Didi Astillah
Didi Astillah | |
---|---|
Kelahiran | Dayang Nazilah binti Awang Astillah 28 Ogos 1996 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, penari |
Tahun aktif | 1999–kini |
Ibu | Siti Zarina Astillah |
Bapa | Awang Astillah Dullah |
Saudara | Bella Astillah (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Adik – Adik Mutiara, The BeeSings, Miracle 5, Puteri |
Didi Astillah (lahir Dayang Nazilah Awang Astillah; 28 Ogos 1996) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau adalah adik kepada Bella Astillah.
Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Nyanyian
[sunting | sunting sumber]Bakat seni Didi mula dicungkil ketika berusia 3 tahun apabila Didi bergabung dengan kakaknya, Bella Astillah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya. Melalui album kanak-kanak ini, Didi dan kakaknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Didi mula berkembang dan berjaya menghasilkan 10 album.[2]
Didi juga pernah merakamkan album nasyid yang berjudul Jom Beribadat terbitan FMC bersama kumpulan nasyid remaja yang digelarkan Puteri.[3].
Percaya dan yakin dengan bakat yang ada pada dirinya, Didi menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Tidak berhenti disitu, pada tahun 2010 Didi menyertai program pencarian bakat Kamilah Bintang musim pertama terbitan Astro Ceria dan berjaya muncul juara pada minggu ketiga[4].
Atas kecintaannya pada dunia nyanyian, Didi tidak jemu bereksperimentasi dan pernah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi remaja seusianya, antaranya Didi pernah menganggotai kumpulan pop remaja yang dikenali sebagai Miracle 5 dan kumpulan vokal remaja, The BeeSings. Didi menganggotai Miracle 5 bersama 4 lagi remaja perempuan yang boleh menyanyi dan menari dan mereka telah menyanyikan semula lagu popular Adzrin Adzhar yang bertajuk Pujaan Malaya.[5] Didi menganggotai The BeeSings bersama dengan Fimie Don, Azzam Sham, Haqiem Rusli dan Aida Ross. Kumpulan The BeeSings sempat mengeluarkan dua single yang bertajuk Pentas Dunia dan Luar Biasa dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat cilik dan remaja tanahair.[6].
Menyedari bakat Didi serta pakej menyeluruh yang boleh ditawarkan oleh Didi, Warner Music Malaysia telah melamar Didi sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni. Bersama Warner Music Malaysia, Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul Didi Astillah yang menampilkan konsep muzik pop dance. Dalam usaha membawa imej baru sesuai dengan usia Didi yang menginjak dewasa, Didi memastikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut agar tampil segar dan lebih matang berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamnya ketika kecil/remaja.[7].
Didi kini tampil dengan single pertama berjudul Fikirkan Kamu ciptaan Posan Tobing, seorang komposer daripada Indonesia yang pernah menerbitkan lagu popular Sayang nyanyaian Shae.[8].
Pada 28 April 2017, Didi telah mengeluarkan album extended play yang berjudul Satu Bintang. Tajuk album ini juga merupakan salah satu single dalam album tersebut yang mempunyai lima buah lagu. Album EP tersebut diterbitkan di bawah Insictech Musicland Sdn Bhd dan pada 17 Ogos 2018, beliau mengeluarkan satu lagi album EP yang diberi nama Permaisuri. Album ini juga diterbitkan dibawah syarikat label yang sama dan mempunyai 5 buah lagu serta Permaisuri juga merupakan salah satu judul single dalam album ini. [9] [10]
Lakonan
[sunting | sunting sumber]Sebagai seorang anak seni yang dikurniakan pelbagai bakat, Didi juga aktif mengasah bakatnya dalam bidang lakonan yang mana Didi pernah muncul sebagai pelakon cilik/remaja dalam produksi-produksi tempatan.
