerbangan dan seruan ko... kokoko.. ko.. kok.. kok.. di sarangnya. Anak muda dalam sarang menghasilkan seruan cu yang lemah.[8][9]
Diet dan ekologi
[sunting | sunting sumber]Ia utamanya bersifat frugivor. Berdasarkan benih di bahagian tengah di bawah pokok bersarang, spesies pokok makanan berikut telah dikenalpasti:[9] Anamirta cocculus, Capparis sepiaria, C. tenera var. latifolia, Garuga pinnata, Amoora rohituka, Terminalia catappa, dan Ixora brunniscens. Sembilan spesies buah-buahan telah dirakamkan dalam dietnya dalam kajian kemudian:[8] Caryota mitis, Myristica andamanica, Artocarpus chaplasha, Dillenia indica, Sideroxylon longipetiolatum, Syzygium cumini, Ficus scandens, Ficus glomerata, dan Ficus sp. Seperti enggang lain, ia juga memakan invertebrata dan kadang-kadang memakan reptilia kecil.[10] Ia kadang-kadang mengerumuni lang siput yang terbang terlalu dekat.[8][9] Ia memainkan peranan penting dalam penyebaran benih buah ara dan spesies tumbuhan lain.[11][12] Buah ara penting dalam ekologi banyak spesies enggang kepulauan lain dan merupakan faktor utama yang menentukan corak taburan enggang di hutan.[13]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Tempoh pembiakan berlangsung sekurang-kurangnya dari Februari hingga April. Ia bersarang dalam lubang pada batang atau dahan pokok besar yang patah. Betina kekal tersembunyi di dalam rongga sarang selama tempoh bertelur dan pemeliharaan anak. Pada masa tersebut, betina meluruhkan bulu terbangnya dan oleh itu, tidak boleh terbang.[10] Jantan menyediakan makanan untuk betina dan anak.[14] Biasanya dua anak dibesarkan oleh pasangan membiak. Burung membiak berumur lebih dari empat tahun dan membentuk 46-53% daripada populasinya.[10]
Ia pernah dikekalkan dalam kurungan tetapi tidak berjaya dibiakkan. Pada tahun 1972, SA Hussain melawat Pulau Narkondam dan menangkap dua enggang dewasa dan anaknya. Kedua-dua anak tersebut dibawa ke Bombay selepas jantan mati semasa pelayaran dan betina melarikan diri di Madras, tidak pernah ditemui lagi. Anak-anak tersebut membesar dan hidup selama kira-kira 6 tahun tetapi dengan usia, betina menunjukkansifat keganasan yang semakin meningkat terhadap adik jantannya, akhirnya mencederakannya dengan teruk sehingga ia mati.[9]
Habitat dan Taburan
[sunting | sunting sumber]Ia ialah penetap hutan campuran yang agak terbuka yang merentangi sebahagian besar pulau tersebut dari paras laut hingga kira-kira 700 m. Walau bagaimanapun, kebanyakan sarangnya ditemui di bawah 200 m. Untuk bersarang dan bertelur, ia lebih suka hutan matang yang tidak terganggu dan berpokok besar.[10] Pokok bersarang yang digemarinya ialah spesies Sideroxylon dan Sterculia.[9][15]
Keseluruhan populasinya (anggaran kira-kira 200 ekor pada tahun 1905[16] dan 1984) terhad kepada pulau tunggal Narkondam dalam rantaian Pulau Andaman. Pulau tersebut dipenuhi hutan dan bertingkat ke ketinggian kira-kira 2300 kaki dari paras laut. Ia sebahagian besarnya tidak mempunyai kehadiran manusia.[17] Pulau tersebut sering dilanda ribut siklon di Teluk Bengal. Pada tahun 2000, anggaran 434 burung telah dibuat untuk populasinya, dengan kepadatan 54[18] hingga 72 ekor setiap kilometer persegi di pulau tersebut, yang mempunyai keluasan kira-kira 6.8 kilometer persegi.[8] Ketumpatan tapak sarang sebanyak 2.8 pasangan bagi setiap kilometer persegi telah dianggarkan.[19]
Status pemuliharaan
[sunting | sunting sumber]Beberapa kehadiran manusia di pulau tersebut telah diperhatikan baru-baru ini dan sejak 2009, enggang Narkondam telah mempunyai status Pemuliharaan Terjejas.[20]
Pulau Narkondam sebahagian besarnya pada masa lalu tidak berpenghuni. Kambing telah diperkenalkan beberapa kali di pulau tersebut pada masa lalu, dan lawatan pada tahun 1991 mendedahkan bahawa kambing liar telah membiak di sekitar kotakara polis lama. Pada tahun 2011, terdapat usulan oleh Pengawal Pantai India untuk mendirikan stesen radar dan stesen penjanaan kuasa diesel untuknya di pulau tersebut. Perkara tersebut ditentang kerana ancaman peningkatan kegiatan dan gangguan manusia dan ancaman kepada beberapa spesies pulau endemik, termasuklah enggang Narkondam. Rancangan tersebut akhirnya dibatalkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Hutan pada tahun 2012.[14][21] Bagaimanapun, berikutan kegiatan pemantauan orang China di Pulau Koko,Myanmar yang bersebelahan, persetujuan untuk stesen mendengar telah diberikan pada Jun 2014.[22]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2020). "Rhyticeros narcondami". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22682531A182554475. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22682531A182554475.en. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ a b Ali, S & SD Ripley (1983). Handbook of the birds of India and Pakistan. Volume 4 (ed. 2nd). Oxford University Press. m/s. 139.
