Elizabeth Tan
Elizabeth Tan | |
---|---|
谭素美 | |
Kelahiran | Elizabeth Tan Su Mei 18 November 1993 |
Nama lain | Lizzy |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2013–kini |
Ketinggian | 5 ft 6.142 in (1.68 m) |
Pasangan | Siew Jim (k. 2021) |
Saudara | Andrew Tan (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Faizal Tahir, Aziz Harun |
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Elizabeth Tan Su Mei (谭素美; lahir 18 November 1993), juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon di Malaysia.[1] Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single "Knock Knock" (2014),[2] "Setia" menampilkan Faizal Tahir (2015)[3] dan "Tabah" (2016).[4] Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8.[5] Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.[6]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Elizabeth dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur sebagai Elizabeth Tan Su Mei. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, abang sulungnya, Andrew Tan ialah bekas peserta Malaysian Idol musim pertama.[6] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Beliau telah menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.[7]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Elizabeth Tan, lebih mesra dengan panggilan Lizzy memulakan kerjaya muzik dengan memuatnaik videonya di YouTube.[8] Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Lizzy mampu menyampaikan lagu-lagu saduran dengan begitu baik dan antara lagu saduran yang sudah dihasilkannya ialah lagu "Pencuri"; nyanyian asal Mark Adam, "Kantoi" oleh Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti "Terukir Di Bintang", "Deeper Conversation" dan banyak lagi lagu lain.[6][9][10]
Beliau mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu "Havoc", yang juga nyanyian asal Joe Flizzow pada hujung 2014. Selepas video tersebut dimuat naik, beliau dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.[11]
Elizabeth kemudian menjadi artis Faithful Music milik Faizal Tahir, di bawah pengurusan Paranormal Talents. Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth ialah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya. Beliau juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu "Royals" nyanyian asal Lorde yang turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion. Beliau muncul bersama single "Knock Knock" hasil nukilan Faizal dan Mike Chan,[12] ia merupakan sebuah lagu rancak tentang seorang gadis yang memberi amaran kepada orang yang cuba mengujinya agar tidak melukai hatinya dan mengkhianati perasaannya.[13][14]
Beliau juga pernah tampil di stesen TV di Indonesia dalam beberapa program televisyen seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow dan Music Everywhere.[15] Elizabeth juga menyanyikan lagu "Selamat Hari Raya" dan video tersebut dimainkan sepajang Ramadan. Elizabeth membuat penampilan filem pertamanya dengan bergandingan bersama Usop Wilcha menerusi filem komedi Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid, beliau memegang watak sebagai Tyra Vlad.[16]
Pada Januari 2016, Elizabeth melancarkan lagu "Are You Leaving Now" sebagai single bahasa Inggeris sulungnya, lagu ini dicipta oleh Audi Mok manakala liriknya ditulis oleh beliau sendiri.[17][18] Elizabeth meninggalkan Paranormal Talents pada 15 Mac 2017 untuk menguruskan sendiri kerjayanya tanpa bantuan pengurus peribadi, malah kontraknya bersama Faithful Music juga tamat pada tarikh sama.[19]
Elizabeth merupakan salah seorang dari 11 penyanyi tempatan dan seberang yang merakamkan semula lagu "Kau Ilhamku". Penyanyi yang terlibat termasuk penyanyi asalnya Man Bai, Joe Flizzow, Siti Nurhaliza serta penyanyi Indonesia termasuk Afgan Syah Reza dan Cita Citata.[20] Lagu ini dipromosikan sebagai jingle iklan untuk kerjasama antara perkhidmatan penstriman Yonder Music dan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata.[21]
Pada September 2016, Elizabeth bersama Faizal Tahir dan Jaclyn Victor terlibat dalam kempen #bersatuTENAGA anjuran Tenaga Nasional Berhad di mana mereka menyanyikan lagu bertajuk "Terangi Hidupku" sempena ulang tahun ke-53 penubuhan Malaysia pada 16 September 2016.[22]
Pada 31 Julai 2017, Elizabeth memegang watak Maya Adrianna dalam siri drama komedi romantik My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions arahan Aziz M. Osman ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria menggantikan drama Mencintaimu Mr. Photographer.[6][23][24] Beliau bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira.[25][26][27]
Pada tahun yg sama iaitu 11 Disember 2017, Mengikut sebuah artikel FaceBook "ROTIKAYA" nyatanya "Bertentang mata nampak Alvin Chong & Elizabeth Tan 😘" Gambar menunjuk bahawa beliau pernah bertemu dengan Alvin Chong. Seperti dirinya ia juga dikenali sebagai salah seorang pelakon dan penyanyi kaum cina yang terkenal dalam industri hiburan cina dan merupakan legenda yang telah mencipta nama dalam industri hiburan melayu dengan karya-karya yang menarik perhatian sama ada kerjaya lakonan mahupun kerjaya nyanyian. Walaupun pengiktirafan mereka berdua tidaklah setinggi mana ketika itu. Sehinggalah sekarang buktikan mereka sudah tidak tergantikan di kalangan hati orang cina dalam industri hiburan melayu.
