Emping jagung
Emping jagung | |
---|---|
Jenis | Bijirin sarapan, cereal flakes, food preserve |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Kawasan/rantau | Sanitarium Battle Creek in Michigan |
Dicipta oleh | John Harvey Kellogg (1894) Will Keith Kellogg |
Bahan utama | Jagung kisar, gula, perasa malt |
Bahan yang biasa digunakan | Cornmeal |
Keragaman/variasi | pelbagai |
sunting · sunting di Wikidata |
Emping jagung ialah bijirin sarapan yang dibuat dengan membakar empingan jagung. Empingan ini sering dimakan dalam sarapan bersama susu tetapi juga boleh diterapkan dalam masakan lain seperti sebagai saduran gorengan menggantikan serdak roti mahupun membuat kuih-muih tertentu.
Bijirin ini dicipta oleh John Harvey Kellogg pada tahun 1894 sebagai suatu idea makanan yang dia sangkakan sesuai bagi pesakit-pesakitnya di Sanitarium Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Bijirin sarapan ini terbukti digemari para pesakitnya dan syarikat The Kellogg Company ditubuhkan bagi mengeluarkan produk ini secara meluas kepada orang ramai. Proses pembuatan bijirin ini telah dipatenkan pada tahun 1896.
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Emping jagung adalah dibungkus sereal produk yang terbentuk dari empingan jagung kecil yang dibakar, dan ia biasanya dihidangkan sejuk dengan susu dan gula. Sejak pengeluaran asal mereka, emping jagung telah diperisakan dengan rasa garam, gula dan malt.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Resipi bijirin ini bermula pada abad ke-19, ketika sekumpulan orang daripada mazhab Seventh-day Adventist mula membangunkan makanan baru menepati diet vegetarian yang disarankan aliran anutan mereka. Para anggota aliran ini bereksperimen dengan beberapa biji-bijian termasuk gandum, oat, beras, gandum dan jagung. Pada tahun 1894, John Harvey Kellogg, penguasa Sanitarium Battle Creek di Michigan juga bermazhab Adventist, menggunakan resipi yang dihasilkan oleh kumpulan ini sebagai sebahagian pemakanan vegetarian ketat untuk para pesakitnya yang juga dilarang mengambil tembakau, alkohol atau kafein. Diet yang beliau amalkan terdiri sepenuhnya dari makanan yang tawar; ini kerana beliau mengikut fahaman Sylvester Graham - pencipta biskut dan roti graham - yang percaya bahawa makanan pedas atau manis akan bertindak meningkatkan nafsu.[2]
Idea untuk menghasilkan emping jagung ini bermula secara tidak sengaja apabila John Harvey dan adiknya, Will Keith Kellogg, meninggalkan gandum rebus mereka seketika untuk mengerjakan urusan penting yang lain di sanitarium. Apabila mereka kembali dari kerja mereka, mereka mendapati gandum mereka sudah lemau. Disebabkan mereka kekurangan duit untuk membeli makanan lain, mereka tetap juga menggunakan gandum itu tetapi dengan mencanaikan gandum tersebut dengan sangkaan mereka mungkin akan memperolehi kepingan doh yang panjang. Sebaliknya, mereka mendapat serpihan yang mereka kemudiannya bakar dan hidangkan kepada pesakit mereka. Kejadian ini berlaku pada 8 Ogos 1894, dan sebuah paten untuk "Empingan Bijirin dan Proses Menyediakan Makanan yang Sama Jenis" (Flaked Cereals and Process of Preparing Same) telah difailkan pada 31 Mei 1895 dan diterbitkan pada 14 April 1896.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Robert B. Fast; Elwood F. Caldwell (2000). Breakfast Cereals, and how They are Made. American Association of Cereal Chemists. ISBN 978-1-891127-15-1.
- ^ "Dr. John Harvey Kellogg". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2007.
- ^ "News of the Odd, John Harvey Kellogg Serves Corn Flakes at the San (March 7, 1897)". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2008. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Inventor of the Week: W.K Kellogg". mit.edu.