Pergi ke kandungan

Dasar satu anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Untuk negara yang makmur serta berkuasa dan keluarga yang bahagia, sila amalkan perancangan keluarga." Papan tanda kerajaan di Nanchang.

Dasar satu anak (Cina ringkas: 计划生育政策Cina tradisional: 計劃生育政策pinyin: jìhuà shēngyù zhèngcè, secara rasmi diterjemahkan sebagai "dasar perancangan keluarga"[1] dilaksanakan oleh kerajaan Republik Rakyat China mulai 1978 sebagai dasar kawalan penduduk manusia. Pada 2007, kira-kira 35.9% penduduk tertakluk kepada sekatan kelahiran anak kedua.[2] 76% penduduk menyokong dasar ini. Dianggarkan 250 dan 300 juta kelahiran disekat dari 1978 hingga tahun 2000 dan 400 juta kelahiran dari 1979 hingga 2010.

Dasar ini diperkenalkan oleh Presiden Deng Xiaoping pada 1979 untuk mengurangkan masalah sosial, ekonomi, dan alam sekitar China. [3][4] Dasar ini bertentangan dengan dasar Mao Zedong pada 1949 bahawa 'dalam semua benda di dunia, manusia adalah paling utama'. Lebih besar penduduk, bermakna lebih banyak tenaga kerja.

Pada November 2013, kerajaan China mengumumkan yang dasar rasmi ini akan dilonggarkan, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.[5][6]

Pada 29 Oktober 2015, agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan kenyataan daripada Parti Komunis China bahawa dasar satu anak ditukar kepada dasar dua anak,[7][8][9][10] tetapi ini hanya akan berkuatkuasa apabila diluluskan di sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan pada Mac 2016.[11][12][13]

Pengecualian

[sunting | sunting sumber]

Dasar satu anak ini dikecuali di Hong Kong ,Macau dan Tibet selain rakyat asing yang tinggal di China.

Kes tertentu dikecualikan bagi kes pasangan di desa, etnik minoriti, dan orang tua apabila kedua-duanya adalah anak tunggal. Di desa, setiap keluarga dibenarkan mendapatkan anak kedua jika anak pertama adalah perempuan. Ini kerana anak lelaki diperlukan untuk mengerjakan kawasan pertanian. Selain itu jika anak cacat fizikal dan berpenyakit mental. Jarak anak mestilah 3 atau 4 tahun.

Anak yang lahir di luar negara dan tidak mendapat kerakyatan China tidak diambil kira. Warga negara China yang balik dari luar negara dibenarkan memiliki anak kedua.

Pecat jika anak lebih

[sunting | sunting sumber]

Kakitangan kerajaan akan dipecat jika lebih anak. Pekerja swasta akan didenda. Namun menjelang awal 2010 ramai orang kaya yang melanggar dasar ini dan membayar denda. Mereka yang mampu akan berkahwin dengan orang asing seperti di Thailand dan meninggalkan isteri dan anak-anak di Thailand . Penduduk yang berhadapan masalah gempa bumi dan banjir akan kematian anak tunggal atau cucu tunggal mereka. Contohnya Gempa bumi Sichuan 2008.

Banyak wilayah seperti Henan dan Beijing melonggarkan syarat dan boleh memiliki dua anak tunggal. Alasannya si ayah sendiri cacat atau kedua-dua orang tua adalah anak-anak tunggal.

Saiz rumah

[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana saiz keluarga kecil iaitu ibu, ayah dan anak, maka setiap keluarga tidak perlu rumah yang besar. Anak atau cucu terlalu dimanjakan. anak akan menjadi 'maharaja kecil', kurang komunikasi sosial dan kemahiran kerana mereka tidak mempunyai adik kandung di rumah. Anak-anak akan bermain dengan orang tua sahaja dan tidak bermain denan adik kakak atau abang.