Beliau mempunyai peranan sebagai Suzy, seorang pelajar kolej yang mengamalkan gaya hidup bebas dalam Gerak Khas episod "Jerat Kekasih" yang turut dibintangi oleh Josiah Hogan yang memegang watak Robert. Elizabeth melancarkan dua single pada 2018—"Police Entry" yang dikeluarkan pada Julai,[28][29][30] diikuti oleh "Semua Sudah" pada Disember.[31][32][33]
Elizabeth menjadi teraju utama bersama Zul Ariffin dalam filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019.[6][34][35][36] Filem yang menjalani penggambaran di Bukit Fraser, Pahang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.[37][38] Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem itu yang bertajuk "Hidup Semula".[39]
Elizabeth berlakon di samping Syafiq Kyle dalam drama Senafas Rindu, memegang dua watak sebagai Vivianna/Siti Nur Ain.[40] Single terbaru beliau, "SHH" dikeluarkan pada Disember 2019.[41]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Elizabeth mempunyai sikapnya yang sering memendam perasaan sejak kecil.[42] Sekitar Januari 2017, beliau menjalin hubungan dengan seorang pemuda Melayu, meskipun sebelum ini memberikan alasan kesibukan serta fokus pada kerjaya membuatkan dirinya terpaksa melupakan seketika hal peribadi.[43][44] Elizabeth juga menyifatkan dirinya seorang yang pemalu.[45][46] Beliau juga menafikan dirinya mengalami kemurungan disebabkan putus cinta sehingga ingin membunuh diri,[47] dan mendedahkan kehadiran orang ketiga punca putus cinta.[48][49]
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Mac 2019, Elizabeth dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai duta bagi mempromosikan pasukan badminton negara. Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, pemilihannya sebagai duta mengambil kira populariti beliau di media sosial dan peminat dalam kalangan remaja. "Kita merasakan bahawa kehadiran Elizabeth Tan akan memberi lebih impak terutama untuk menarik minat generasi muda. Kita tahu bahawa Elizabeth mempunyai pengikut yang ramai hampir 2 juta. Elizabeth berkata mengenai pelantikannya: "Ramai orang kenal Datuk Lee Chong Wei sahaja bila sebut badminton. Tapi ramai tidak tahu, negara mempunyai ramai pemain yang bagus, berdisiplin. Lizzy juga akan kongsikan persiapan pemain negara sepanjang tahun sebelum menghadapi kejohanan. Selain itu, Lizzy akan memberikan sokongan kepada skuad badminton negara sama ada menerusi media sosial mahupun hadir ke venue,". Menurut Elizabeth, beliau dan bapanya berkongsi minat dengan sukan badminton dan tugas pertamanya ialah di Kejohanan Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April 2018 di Arena Axiata di Bukit Jalil.[50][51][52][53][54]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi undangan | Rujukan |
---|---|---|---|
2014 | |||
2015 | "The World Can Wait"
|
[55] | |
"Somewhere New"
|
Goldfish & Blink | ||
"Setia"
|
Faizal Tahir | ||
2016 | |||
"Tabah"
|
|||
"Mama"
|
Aziz Harun | ||
"Kini Masaku"
|
|||
2017 | "Darling"
|
||
2018 | |||
2019 | |||
"SHH"
|
|||
2021 | "Beku"
|
Hazama | |
2022 | "Narsis"
|
Zynakal | |
"Payung"
|
Zizan Razak | ||
2023 | "Tunggu"
|
||
"Raya Cun"
|
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Artis lain |
---|---|---|
2018 | Sayang Pulanglah Sayang[56] | Cat Farish & Eddie G. |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Transformers: Age of Extinction[57] | Su Yueming | Alih suara (versi Bahasa Melayu) |
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Tyra Vlad | Filem pertama | |
2018 | Busker | Melissa | |
2019 | Misteri Dilaila | Dilaila | |
2021 | 10 Tips Tipu Bini | Anna | |
Mat Bond Malaya | Bondi | ||
2022 | Gila Gusti | Julia | |
Abang Long Fadil 3 | Alice | ||
Seratus | Penampilan khas | ||
2023 | Escape | Eva | |
