Dollah Sarawak
Dollah Sarawak | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad bin Haji Sulaiman 1899 |
Meninggal dunia | 21 Mac 1994 | (umur 94–95) 8hb Syawal 1414 Hijriah
Pasangan | Dayang Aina - Isteri Pertama
(Tiada Di Maklumkan) Isteri Kedua Syarifah Intan - Isteri Ketiga Esah Binte Ismail - Isteri Keempat Fatimah Binte Dollah - Isteri Terakhir |
Anak-anak | Siput Sarawak
Kuyung (Nama Gelaran) Anak Ketiga (Tiada Dimaklumkan) Hatijah Binte Dollah Rahim Bin Dollah Rosini Binte Dollah Jamil Bin Dollah Rohanah Binte Dollah Anak Terakhir (Tiada Nama Diberi) |
Mohamad bin Haji Sulaiman lebih dikenali dengan nama Dollah Sarawak (1899 – 21 Mac 1994) merupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 1899. Ayahnya seorang berbangsa Cina dari Yunnan, Tiongkok dan Ibunya pula seorang Melayu dari Pulau Pinang, mempunyai seorang adik lelaki. Awal tahun 1920 beliau telah berhijrah ke Bumi Kenyalang, Sarawak dan di sana beliau telah berbapa angkat dengan seorang yang dipanggil Tengku Syed Idrus yang mengubah namanya dari Mohamad Bin Haji Sulaiman ke Dollah.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Di Sarawak, beliau telah berumahtangga dengan seorang gadis Sarawak dan hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah Seniwati Siput Sarawak dan adiknya Kuyung. Setelah kematian isterinya seorang primadona bangsawan, beliau dan anak-anaknya telah ke Singapura dan di sana beliau telah membuka sebuah panggung bangsawan bergelar Seri Noran Opera di mana Allahyarhamah Seniwati Siput Sarawak menjadi primadonanya. Beliau kemudian telah berkahwin dengan seorang wanita dari Muar, Johor tetapi malangnya perkahwinan itu tidak kekal. Hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan seorang anak perempuan.
Selepas beberapa tahun beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak dua dari Teluk Intan, Perak iaitu Syarifah Intan. Selang berberapa tahun, Syarifah Intan meninggal dunia akibat Pneumonia. Beliau kemudian pulang ke Singapura dan bekerja di Keris Film Productions, sebagai pelakon, penghias set,penjaga stor dan pelakon. Di sanalah nama Dollah menjadi Dollah Sarawak kerana apabila hendak membayar gaji, terdapat tiga orang yang bernama Dollah maka dengan itu nama Sarawak itu telah diletak di belakang nama Dollah menjadi Dollah Sarawak. Di Cathay-Keris Film, beliau telah berkenalan dengan seorang janda beranak dua dari Bandung, Indonesia bernama Esah yang juga merupakan seorang juru mekap di Keris Film. Hasil perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan lima orang anak iaitu Hatijah, Rahim, Rosini, Jamil dan Rohanah. Malangnya perkahwinan beliau dengan Esah juga tidak lama kerana Esah telah meninggal dunia akibat tumpah darah kerana melahirkan anak mereka yang keenam.
Sedih dengan kehilangan isteri dan memandangkan anak-anaknya masih kecil, beliau pun bernikah dengan seorang janda bernama Fatimah Dollah. Setelah Kris Film dan Cathay Film bergabung menjadi Cathay-Keris Film Productions, beliau kemudian menjadi pelakon dan dekorator. Selang beberapa tahun akibat kesihatan, beliau kemudian berhenti bekerja dari Cathay-Keris dan membuka sebuah warung di daerah Woo Mun Chew Road, Singapura yang menjual Lontong, Mee Rebus, Satay dan pelbagai makanan lain yang selalu dilanggani oleh pelakon-pelakon dan pekerja-pekerja dari studio filem Cathay-Keris
Gerai itu diusahakan untuk beberapa tahun oleh beliau dan keluarga, tetapi akibat usia dan kesihatan beliau tidak mengizinkan, beliau telah bersara.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin, 21 Mac 1994 di samping isterinya Fatimah Dollah dan cucunya yang dijaga dari bayi, Hartini, di Singapura.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]- Lanchang Kuning
- Chuchu Datok Merah
- Pontianak[1]
- Nilam
- Tun Fatimah
- Masuk Angin Keluar Asap
- Gila Talak
- Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
- Tunang Pak Dukun
- Selendang Delima
- Che Mamat Parang Tumpul
- Dua Pendekar
- Raden Mas
- Noor Islam
- Orang Minyak
- Semusim Di Neraka
- Mata Syaitan