Mereka hanya tinggal di apartmen moden bernilai 1 juta di Beijing mempunyai sebuah bilik dan sebuah ruang tamu sahaja. Keluarga ini tidak memerlukan orang gaji dan tukang kebun. Di Beijing tidak ada bas sekolah kerana ibu, ayah atau datuk menghantar sendiri anak atau satu-satu cucu mereka ke sekolah.

China menyediakan sekolah percuma sehingga berumur 15 tahun. Apabila di sekolah tinggi (16-18 tahun ), mereka perlu membayar yuran lebih.

Kesan dasar ini

[sunting | sunting sumber]

Akibatnya kadar kelahiran jatuh dari lebih daripada lima kelahiran per wanita pada awal tahun 1970) menjadi sekitar 1,8 kelahiran pada tahun 2008. Kerajaan China menganggap dasar itu sebagai kejayaan besar untuk mengatasi masalah kependudukan seperti kemiskinan, kelaparan, kebuluran, kesihatan, kadar celik huruf dan pelbagai masalah sosial lain.

Bunuh diri

[sunting | sunting sumber]

Banyak kes ibu bapa yang bunuh diri sekiranya mendapat anak perempuan. Kes sebegini berlaku di bandar-bandar kecil. Biasanya mereka mengharapkan anak lelaki. Persatuan hak asasi manusia menentang dasar ini. Wujud kegiatan rasuah, pemaksanaan, sterilisasi wajib, dipaksa menggugurkan kandungan, dan mungkin pembunuhan bayi, dengan sebahagian besar laporan berasal dari kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, China melarang penggunaan kekuatan fizikal untuk membuat wanita menggugurkan anak.

Presiden AS George W. Bush mengunakan alasan hak asasi manusia untuk menghentikan US$40 juta bayaran kepada UNFPA (China) pada awal tahun 2002.

Pelonggaran dasar

[sunting | sunting sumber]

Kekurangan tenaga kerja dan kronik dan ketidakseimbangan lelaki dan wanita di China memaksa Parti Komunis China melonggarkan dasar ini pada November 2013.[14] Menurut dasar baharu, setiap keluarga boleh memiliki dua anak jika ibu atau bapa merupakan anak tunggal.[15] Bagaimanapun, ini tidak akan membantu meningkat jumlah penduduk Chia dalam masa terdekat.[16] Terdapat pembaharuan lain, seperti penamatan sistem "pendidikan semula melalui buruh".[17]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Pejabat Maklumat Majlis Negara Republik Rakyat China (Ogos 1995). "Family Planning in China". Kedutaan Republik Rakyat China di Lithuania. Dicapai pada 27 Oktober 2009. Seksyen III paragraf 2.
  2. ^ "Most people free to have more child". China Daily. 2007-07-11. Dicapai pada 2009-07-31.
  3. ^ China's One Child Policy
  4. ^ China's One-Child Policy Diarkibkan 2013-08-26 di Wayback Machine TIME
  5. ^ "China longgar dasar satu anak". Sinar Harian. 17 November 2013. Dicapai pada 19 November 2013.
  6. ^ "China Longgar Dasar Satu Anak". Agensi Berita Xinhua China. China Radio International. 2013-11-16. Dicapai pada 19 November 2013.
  7. ^ "China to end one-child policy and allow two". BBC News.
  8. ^ "China to allow two children for all couples". Xinhua. 29 October 2015.
  9. ^ Tom Phillips. "China ends one-child policy after 35 years". The Guardian.
  10. ^ "The 'model' example of China's one child policy - BBC News". BBC News.
  11. ^ "China denies immediate validity of two-child policy". Xinhua. 2 November 2015.
  12. ^ "2-child policy only after Parliament approval: China". ZEE NEWS. 2 November 2015.
  13. ^ "China On New Two-Child Policy: Not So Fast". Huffington Post. 2 November 2015.
  14. ^ Making sense of Chinese baby talk Business Spectator
  15. ^ BBC News - China reforms: One-child policy to be relaxed 15 November 2013
  16. ^ China to Move Slowly on One-Child Law Reform WSJ.com
  17. ^ China to ease one-child policy, abolish labor camps, report says CNN.com