Pergi ke kandungan

Eminem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eminem
Eminem membuat persembahan pada tahun 2014 di DC
Latar belakang
Nama lahirMarshall Bruce Mathers III
Juga dikenali sebagai
M&M, Slim Shady, Manix dan Ken Kaniff
Kelahiran (1972-10-17) 17 Oktober 1972 (umur 51)[1]
St. Joseph, Missouri, Amerika Syarikat
Berasal dariDetroit, Michigan, Amerika Syarikat
GenreHip hop
PekerjaanPenyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu , pelakon
Tahun aktif1990–kini
Syarikat rakaman
Aftermath Entertainment (1997-kini)
Interscope Records (1998-kini)
Shady Records (1999-kini)
Bassmint Productions (1990-1992)
FBT Productions (1992-1995)
Web Entertainment (1992-kini)
Mashin' Duck Records (1995)
Pengkarya berkait
Bad Meets Evil, Busta Rhymes, D12, 50 Cent, Dr. Dre, Nate Dogg, Obie Trice, Outsidaz, Proof, Slaughterhouse, Xzibit,
Laman sesawang
eminem.com

Marshall Bruce Mathers III (dilahirkan pada 17 Oktober 1972),[2] atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Eminem (digayakan sebagai EMINƎM) atau alter egonya, Slim Shady, merupakan seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon. Sebagai tambahan kepada kerjaya solonya, beliau juga ahli kumpulan Hip Hop D12, dan juga duo hip hop Bad Meets Evil bersama rakannya Royce Da 5'9".

Tahun 1990-an

[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut solonya dengan album berjudul "Infinite" pada tahun 1996. Ia dibuat mesra-radio kerana beliau mengharap agar ia dapat disiarkan di stesen-stesen radio di Detroit. Tetapi ia diabaikan kerana dia seorang berkulit putih manakala Hip Hop adalah genre orang kulit hitam. Salah seorang daripada mereka juga mengatakan kepada Eminem "Kau adalah budak kulit putih, mengapa kau tidak masuk sahaja Rock 'n' Roll?". Ini menyebabkan beliau begitu marah dan dari situlah terciptanya alter ego beliau yang terkenal, Slim Shady, yang membawa watak kepada rogol, dadah dan curi serta perkara yang negatif. Beliau memperkenalkan alter egonya melalui album The Slim Shady EP pada tahun 1997 dimana ia mendapat perhatian seorang rapper pantai barat yang terkenal iaitu Dr. Dre. Apabila Dr. Dre mendengar pembantunya memasang CD tersebut untuk beliau, dia berkata "Cari dia(Eminem), sekarang!". Beliau ditandatangani Dr. Dre melaui anak syarikat Interscope Records iaitu Afternath Records. Disitu, Eminem memulakan kerja-kerja penulisan lirik dan rakaman untuk debut komersilnya yang berjudul "The Slim Shady LP". Album tersebut diterbit pada tahun 1999 dengan empat single iaitu Just Don't Give A Fuck, My Name Is, Role Model dan Guilty Conscience. My Name Is mendapat sambutan hangat dan peminat juga mengatakan bahawa ia adalah antara kerja-kerja terbaiknya. The Slim Shady LP telah diiktiraf 7xPlatinum oleh RIAA.

Tahun 2000-an

[sunting | sunting sumber]

Beliau berganding dengan Dido untuk salah satu lagu dari album ini iaitu "Stan" yang mengisahkan seorang peminatnya yang dikatakan sungguh kecewa kerana suratnya tidak dibalas sehingga sanggup membunuh diri dan kekasihnya yang hamil;[3] ia diilhamkan kekerapan beliau menerima surat pujian dari seberapa peminatnya yang menyatakan hasrat mengikuti perit hidupnya yang terakam dalam lagu-lagu album The Slim Shady LP.[4] "Kisah" dalam lagu ini sejak tahun 2010-an kini dikaitkan dengan peminat tegar tinggi di dunia hiburan Barat terutamanya dalam muzik hip hop dan pop (mirip sasaeng dalam dunia hiburan Korea Selatan).[3]

Tahun 2020-an

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2024, beliau mengumumkan album studio ke-12nya The Death of Slim Shady (Coup de Grâce) diterbitkan Dr. Dre dan The ICU.[5] Pada 28 Mei tahun sama, beliau mengumumkan lagu tunggal utama dari album ini melalui suatu video singkat dalam Instagram bersama David Blaine;[6] lagu tersebut dinamakan "Houdini" dan dihebahkan bakal teredar pada tulat hari tanggal 31 Mal 2024.[7]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  • Infinite (1996)
  • The Slim Shady LP (1999)
  • The Marshall Mathers LP (2000)
  • The Eminem Show (2002)
  • Encore (2004)
  • Relapse (2009)
  • Recovery (2010)
  • The Marshall Mathers LP 2 (2013)
  • Revival (2017)
  • Kamikaze (2018)
  • Music To Be Murdered By (2020)
  • The Death of Slim Shady (Coup de Grâce) (2024)

Album mini

[sunting | sunting sumber]
  • The Slim Shady EP (1997)
  • Relapse Refill (2009)
  • Hell: The Sequel (Bersama Bad Meets Evil) (2011)

Album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  • Straight From The Lab (2003)
  • Curtain Call: The Hits (2005)
  • Eminem Presents: The Re-Ups (2006)
  • Shady XV (2014)
  • Curtain Call 2 (2022)
  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1176/1177): 34. Okt 14/21, 2011. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Ankeny, Jason (2006). "Eminem – Biography". Allmusic. Dicapai pada 9 Jun 2013. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ a b "Stan, an Eminem song from 2000, is now in the Oxford English Dictionary". BBC News. BBC. June 2, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2017. Dicapai pada June 2, 2017.
  4. ^ Lavin, Will (May 23, 2020). "Eminem's 'The Marshall Mathers LP' at 20: why it's a misunderstood masterpiece". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2020. Dicapai pada April 8, 2024.
  5. ^ Fredwreck [@fredwreck] (April 27, 2024). "Can't wait to finally let everybody hear this! 🎤 The Death of Slim Shady (CoupDeGrace 🔪) 🎤 Coming this summer! #shadyrecords #aftermath # 🤘🏽 Produced By Dr. Dre & The ICU 🔊" – melalui Instagram.
  6. ^ Atkinson, Katie (May 28, 2024). "Eminem Conjures Up New Single 'Houdini': Here's When It Arrives". Billboard. Dicapai pada May 29, 2024.
  7. ^ Graham, Adam (May 28, 2024). "Eminem teases "Houdini" single, arriving Friday: 'I'm gonna make my career disappear'". The Detroit News. Dicapai pada May 29, 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]