Doja Cat
Doja Cat | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Amalaratna Zandile Dlamini |
Kelahiran | Los Angeles, California, USA | 21 Oktober 1995
Genre | |
Pekerjaan | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2014 - kini |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | www |
Amalaratna Zandile Dlamini (lahir 21 Oktober 1995)[1] atau lebih dikenali sebagai Doja Cat, ialah rapper, penyanyi, penulis lagu dan penerbit rakaman Amerika Syarikat.[2] Lahir dan membesar di Los Angeles, beliau menandatangani kontrak rakaman dengan RCA Records pada tahun 2014,[3] kemudian melancarkan EP pertamanya, Purrr!, dan sejumlah lagu sulung seperti "Go to Town" dan "So High". Pada tahun 2018, Doja Cat terkenal melalui internet dengan lagu sulungnya "Mooo!", yang video muziknya menjadi tular dan akhirnya "mengatur langkah untuk kerjayanya".[4]
Doja Cat melancarkan album studio pertamanya, Amala, pada tahun 2018 dan pembungkusan semula deluxe pada tahun 2019, yang termasuk lagu "Tia Tamera". Beliau mengeluarkan lagu "Juicy" pada Ogos 2019 yang mencapai nombor 41 di US Billboard Hot 100, pencalonan pertamanya di carta lagu tersebut. Pada November 2019, Doja Cat melancarkan album studio keduanya, Hot Pink, yang berjaya menduduki carta lagu di lebih dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, England, Ireland dan New Zealand. Dalam album tersebut termasuk lagu "Say So" yang menjadi popular di platform perkongsian video TikTok,[5] dan memuncak di nombor 14 di US Billboard Hot 100 dan nombor 8 di UK Singles Chart, menjadi lagu pertamanya untuk memasuki carta lagu dari pelbagai negara.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Amala (2018)
- Hot Pink (2019)
- Planet Her (2021)
Konsert jelajah
[sunting | sunting sumber]- Purrr! Tour (2014-2015)
- Amala Spring Tour (2017-2018)
- Amala Fall Tour (2018-2019)
- Hot Pink Tour (2020)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Amala Zandile Dlamini, Born 10/21/1995 in California". California Birth Index (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2020. Dicapai pada August 26, 2018.
- ^ "Doja Cat went viral. Now what? A hip-hop meme star gets serious, sort of, for her second act". Los Angeles Times. October 30, 2019.
- ^ "Doja Cat". RCA Records.
- ^ Blair, Robert (February 26, 2020). "How Doja Cat's "Mooo!" Set The Tone For Her Career". HotNewHipHop (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 5, 2020.
- ^ DeVille, Chris (March 2, 2020). "Doja Cat Is Good At Making Pop Music And Even Better At Going Viral". Stereogum. Dicapai pada March 5, 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Doja Cat |