Didi muncul dalam drama Jamu Nesan, arahan penerbit Datuk Rafiena dan akan membawa watak sebagai ketua mafia bernama Madam Zoora. [11]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Skrip 7707 | Ros Kecil | Filem pertama |
2010 | Damping Malam | Hasni | |
2024 | Nasi Lemak Kimchi | Atiqah |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Afi Dan Abah | Fifi | Astro Ceria | Drama pertama |
2010 | Selamat Pagi Putera Puteri | TV2 | ||
Gempur Sindiket Interlet | ||||
Tok Teh | ||||
Dilema Wanita | ||||
Nak Pulang Tak Pulang | TV1 | |||
2010 | Idola Kecil Balik Kampung | TV9 | ||
2013 | Bunga Merah Punya | |||
Kelas Sebelah | TV2 | |||
2019 | Sweet Dreams | Melissa | Astro Ria | |
2020 | Manis Agnes Jam 5 | Mia | TV Okey | |
2021 | Malaysian Ghost Stories | Marissa | Astro Ria | Episod: “Ulek Mayang” |
Perisik Cinta Tak Diundang | Inluencer | TV3 | ||
2022 | Impian Lara | Bainun | Awesome TV | |
Sembang Jarak Jauh | Nadia | TV1 | ||
Jamu Nesan | Madam Zoora | Unifi TV | Menggantikan Zizi Kirana | |
Keluarga Pasar | Afina | TV Okey | ||
Kinabalu Aku Rindu | Fazira | |||
2023 | Ku Akad Kau Dengan Bismillah | Aqilah | TV3 | |
Kami Budak Band | Nina | |||
Jaga Aku Selamanya | Mia | Penampilan khas | ||
Misteri Flat Kirana | Pontianak | |||
Scammer Geng Marhaban | Shira | Astro Ria | ||
2024 | Leha, Leya Lawa | Leya | Tonton | |
TBA | Budak Jurang | Mimi | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
Misi Aleesya Natasha | TV2 | Telefilem pertama | ||
Esok Hari Raya | TV1 | |||
Sketsa Raya | TV3 | |||
Hasanah | TV2 | |||
Cinderella Story | TV9 | |||
Idola Kecil the Muzikal | ||||
2008 | Potret Aidilfitri | TV3 | ||
2014 | Kemelut Rindu | TV2 | ||
2018 | Kahwin-Kahwin | Astro Citra | ||
Kembarku Robot | Cikgu Halijah | Astro Ceria | ||
2020 | Baju Jersi Amar | Laura Sweet | TV1 | |
Apa Punya Menantu | Ilya | Unifi TV | ||
2021 | Kabut Semalam | Angah | TV AlHijrah | |
2023 | Pinjamkan Aku Pelangi | Munirah (dewasa) | TV1 | |
2024 | Hello My Netizen | TV2 |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]EP
[sunting | sunting sumber]Tahun | Album | Senarai runut | Butiran album | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Didi Astillah
|
|
|
|
2017 | Satu Bintang
|
|
|
|
2018 | Permaisuri
|
|
Single
[sunting | sunting sumber]Sebagai artis utama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2012 | Pentas Dunia | kumpulan The BeeSings | |
Luar Biasa | |||
Pujaan Malaya (REMIX) | Tiada album single | kumpulan Miracle 5, menyanyikan semula lagu asal Adzrin Adzhar versi remix | |
2014 | Fikirkan Kamu | ||
Pujaan Hatiku | |||
La La La Aku Jatuh Cinta | |||
Fikirkan Kamu | |||
BFF Ku | |||
Stop Mencintaiku | |||
I Love You So | |||
2017 | Satu Bintang | Satu Bintang | |
Cintaku Seadanya | |||
Klepek Klepek | |||
Pacar Yang Hilang | cover lagu kumpulan Biru Band | ||
2018 | Hujan Ingatkanmu | ||
Permaisuri | Permaisuri | ||
Kerana Cinta | |||
SMS | |||
Tuhan Jagakan Dia | |||
Dengarlah Bintang Hatiku | |||
Teka Teki | Tiada album single | menampilkan Luna Tasha | |
2019 | Bersama Di Hari Raya | bersama Bella Astillah |
Sebagai artis yang ditampilkan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2016 | Percaya
(Nawhki menampilkan Didi Astillah) |
Tiada album single | |
Hari Baru
(Eddie G & Didi Astillah) |
Kemunculan lain
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2012 | Hero Bola | Tiada album single | bersama Haqiem Rusli, OST drama Hero Bola |
2013 | Embun Pagi | bersama Izzue Islam, OST drama Bunga Merah Punya | |
2016 | Kaamatan (Urang Kita) | bersama Azmil Karim, Faizul Sany, Mell Sakura, Shalyn Zeita & Sean Vitales, projek khas bagi meraikan pesta Kaamatan. |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Warner Music Perkenalkan Didi Astillah, Hanie Soraya & Dua Band Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2014-08-11.
- ^ "Didi bukan lagi cilik". Harian Metro. 9 Ogos 2014.
- ^ "Puteri ingin jadi 'trendsetter' remaja Islam". mStar. 30 Januari 2008.
- ^ "Peserta Kamilah Bintang Berbakat". mStar. 29 November 2010.
- ^ ""PUJAAN MALAYA" [remix] by MIRACLE 5".
- ^ "Hala tuju The Beesings". Utusan Malaysia. 23 Disember 2012.
- ^ "Didi Astillah Tampil Dengan Album Baharu". mStar. 7 September 2014.
- ^ "Didi Astillah Tampil Dengan 'Fikirkan Kamu'". Media Hiburan. 8 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-10. Dicapai pada 2014-09-09.
- ^ Permaisuri - EP Didi Astillah music.apple.com, dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ Satu Bintang - EP Didi Astillah. music.apple.com, dicapai pada 15 Januari 2022.
- ^ Didi Astillah berpeluh pakai pelitup muka, rambut palsu untuk sambung kerja Zizi Kirana. mstar