ECMAScript
Paradigma | Berbilang paradigma: berasaskan prototaip, kefungsian, imperatif, penskripan |
---|---|
Muncul pada | 1997 |
Direka oleh | Brendan Eich, Ecma International |
Disiplin penjenisan | Itik, lemah, dinamik |
Dialek | JavaScript, ActionScript, JScript, QML, QtScript, InScript |
Dipengaruhi | Self, HyperTalk, AWK, C, Perl, Python, Java, Scheme |
ECMAScript | |
---|---|
Sambungan fail: | .es |
Jenis media Internet: | application/ecmascript[1] |
Dibangunkan oleh: | Sun Microsystems, Ecma International |
Jenis format: | Bahasa penskripan |
Diperluas daripada: | JavaScript |
ECMAScript ialah bahasa penskripan yang dipiawaikan oleh Ecma International dalam tentuan ECMA-262 dan ISO/IEC 16262. Bahasa ini digunakan meluas untuk penskripan pihak pelanggan di Jaringan Sejagat, dalam bentuk beberapa dialek yang terkemuka seperti JavaScript, JScript dan ActionScript.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]JavaScript asalnya dibangunkan oleh Brendan Eich dari Netscape menggunakan nama Mocha, kemudian LiveScript, dan akhirnya dinamakan JavaScript.[2] Dalam bulan Disember 1995, Sun Microsystems dan Netscape mengumumkan JavaScript dalam sebuah siaran akhbar.[3] Dalam bulan Mac 1996, Netscape Navigator 2.0 dikeluarkan dengan sokongan untuk JavaScript.
Kerana berjayanya JavaScript sebagai bahasa penskripan pihak pelanggan untuk banyak laman web, Microsoft telah membangunkan sebuah dialek serasi bagi JavaScript dan menamakannya JScript supaya tiada masalah cap dagang. JScript menambah kaedah-kaedah tarikh untuk membaiki kaedah yang tidak mesra Y2K dalam JavaScript, yang berasaskan kelas Date dalam Java.[4] JScript telah disertakan bersama Internet Explorer 3.0, keluaran Ogos 1996.
Netscape telah menghantar JavaScript ke Ecma International untuk dipiawaikan dan kerja keatas tentuannya, ECMA-262, dimulan pada November 1996.[5] Edisi pertama ECMA-262 telah dibangunkan oleh Ecma General Assembly bagi Jun 1997. Beberapa edisi piawai bahasa itu telah diterbitkan semenjak itu.
ECMAScript ialah nama bagi bahasa penskripan yang dipiawaikan dalam ECMA-262. Nama "ECMAScript" merupakan persefahaman antara pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam memiawaikan bahasa itu, khasnya Netscape dan Microsoft, yang pertikaiannya mendominasi sesi-sesi awal bagi piawai tersebut. Brendan Eich, pencipta JavaScript, mengulas "ECMAScript adalah nama dagang yang sentiasa tidak diingini, bunyinya seperti sejenis penyakit kulit."[6]
Versi
[sunting | sunting sumber]Lima edisi ECMA-262 telah diterbitkan dan kerja-kerja bagi edisi seterusnya, bernama kod "Harmony", sedang dilakukan.[7]
Edisi | Tarikh penerbitan | Beza daripada edisi sebelumnya | Penyunting |
---|---|---|---|
1 | Jun 1997 | Edisi pertama | Guy L. Steele, Jr. |
2 | Jun 1998 | Perubahan suntingan bagi menyetarakan tentuan ini dengan piawai antarabangsa ISO/IEC 16262 | Mike Cowlishaw |
3 | Disember 1999 | Ungkapan nalar ditambah, pengendalian rentetan yang lebih baik, kenyataan kawalan baharu, pengendalian pengecualian try/catch, takrifan ralat yang lebih ketat, pemformatan bagi keluaran berangka dan lain-lain penambahbaikan | Mike Cowlishaw |
4 | Ditinggal | Edisi Keempat ditinggalkan atas perbezaan politik berkenaan kerumitan bahasa. Kebanyakan tampilan yang diusulkan untuk Edisi Keempat dibuang sepenuhnya; sesetengah lagi diusulkan untuk ECMAScript Harmony. | |
5 | Disember 2009 | Menambah "mod tegas", subset yang bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan ralat yang lebih menyeluruh dan mengelakkan binaan yang mudah ralat. Menjelaskan banyak ketaksaan dalam tentuan edisi ke-3, dan menyelesaikan perilaku pelaksanaan dunia sebenar yang berbeza secara tekal daripada tentuan itu. Beberapa ciri telah ditambah seperti getter dan setter, sokongan pustaka untuk JSON, dan pantulan yang lebih lengkap pada sifat objek.[8] | Pratap Lakshman, Allen Wirfs-Brock |
5.1 | Jun 2011 | Edisi 5.1 Piawai ECMAScript ini elari sepenuhnya dengan edisi ketiga bagi piawai ISO/IEC 16262:2011 | Pratap Lakshman, Allen Wirfs-Brock |
Harmony | Sedang diusahakan. | Versi 6 diura-urakan akan menyokong kelas, konsep yang telah lama disokong oleh bahasa-bahasa seperti Java, C dan C#, di samping pelbagai konsep baharu dan tampilan bahasa baharu. |
Pada Jun 2004, Ecma International menerbitkan piawai ECMA-357, mentakrifkan sambungan (extension) kepada ECMAScript, dikenali sebagai ECMAScript for XML (E4X).
Ecma turut metakrifkan sebuah "Profil Padat" untuk ECMAScript — dikenali sebagai ES-CP, atau ECMA 327 — direka untuk peranti-peranti bersumber terhad. Beberapa tampilan dinamik bagi ECMAScript (seperti fungsi eval
) dijadikan pilihan, lantas membolehkan runtime membuat lebih banyak anggapan tentang perilaku atur cara, dan dengan itu prestasi dapat ditinggkatkan pada masa jalanan. Piawai HD DVD ialah satu tempat di mana Profil Padat ECMAScript diguna menggantikan ECMAScript penuh bagi mengurangkan keperluan pemprosesan dan ingatan pada peranti.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ RFC 4329
- ^ InfoWorld: JavaScript creator ponders past, future
- ^ "JavaScript Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-16. Dicapai pada 2007-09-16.
- ^ Brendan's Roadmap Updates: Popularity
- ^ "JavaScript Standardization Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 1998-12-03. Dicapai pada 2013-03-11.
- ^ "es4-discuss: Will there be a suggested file suffix for es4?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-21. Dicapai pada 2013-03-11.
- ^ Zakas, Nicholas C. (2011). Professional JavaScript for Web Developers. John Wiley & Sons. ISBN 9781118233092.
- ^ Changes to JavaScript, Part 1: EcmaScript 5