2024 | Sheriff: Narko Integriti | ASP Jennifer Wong | |
Sekolahaha | Lizzy | Pra-Produksi |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | My Darling, Inspektor Daniel | Maya Adrianna | Astro Ria | Drama pertama |
2018 | Misteri Jenazah (Musim 1) | Zalia | Astro Oasis | Episod: "Badi Zalia" |
Gerak Khas (Musim 18) | Suzy | TV2 | Episod: "Jerat Kekasih" | |
2019 | Senafas Rindu | Vivianna / Siti Nur Ain | Astro Ria | |
2021 | Keluarga Baha Don (Musim 3) | Krazie | Viu | Pelakon undangan |
2021-2022 | Gerak Khas Undercover | Elly / Sherin | TV3 | |
2022 | Ex Aku Pontianak | Bella | Astro Ria | |
2023 | Special Force: Anarchy | Sara | Disney Hotstar | |
Alter-Naratif | Jane | Viu | Penampilan khas | |
W Two Worlds | Hanna | |||
2024 | Restu | Melanie | IQIYI |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | The Berlian Job | Datin Mona | Astro Citra | Telefilem pertama |
Baby Bro | Dirinya sendiri | Astro First Eksklusif | Penampilan khas | |
2018 | Kau Roadblock Hatiku | Astro Citra | ||
2019 | Senafas Rindu Raya | Siti Nur Ain | Astro Ria | |
2020 | Gadis Vroom Vroom | Sarah | TV2 | |
Ah How Putus Cinta | Shirley Tan | Awesome TV | ||
2021 | Penyiasat Viral | Sarah | TV2 | |
2022 | Satu Tong | Nikki | Gemilang TV & Astro Prima |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ini Talk Show | Artis jemputan | NET. | bersama Sule, Andhika Pratama & Surya Saputra |
Sarah Sechan | ||||
Music Everywhere | Penyanyi undangan | |||
2015 | Net 2.0 | Artis jemputan | ||
Ini Talk Show | bersama Sule, Michelle Joan, Isyana | |||
bersama Sule, Kunto Aji & Fatin Shidqia | ||||
Anugerah Planet Muzik | Penyanyi undangan | Mediacorp Suria, Astro Ria, Astro Maya HD, NET. TV & TVRI | ||
2016 | Just Duet | Juri | NET. | bersama Once Mekel, Mey Chan dan Mike Mohede |
2017 | MeleTOP | Artis jemputan | Astro Ria | bersama Aaron Aziz & Erra Fazira mempromosikan drama My Darling, Inspektor Daniel |
Festival Filem Malaysia ke-29 | Pengacara | bersama Zizan Razak, Siti Elizad dan Thanuja Ananthan | ||
2019 | MeleTOP | Artis jemputan | bersama Alya Iman mempromosikan drama Senafas Rindu | |
2022 | Sepahtu Reunion Live | Cameo | Astro Warna | Episod: "Tapan Yang Disakiti" |
MeleTOP | Artis jemputan | Astro Ria | bersama Zizan Razak mempromosikan filem Abang Long Fadil 3 |
Videografi
[sunting | sunting sumber]Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | "Feel Good" | Paperplane Pursuit | Kameo |
Penajaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2014 | CIMB | |
DiGi | ||
2015 | Hot FM | |
99Street | bersama Zizan Razak | |
2016 | La Cremeria | |
2017 | Thermos | |
2019 | Powercat |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2015 | YouTube Malaysia | 100,000 Subscribers | — | Menang |
Anugerah Planet Muzik ke-14 | Artis Baru Terbaik – Wanita | Knock Knock | Menang | |
Anugerah Influence Asia | Top Malaysian Breakout Influencer | — | Tercalon | |
Top Personaliti YouTube Malaysia | Menang | |||
2016 | Anugerah Met10 | Artis Wanita Terbaik | Menang | |
Muzik Video Terbaik (feat. Goldfish & Blink) | Somewhere New | Tercalon | ||
Anugerah Juara Lagu ke-30 | Anugerah Juara Lagu | Knock Knock | Finalis | |
Anugerah MeleTOP Era ke-3 | Grup / Duo MeleTOP (dengan Faizal Tahir) | Setia | Tercalon | |
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night | Top 10 Karaoke Melayu Popular | Knock Knock | Menang | |
Anugerah Planet Muzik ke-15 | Duo / Kumpulan Terbaik (dengan Faizal Tahir) | Setia | Tercalon | |
Lagu Terbaik – Malaysia | Tercalon | |||
Lagu Paling Popular APM | Tercalon | |||
Anugerah Stail EH! | Selebriti Harapan Pilihan | — | Tercalon | |
Anugerah Industri Muzik ke-22 | Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik (dengan Faizal Tahir) | Setia | Tercalon | |
Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi | Menang | |||
2017 | Anugerah Juara Lagu ke-31 | Anugerah Juara Lagu | Finalis | |
Anugerah Influence Asia ke-2 | Top YouTube Channel Malaysia | — | Tercalon | |
Anugerah Stail EH! | Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik | Tercalon | ||
Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night | Top 10 Karaoke Melayu Popular | Setia | Menang | |
Anugerah Planet Muzik ke-16 | Kolaborasi Terbaik – Artis (dengan Aziz Harun) | Mama | Tercalon | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | — | Tercalon |
Pasangan Serasi Filem (dengan Zizan Razak) | Abang Long Fadil 3 | Tercalon | ||
Couple Filem Popular (dengan Naqiu Boboy) | Mat Bond Malaya | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Elizabeth Tan sedia perbaiki kelemahan[pautan mati kekal] Utusan Malaysia (25 Julai 2015). Diperoleh pada 21 Ogos 2015.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (18 Januari 2016). "Knock Knock beri sinar baru". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (8 September 2015). "Elizabeth Tan pilih untuk 'setia' dengan Faizal Tahir". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ Tahir Alhamzah (September 23, 2016). "Knock, knock: It's singer and actress Elizabeth Tan with a brand new single". NST Online. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (September 5, 2017). "Singer Tan wants to focus on acting". NST Online. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ a b c d e Wawann Mohd (27 Mei 2018). "11 perkara menarik tentang Elizabeth Tan". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ^ Ardini Sophia Sina (22 November 2015). "Lizzy tak hilang semangat". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ "Elizabeth Tan comes "Knock Knock"-ing in the scene". The Hive. 6 Mei 2015. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Aqmar Mustaza (8 Mei 2014). "Elizabeth Tan curi perhatian dengan cara sendiri". Sinar Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (29 Julai 2017). "Lizzy cipta lagu 30 minit". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Ramlah Zainal (7 Mac 2015). "Rezeki Elizabeth". Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2018.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (9 Disember 2015). "Knock Knock bukan lagu penyendal: Lizzy". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ "Elizabeth Tan debuts new MV, "Knock Knock"". The Hive. 31 Mac 2015. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (30 Mac 2015). "Knock Knock kini di YouTube". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (6 September 2015). "Elizabeth Tan jengah Indonesia". Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2018.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (30 November 2014). "Elizabeth Tan hilang privasi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2014.[pautan mati kekal]
- ^ "Listened to Elizabeth Tan's sleek English-language debut yet?". The Daily Seni. 5 April 2016. Dicapai pada 23 April 2018.
- ^ "Elizabeth Tan, Malaysia's very own Ellie Goulding? (VIDEO)". The Malay Mail. 15 Mac 2016. Dicapai pada 23 April 2018.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (14 Mac 2017). "Elizabeth Tan urus kerjaya sendiri mulai esok". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Kosmo! Staff (19 November 2015). "Nafas baharu Kau Ilhamku". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-23. Dicapai pada 2016-01-31.
- ^ Zaidi Mohamad (19 November 2015). "Artis popular rakam balik lagu Kau Ilhamku". Berita Harian. Dicapai pada 2016-02-09.
- ^ "Kempen #bersatuTENAGA". MamaJue. 16 September 2016. Dicapai pada 1 April 2017.