- ^ Cory, CP (1902). "Some further notes on the Narcondam Hornbill Rhytidoceros narcondami". Journal of the Bombay Natural History Society. 14 (2): 372.
- ^ Hume AO (1873). "Novelties". Stray Feathers. 1: 411.
- ^ a b Gonzalez, Juan-Carlos T.; Sheldon, Ben C.; Collar, Nigel J.; Tobias, Joseph A. (2013). "A comprehensive molecular phylogeny for the hornbills (Aves: Bucerotidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 67 (2): 468–483. doi:10.1016/j.ympev.2013.02.012. PMID 23438388.
- ^ Kumar, A.; Riba, B. (2015). "Assessment of effectiveness of conservation action adopted for hornbill species in Arunachal Pradesh, India: The great indian hornbill (Buceros bicornis)" (PDF). International Journal of Conservation Science. 6 (1): 125–134.
- ^ a b c d Yahya, H. S. A.; Zarri, A. A. (2002). "Status, ecology and behaviour of Narcondam Hornbill (Aceros narcondami) in Narcondam Island, Andaman and Nicobar Islands, India". Journal of the Bombay Natural History Society. 99 (3): 434–445.
- ^ a b c d e Hussain, SA (1984). "Some aspects of the biology and ecology of Narcondam Hornbill (Rhyticeros narcondami)". Journal of the Bombay Natural History Society. 81 (1): 1–18.
- ^ a b c d Vijayan, L (2009). "Conservation of birds of the Andaman & Nicobar Islands". Indian Birds. 5 (4): 103–107.
- ^ Naniwadekar, Rohit; Mishra, Charudutt; Datta, Aparajita (2015). "Fruit resource tracking by hornbill species at multiple scales in a tropical forest in India". Journal of Tropical Ecology. 31 (6): 477–490. doi:10.1017/S0266467415000449.
- ^ Yahya, H.S.A. (2012). "Ecology and conservation of the Narcondam hornbill, Aceros narcondami, in Andaman and Nicobar Islands". Ecology of Faunal Communities on the Andaman and Nicobar Islands. Springer-Verlag. m/s. 263–272. doi:10.1007/978-3-642-28335-2_17. ISBN 978-3-642-28334-5.
- ^ Sitompul, Arnold F.; Kinnaird, Margaret F.; O'Brien, Timothy G. (2005). "Size matters: the effects of forest fragmentation and resource availability on the endemic Sumba Hornbill Aceros everetti". Bird Conservation International. 14 (S1): S23–S37. doi:10.1017/S0959270905000201.
- ^ a b Raman, T. R. Shankar; Mudappa, Divya; Khan, Tasneem; Mistry, Umeed; Saxena, Ajai; Varma, Kalyan; Ekka, Naveen; Lenin, Janaki; Whitaker, Romulus (2013). "An expedition to Narcondam: observations of marine and terrestrial fauna including the island-endemic hornbill" (PDF). Current Science. 105 (3): 346–350.
- ^ Blanford, WT (1896). The Fauna of British India, Including Ceylon and Burma. Birds. Volume 3. Taylor and Francis, London. m/s. 149.
- ^ Osmaston, BB (1905). "A visit to Narcondam". Journal of the Bombay Natural History Society. 16 (4): 620–622.
- ^ St. John J H (1898). "Some notes on the Narcondam hornbill, Etc. (Rhytidoceros narcondami)". Journal of the Bombay Natural History Society. 12: 212–214.
- ^ SACON. "Roosting ecology and diet of the Narcondam Hornbill Aceros narcondami at Narcondam Island Sanctuary, A & N Islands, India". Annual Report 2002-2003. Salim Ali Centre for Ornithology and Natural History. m/s. 11–12.
- ^ Datta, A; GS Rawat (2004). "Nest-site selection and nesting success of three hornbill species in Arunachal Pradesh, north-east India: Great Hornbill Buceros bicornis, Wreathed Hornbill Aceros undulatus and Oriental Pied Hornbill Anthracoceros albirostris". Bird Conservation International. 14: S39–S52. doi:10.1017/S0959270905000213.
- ^ Hussain, SA (1991). "Some urgent considerations for the conservation of Narcondam Island". Newsletter for Birdwatchers. 31 (5&6): 6.
- ^ "Permission for installation of Coastal surveillance RADAR and power supply source at Narcondam Island Sanctuary, Reg" (PDF). Ministry of Environment and Forests. 31 August 2012. Dicapai pada 7 April 2014.
- ^ Mohan, Vishwa. "Green nod for radar station at Narcondam in Andamans - The Economic Times". The Economic Times. economictimes.indiatimes.com. Dicapai pada 14 September 2015.