- ^ Ardini Sophia Sina (7 Ogos 2017). "Kurus demi watak Maya". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Nor Azurin Ali (2 Jun 2017). "Elizabeth Tan gementar berlakon". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ My Darling Inspektor Daniel - Drama My Info Taip (10 Julai 2017). Diperoleh pada 10 Julai 2017.
- ^ Lany Azman (21 Jun 2017) Kenapa Elizabeth Tan kena gari Media Hiburan. Diperoleh pada 22 April 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (15 September 2016). Saya tak gila - Elizabeth Tan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 22 April 2017.
- ^ #TULAR: Elizabeth Tan tampil seksi dengan Police Entry Diarkibkan 2018-08-15 di Wayback Machine Stail.my (18 Julai 2018). Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ Tahir Alhamzah (7 Julai 2018). "#Showbiz: Singer Elizabeth Tan dedicates new single, Police Entry to ex-beau". New Straits Times. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (8 Jun 2018). "Elizabeth Tan ajak 'layan' Police Entry". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2018.
- ^ Zaidi Che (19 Disember 2018). "'SEMUA SUDAH', TIBA MASA ELIZABETH TAN KEMBALI BANGKIT". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-19. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ Budiey (23 Disember 2018). "Elizabeth Tan Lancar Single Terbaru SEMUA SUDAH". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Februari 2019.
“Semua Sudah” merupakan single kedua penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (19 Disember 2018). "Saya cepat bosan - Elizabeth Tan". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ Tan Mei Zi (20 Februari 2019). "Elizabeth Tan talks about eerie disturbaces on set of new horror film". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mac 2019.
- ^ ""Make up 3 jam untuk 3 saat je" - Elizabeth Tan kongsi pengalaman jadi hatu". Astro Awani. 28 Februari 2019. Dicapai pada 20 Mac 2019.
- ^ Tahir Alhamzah (22 Februari 2019). "#Showbiz: A mystery with shocking twist". New Straits Times. Dicapai pada 23 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2019.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (15 Februari 2019). "Lizzy lebih suka berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2019.
- ^ "Selepas Semua Sudah, Elizabeth Tan Kini 'Hidup Semula'". XTRA. 22 Februari 2019. Dicapai pada 24 Februari 2019.
- ^ Syanty Octavia Amry (6 Mac 2019). "Lizzy akui Senafas Rindu kurang menyengat". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mac 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (28 November 2019). "Penampilan saya tiada beza dengan artis K-pop - Lizzy". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2019.
- ^ Z. Nadzri (10 Ogos 2017). ""Saya Tak Ambil Dadah" - Elizabeth Tan". Rojak Daily. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (18 Januari 2017). "Elizabeth Tan pilih ahli perniagaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Zaini Zaa (10 September 2015). "Saya masih muda... belum masa nak bercinta kata Elizabeth Tan". Agenda Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 22 April 2018.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (5 Februari 2016). "Lizzy pemalu bukan sombong". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Ogos 2016). "Ibu jadi peneman Lizzy elak kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (10 Ogos 2017). "Lizzy nafi mahu bunuh diri". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (24 Mei 2017). "Lizzy dedah orang ketiga punca putus cinta". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ Ramlah Zainal (1 September 2015). "Trauma gosip liar". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ^ Z. Nadzri (22 Mac 2019). "Elizabeth Tan jadi duta BAM". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Mac 2019.
- ^ "Elizabeth Tan duta promosi badminton". Kosmo!. 22 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-28. Dicapai pada 28 Mac 2019.
- ^ "Elizabeth Tan to help promote new faces in national badminton squad". The Sun Daily. 22 Mac 2019. Dicapai pada 28 Mac 2019.
- ^ "Elizabeth Tan appointed ambassador by BAM". New Straits Times. 22 Mac 2019. Dicapai pada 28 Mac 2019.
- ^ "Elizabeth is BAM's ambassador". Daily Express. 22 Mac 2019. Dicapai pada 28 Mac 2019.
- ^ "Hype's Now Playing: Elizabeth Tan – The World Can Wait (Original Song)". Hype. 19 Jun 2015. Dicapai pada 9 Julai 2015.
- ^ Dude by Cat Farish & Eddie G.
- ^ Farhana Ab Rahman (23 Jun 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 24 Jun 2015.